simptom covid-19
Simptom Coronavirus mempunyai sistom alami seperti batuk, bersin, hidung berair, rasa sesak, sakit badan dan menggigil.

Simptom Coronavirus mempunyai sistom alami seperti batuk, bersin, hidung berair, rasa sesak, sakit badan dan menggigil.

Tanda-tanda tertentu boleh menunjuk kepada selesema, sementara yang lain mungkin adalah lebih serius dan hadir sebagai tanda awal COVID-19, iaitu penyakit pernafasan yang terjadi kerana coronavirus novel. Ia akan menjadi lebih membingungkan jika ia berlaku dalam musim cuaca tertentu. Memandangkan selesema biasanya berlaku semasa cuaca sejuk, ia mungkin disalah anggap dengan  tanda-tanda alahan bermusim.

Jadi, mari ketahui maklumat yang boleh membezakan simptom coronavirus itu.

Alahan: Hidung berair + mata gatal

Walau Malaysia tidak mengalami musim bunga seperti negara-negara empat musim yang lain, namun ada juga individu ang alah kepada banyak sumber alergen seperti pokok, rumput, dan debunga. Apabila anda alergi akan hal ini, ia akan menyebabkan tindak balas imun utama yang direka untuk membersihkan sistem anda. Ini adalah menurut Omid Mehdizadeh, M.D., pakar otolaringologi dan ahli sains di Providence Saint John’s Health Center, Santa Monica, Calif.

Selain itu, anda mungkin mengalami simptom batuk apabila anda mengalami alergi, disebabkan titisan hidung, di mana sejumlah lendir yang terkumpul di dalam rongga sinus menembusi bahagian belakang kerongkong anda. Malah, anda juga mungkin mengelami masalah yang di mana hidung anda menjadi sesak, bersama dengan tanda lain seperti bersin, sakit kepala, dan mata menjadi merah, gatal, atau bengkak. Sesetengah orang juga mungkin mengalami ruam kulit.

Selesema: Sakit badan

Walaupun coronavirus mendapat perhatian yang paling banyak (dan berhak mendapatkannya), anda harus ingat bahawa musim selesema ini masih lagi berterusan. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan bahawa kes selesema masih lagi tinggi untuk kebanyakan negara di seluruh dunia.

Justeru itu, ianya adalah penting untuk mengetahui bahawa doktor juga mempunyai masa yang sukar untuk membezakan kes coronavirus ringan dengan kes selesema biasa. Ini disebabkan terdapat banyak pertindihan dalam gejala bagi kedua-dua jenis selesema itu. Namun, jika anda tidak mengalami demam dan lebih kepada sakit badan dan sakit kepala, kemungkinan itu adalah selesema biasa. Berikut adalah gejala selesema yang anda boleh lihat atau rasai secara keseluruhan seperti:

  • Demam atau rasa seperti demam/ menggigil (tetapi bukan untuk semua orang)
  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Hidung berair
  • Sakit otot atau badan
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Muntah dan cirit-birit (lebih biasa terjadi pada kanak-kanak)

Ianya adalah keputusan yang baik untuk tinggal di rumah, berehat, menghidratkan diri anda semula, dan memberi tumpuan untuk sembuh sekiranya anda mempunyai gejala-gejala sebegitu.

Selain itu, sama seperti langkah yang membantu menghalang penyebaran coronavirus, kerap mencuci tangan dan mengekalkan jarak fizikal, juga dapat membantu mencegah selesema.

Coronavirus: Demam + batuk + sesak nafas

Walaupun sesetengah yang mempunyai selesema mungkin mengalami simptom lain seperti demam, majoriti individu yang telah didiagnosis dengan COVID-19 setakat ini melaporkan bahawa penyakit itu bermula dengan suhu badan yang tinggi. Ini adalah simptom coronavirus terawal yang dikesan.

Ia adalah satu-satunya perkara yang membezakan simptom coronavirus dan simptom selesema biasa. Malah, kini pegawai kesihatan secara automatik akan memeriksa suhu badan individu terlebih dahulu apabila mereka menyiasat individu yang berkemungkinan dijangkiti  COVID-19 di lokasi seperti lapangan terbang dan juga di kawasan-kawasan tertentu. Ini dikira sebagai gejala utama bagi coronavirus. Sama juga seperti selesema biasa, alahan juga tidak menyebabkan anda demam. Namun, itu berlaku, maknanya terdapat masalah kesihatan lain yang menyebabkan keadaan tersebut.

Peratusan kecil individu yang telah menghidap virus ini juga mengalami gejala gastrointestinal seperti mual atau cirit-birit, dan ini bukanlah gejala yang selalu hadir dengan selsema biasa pada orang dewasa. Di samping itu, tanda-tanda ini juga boleh menjadi petanda bagi norovirus, tetapi dengan penyakit itu, anda mungkin akan mengalami gejala GI yang lebih teruk seperti muntah dan sakit perut.

Satu lagi gejala COVID-19 yang utama dan biasanya tidak hadir dengan penyakit lain adalah sesak nafas. Selesema mungkin memberi anda beberapa gejala pernafasan seperti batuk dan kesesakan, tetapi ia jarang menyebabkan anda seperti “dahagakan udara,” di mana anda berasa seperti tidak mendapatkan oksigen. Ini akhirnya memerlukan anda untuk mengambil lebih banyak nafas untuk mengimbangi masalah itu. Inilah yang berlaku dalam kes COVID-19 yang lebih serius.

Secara umum, tanda-tanda dan gejala utama COVID-19 boleh berubah dan termasuk yang berikut, seperti yang dilapurkan bersama misi Pertubuhan Kesihatan Sedunia bersama China:

  • Demam
  • Batuk kering
  • Keletihan
  • Penghasilan lendir
  • Sesak nafas
  • Sakit tekak
  • Kesakitan otot
  • Sakit kepala

Jika anda berfikir bahawa anda mempunyai COVID-19, cadangan terbaik adalah untuk menghubungi hospital atau doktor berkenaan dan terangkan simptom anda. Dalam keadaan yang tegang sekarang, jangan pergi ke bilik kecemasan, kerana anda mungkin boleh mendedahkan virus itu kepada orang lain jika anda ternyata memilikinya. Anda akan dinasihatkan mengenai langkah seterusnya, sama ada itu bermakna tinggal di rumah atau pergi ke kemudahan penjagaan kesihatan tertentu.

Sekiranya anda masih tidak yakin, bertanyakan soalan ini kepada diri sendiri:

  • Apakah gejala awal yang anda alami?

Mata yang gatal dan hidung berair? Ini mungkin adalah kesan daripada alergi. Bagaimana pula jika anda mengalami kesakitan pada otot tetapi tidak demam? Ia mungkin hanya selesema biasa. Bagi kes COVID-19, jangkakan simptom yang serupa dengan selesema, tetapi berserta dengan simptom demam dengan suhu yang sangat tinggi (dan mungkin termasuk rasa sesak nafas dalam kes-kes serius).

  • Bilakah gejala anda bermula?

Alahan bermusim cenderung berlaku secara beransur-ansur selama beberapa hari atau seminggu, kerana alergen boleh meningkat setiap hari dengan penanaman pokok dan penyebaran debunga. Selesema, walau bagaimanapun, biasanya berlaku secara tiba-tiba. Tetapi, norovirus boleh tersebar dengan lebih cepat daripada itu. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari tentang COVID-19, namun laporan semasa menunjukkan bahawa ia berlaku lebih perlahan daripada selesema. Ia bermula dengan gejala demam yang diikuti oleh simptom-simptom yang disebutkan di atas antara 2 dan 14 hari selepas pendedahan kepada virus itu.

  • Adakah gejala semakin memburuk?

Anda boleh mencapai tahap yang tinggi dengan masalah alahan, walaupun itu boleh berterusan selama berbulan-bulan. Dengan selesema atau COVID-19, anda melihat sekitar seminggu hingga 10 hari dengan kes yang lebih ringan. Tetapi, jika gejala anda menjadi semakin teruk, ia mungkin menyebabkan keradangan paru-paru bagi selesema atau masalah pernafasan dengan coronavirus. Dalam mana-mana kes, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

  • Pernahkah anda melancong?

Sekiranya anda merasakan bahawa anda mempunyai COVID-19, anda mungkin akan ditanya sama ada anda atau seseorang yang mempunyai hubungan langsung dengan anda telah melancong – terutama ke tempat yang ‘hangat’ dengan penyebaran virus itu, seperti China atau Itali. Malah, anda juga boleh ditanyakan sama ada anda telah mengikuti pelayaran ke mana-mana negara yang berkenaan.

SUMBER

https://www.healthline.com/health-news/flu-allergies-coronavirus-different-symptoms

https://www.cdc.gov/flu/symptoms/flu-vs-covid19.htm

https://www.medicalnewstoday.com/articles/coronavirus-vs-flu

Summary
Article Name
Adakah simptom Coronavirus, ‘Selesema’, atau ‘Alergi’?
Description
Simptom Coronavirus mempunyai sistom alami seperti batuk, bersin, hidung berair, rasa sesak, sakit badan dan menggigil.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: