Adakah penggunaan IUCD selamat?
Lingkaran atau intra-uterine contraceptive device (IUCD) adalah sejenis implan berbentuk ‘T’ yang diperbuat daripada plastik atau kuprum dan diletakkan di dalam rahim bagi mengelakkan kehamilan.

Artikel ini memberi maklumat mengenai penggunaan IUCD. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenainya, tanyalah doktor atau pakar kesihatan yang lain.

Apakah itu IUCD?

Lingkaran atau intra-uterine contraceptive device (IUCD) adalah sejenis implan berbentuk ‘T’ yang diperbuat daripada plastik atau kuprum dan diletakkan di dalam rahim bagi mengelakkan kehamilan.

Apakah kelebihan IUCD?

Kelebihan penggunaan IUCD adalah, anda dan pasangan tidak perlu lagi menggunakan kaedah kontraseptif lain apabila menggunakannya

Adakah terdapat alternatif lain selain IUCD?

Terdapat beberapa kaedah kontraseptif wanita tidak kekal lain seperti:

  • Implantasi hormon
  • Pil kontraseptif oral

IUCD dalam rahim

  • Sterilisasi adalah sejenis kaedah kekal bagi kontraseptif wanita.
  • Cara paling selamat dan tidak kekal bagi kontraseptif lelaki adalah menggunakan kondom, namun risiko kegagalannya sangat tinggi.
  • Vasektomi merupakan kaedah kekal bagi kontraseptif lelaki

– Apakah prosedur yang terlibat dalam IUCD?

Prosedur memasukkan IUCD ke dalam rahim hanya mengambil masa 10 minit.

Doktor anda akan memasukkan spekulum (alat yang sama digunakan sewaktu ujian smear) ke dalam faraj. Seterusnya, beliau meletakkan IUCD ke dalam rahim. Talinya yang bertujuan untuk mmbuang IUCD akan dipotong dan meninggalkan sepanjan 3 centimeter sahaja di bahagian dalam faraj.

Terdapat sedikit risiko bagi IUCD terkeluar apabila sudah diimplan. Untuk beberapa bulan pertama, adalah amat penting untuk memeriksa sama ada IUCD masih berada di kedudukan asal. Anda perlu melakukannya setiap bulan.

Cara memeriksa IUCD anda:

  1. Basuh tangan dengan air dan sabun
  2. Masukkan tangan ke dalam faraj sehingga menyentuh serviks
  3. Rasakan hujung tali IUCD

– Apakah komplikasi yang boleh berlaku?

Sesetengah komplikasi ini mungkin serius dan boleh menyebabkan kematian:

  • Reaksi alahan
  • Kejutan serviks
  • Tali hilang
  • IUCD hilang
  • Lubang dalam rahim
  • Jangkitan
  • Peningkatan kesakitan dan pendarahan ketika haid
  • Masalah kehamilan

– Berapa lamakah saya akan sembuh?

Selepas prosedur IUCD, anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan faraj dan kekejangan ringan yang berlangsung selama beberapa hari sementara badan anda menyesuaikan diri dengan peranti IUCD tersebut.

Anda boleh meneruskan kerja serta aktiviti harian seperti biasa sehari selepas prosedur IUCD.

Senaman yang berkala boleh meningkatkan keadaan kesihatan anda buat jangka masa panjang. Namun begitu, sebelum anda mula bersenam, tanyalah doktor anda terlebih dahulu untuk sebarang nasihat.

Kesimpulannya,

IUCD adalah sejenis implan yang diletakkan dalam rahim bagi mengelakkan kehamilan. Ia adalah kaedah tidak kekal yang selamat dan berkesan bagi kontraseptif golongan wanita.

Sumber

https://www.medicalnewstoday.com/articles/323230

https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/iud/how-safe-is-the-iud

https://www.webmd.com/sex/birth-control/iud-intrauterine-device

https://www.healthlinkbc.ca/health-topics/tw9516

Summary
Adakah penggunaan IUCD selamat?
Article Name
Adakah penggunaan IUCD selamat?
Description
IUCD adalah sejenis implan berbentuk ‘T’ yang diperbuat daripada plastik atau kuprum dan diletakkan di dalam rahim bagi mengelakkan kehamilan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: