pendingin hawa sebar coronavirus
Adakah penggunaan pendingin hawa boleh menyebarkan coronavirus melalui titisan air yang disebarkan ke persekitaran?

Pendingin hawa sebar Coronavirus melalui titisan air dengan pengaliran udara berdasarkan satu kajian di China. Sebuah kajian daripada 10 kes COVID-19 pada tiga keluarga yang makan di kedai sama di selatan China telah mencadangkan bahawa penggunaan pendingin hawa boleh membantu menyebarkan titisan antara mereka.

Aliran udara yang kuat daripada pendingin hawa dapat menyebabkan pendingin hawa sebar Coronavirus melalui titisan antara tiga buah meja seperti dalam laporan penyelidikan, berdasarkan jangkitan di kota Guangzhou pada akhir bulan Januari yang lalu. Namun, penyebaran titisan sahaja tidak dapat menjelaskan jangkitan yang berlaku itu.

Penyelidikan ini dinyatakan dalam artikel untuk edisi Julai berkaitan ‘Kemunculan Penyakit Berjangkit’, iaitu jurnal dengan akses terbuka dan tinjauan rakan sebaya yang diterbitkan oleh Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat.

Sehingga kini, jangkitan berkumpulan telah mendorong kepada penyebaran wabak di mana jumlah kes di dunia sekarang telah menghampiri 2 juta kes dan jumlah kematian pula melebihi 120,000 orang.

Dalam kajian yang dilakukan, pesakit pertama daripada 10 kes yang dikaji di Guangzhou pada 23 Januari itu pulang dari Wuhan, lokasi di mana penemuan Coronavirus pertama kalinya dilaporkan pada bulan Disember 2019.

Individu terbabit makan tengah hari bersama tiga ahli keluarga pada keesokan harinya di restoran tanpa tingkap yang mempunyai penghawa dingin di setiap tingkat.

Dua keluarga lain pula duduk di meja berdekatan, dengan jarak sekitar satu meter antara satu sama lain dan pertindihan waktu makan ketika itu adalah kira-kira satu jam.

Seterusnya, pesakit pertama mengalami gejala demam dan batuk pada hari itu dan telah pergi ke hospital. Dalam masa dua minggu, empat anggota keluarganya yang lain, tiga anggota daripada keluarga kedua dan dua individu daripada keluarga ketiga telah jatuh sakit dan positif penyakit COVID-19, iaitu penyakit yang terjadi disebabkan Coronavirus.

Setelah membuat siasatan terperinci, ianya didapati bahawa satu-satunya sumber pendedahan yang diketahui bagi keluarga kedua dan ketiga adalah berdasarkan pesakit pertama yang makan di restoran itu.

Dalam laporan itu, berdasarkan penyelidikan yang dilakukan, para pengkaji menyimpulkan bahawa ada kemungkinan bahawa penyebab wabak ini adalah kerana penyebaran virus melalui titisan.

Malah, dengan adanya pergerakan udara disebabkan penghawa dingin sebar Coronavirus secara tidak langsung dengan lebih mudah tanpa dapat dilihat. Justeru itu, faktor utama yang menyebabkan jangkitan penyakit ini adalah arah aliran udara.

Ianya juga dikatakan bahawa 73 pelanggan lain yang makan di tingkat sama telah dikenal pasti mempunyai hubungan rapat dengan pesakit pertama, tetapi mereka didapati tidak mempunyai simptom COVID-19 selepas 14 hari tempoh kuarantin dan disahkan negatif selepas keluarnya keputusan berdasarkan sampel kesatan tekak. Selain itu, tiada juga kakitangan yang bekerja di restoran itu dijangkiti penyakit terbabit.

Enam sampel titisan daripada pendingin hawa kesemuanya diuji negatif bagi kehadiran nukleotida. Penemuan ini adalah kurang konsisten dengan transmisi aerosol. Namun, aerosol cenderung mengikuti aliran udara, dan kepekatan aerosol yang lebih rendah pada jarak lebih jauh mungkin tidak mencukupi untuk menyebabkan jangkitan merebak di bahagian lain restoran.

Jadi, untuk mencegah pendingin hawa sebar coronavirus di dalam restoran, jarak antara meja haruslah ditingkatkan bersama pendingin hawa di kedai itu. Walau bagaimanapun, kajian ini mempunyai batasan kerana mereka tidak melakukan kajian eksperimental yang mensimulasikan laluan penularan melalui udara, atau melakukan kajian antibodi terhadap sampel sampel kesatan  negatif yang melibatkan ahli keluarga tanpa gejala dan pengunjung lain untuk menganggarkan risiko jangkitan daripada mereka.

NAMUN,

Jika di Malaysia, penjarakan di kedai makan mungkin tidak melibatkan kerusi dan meja memandangkan negara kita kini masih lagi dalam tempoh PKP. Jadi, bagi semua kedai makan yang masih beroperasi secara ‘take away’, pastikan anda masih mengambil inisiatif dengan meletakkan pelekat di lantai dengan jarak sekurang-kurangnya 1 meter bagi memudahkan pelanggan yang datang untuk mengambil makanan yang dibeli itu.

Seterusnya, jika restoran terbabit sudah mempunyai pendingin hawa, ianya mungkin sukar untuk mengambil apa-apa tindakan yang sesuai. Apa yang boleh dilakukan adalah berharap setiap pelanggan atau pekerja yang keluar masuk ke kedai memakai topeng muka dan mengamalkan segala langkah pencegahan yang betul. Seperkara lagi, jika anda tidak sihat, pastikan anda tidak keluar ke mana-mana termasuklah ke kedai makan untuk membungkus makanan kerana risiko untuk menyebarkan virus adalah lebih tinggi.

SUMBER

https://www.healthline.com/health-news/can-air-conditioning-spread-covid-19-probably-not

https://www.straitstimes.com/singapore/health/no-evidence-covid-19-can-spread-through-air-con-systems

Summary
Adakah pendingin hawa boleh membantu penyebaran Coronavirus?
Article Name
Adakah pendingin hawa boleh membantu penyebaran Coronavirus?
Description
Pendingin hawa sebar Coronavirus melalui titisan air dengan pengaliran udara.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: