menopaus
Ramai wanita mula melihat tanda-tanda yang disyaki menunjukkan keadaan menopaus pada usia 40-an.

Memulakan perjalanan perimenopaus adalah unik bagi setiap wanita. Ramai wanita mula melihat tanda-tanda yang disyaki menunjukkan keadaan menopaus pada usia 40-an. Tempoh ini dipanggil sebagai perimenopaus, fasa yang membawa kepada tempoh haid terakhir anda.

Semasa perimenopaus, fungsi ovari wanita mula berkurangan. Jadi, tahap estrogen di dalam badan mereka juga berkurangan. Dengan penurunan tahap estrogen dan perubahan hormon lain di dalam badan, ramai wanita mula mengalami gejala seperti berkedip panas (hot flash) dan masalah emosi, serta perubahan dalam kitaran haid mereka.

Kami akan meneroka tanda-tanda dan gejala umum yang dialami oleh wanita sebelum berlakunya menopaus. Bagi menjelaskan keadaan ini, menopaus adalah titik di mana seorang wanita tidak mempunyai kitaran haid lagi.

Perubahan dalam Kitaran Haid

Bagi ramai wanita, tanda pertama perimenopaus adalah perubahan dalam jangka masa kitaran haid. Biasanya, pada tempoh permulaan, masa antara tempoh haid wanita akan menjadi panjang, berbanding kitaran haid normalnya. Kemudian, seorang wanita akan sering mengalami tempoh haid yang dilangkau dan mungkin berlaku sekali-sekala atau bahkan bagi beberapa kitaran haid. Ini adalah perkara biasa dan merupakan tanda bahawa ovari wanita tidak mengeluarkan telur (disebut ovulasi) setiap bulan lagi.

Sekiranya tempph haid anda tetap (dari segi tempoh haid anda) sejak anda berusia 13 tahun, anda lebih cenderung untuk melihat apa-apa perubahan yang berlaku. Namun begitu, jika anda mempunyai tempoh haid tidak teratur, anda mungkin tidak menyedari simptom ini pada mulanya dan ini tidak menjadi masalah. Semua wanita mengalami perimenopaus secara berbeza; sesetengahnya mempunyai tanda dan gejala yang lebih jelas manakala yang lain pula dengan tanda yang lebih halus.

Akhir sekali, ianya penting buat anda untuk mempercayai bahawa anda masih boleh hamil semasa dalam tempoh perimenopaus, kerana ovari anda masih boleh menghasilkan telur. Oleh itu, pastikan anda mempertimbangkan kehamilan sebagai satu kemungkinan yang boleh berlaku jika anda terlepas tempoh haid.

– Berkedip panas (hot flash)

Berkedip panas (hot flash) adalah gejala yang paling biasa dialami oleh wanita dalam tempoh perimenopaus dan hanya selepas menopaus. Gejala ini biasanya digambarkan sebagai rasa atau perasaan hangat yang bermula di bahagian muka atau leher dan bergerak ke bawah badan, walaupun gambarannya boleh berbeza-beza. Keparahannya juga boleh berbeza-beza. Ini bermakna bahawa bagi sesetengah wanita, simptom ini boleh melemahkan mereka namun ada juga yang mengganggapnya sebagai gangguan kecil sahaja.

Seterusnya, tanda berkedip panas ini biasanya hilang dalam masa lima tahun selepas tempoh permulaannya. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil wanita mungkin terus mengalami simptom ini selepas menopaus.

Wanita yang menjalani pembedahan menopaus, iaitu pembedahan ovari lebih cenderung mengalami gejala berkedip panas yang serius dan kerap.

Selain itu, jika simptom ini menjejaskan fungsi dan/ atau kualiti hidup harian anda, berbincang dengan doktor anda. Terdapat beberapa teknik kelakuan (contohnya, memakai pakaian longgar dan menggunakan kipas pada waktu malam), serta ubat-ubatan (sebagai contoh, terapi anti-kemurungan atau hormon) yang dapat membantu anda berasa lebih baik.

Gejala faraj

Bagi sesetengah wanita, kekeringan faraj adalah petanda pertama yang menunjukkan bahawa mereka akan mengalami menopaus tidak lama lagi. Tanda ini boleh datang dalam bentuk hubungan seksual yang menyakitkan, kerana dinding faraj mereka menjadi lebih nipis dan kurang elastik. Ini terjadi kerana faktor kehilangan estrogen dalam tubuh.

Selain kegatalan dan kekeringan vagina, seorang wanita mungkin mengalami jangkitan saluran kencing atau lemah kawalan kencing yang lebih kerap kerana lapisan saluran kencing juga menipis sebagai tindak balas kepada penurunan tahap estrogen.

Seterusnya, walaupun sebahagian besar gejala dalam perimenopaus menjadi lebih baik dengan masa, isu kekeringan faraj malangnya lebih cenderung memburuk apabila seorang wanita menjadi lebih tua. Sebenarnya, sesetengah wanita tidak mula mengalami gejala ini sehingga tempoh selepas menopaus.

Namun, berita baiknya adalah terdapat pelbagai terapi yang sedia ada untuk merawat gejala yang tidak selesa ini seperti pelincir dan pelembap faraj hinggalah ke terapi perubatan hormon dan bukan hormon.

Akhir sekali, penting untuk anda ketahui bahawa walaupun tanpa kekeringan faraj, wanita masih dapat melihat minat yang berkurangan dalam aktiviti seksual sebagai pendekatan awal menopaus. Perubahan dalam libido (keinginan terhadap hubungan seksual) mungkin tidak disedari dalam kekecohan kehidupan yang tertekan, tetapi lama-kelamaan, anda mungkin menyedari bahawa anda seolah-olah tidak berminat dengan perkara itu lagi, atau kepuasan seks anda tidak begitu hebat seperti dahulu.

Sentiasa beringat bahawa libido adalah gabungan proses fisiologi dan unsur-unsur psikologi serta emosi. Sekiranya anda ingin mencari penyelesaian bagi isu ini, anda mungkin perlu berjumpa dan berbual dengan doktor dan pasangan anda.

Perubahan emosi

Semasa perimenopaus, sesetengah wanita mengalami perubahan emosi dan mungkin menggambarkan rasa terganggu, sedih, cemas, tidak puas hati dan/ atau marah. Memandangkan masalah emosi boleh menjejaskan hubungan dengan pasangan dan prestasi kerja, ianya pasti membimbangkan golongan wanita yang terlibat.

Pakar tidak pasti dengan sepenuhnya mengapa hanya sesetengah wanita sahaja yang mengalami perubahan emosi semasa perimenopaus ini. Ada kemungkinan bahawa berlakunya perubahan hormon, seperti penurunan kadar estrogen pada tempoh ini memainkan peranan untuk sesetengah wanita. Dengan perubahan tersebut, mungkin ada faktor lain yang terlibat, seperti proses penuaan semulajadi.

Sebagai contoh, wanita mungkin meratapi kehilangan kitaran haid biasa mereka, serta hakikat bahawa mereka tidak boleh mengandung lagi atau mungkin terdedah kepada kebimbangan atau kesedihan ketika anak-anak mereka pergi ke kolej.

Di samping itu, perimenopaus mungkin berlaku pada satu masa dalam kehidupan seorang wanita apabila ibu bapanya sendiri menjadi sakit atau mati, atau ketika dia sendiri mengalami perubahan dalam perhubungan (misalnya, perceraian). Isu-isu kesihatan lain mungkin timbul pada tempoh ini yang boleh membuatkannya lebih sensitif terhadap halangan emosi.

Sekiranya anda prihatin terhadap emosi anda, terutamanya jika anda mengalami kesedihan yang menjejaskan hubungan dan/ atau fungsi anda setiap hari, pastikan anda berjumpa dengan doktor atau pakar kesihatan mental.

Selain kesedihan yang melanda, gejala-gejala kemurungan yang lain mungkin berlaku termasuk kehilangan rasa seronok dalam aktiviti-aktiviti yang pernah anda sukai (dipanggil anhedonia), rasa bersalah dan tidak bernilai, perubahan selera makan atau pola tidur dan/ atau pemikiran tentang kematian atau bunuh diri.

Perubahan dalam corak tidur

Kehilangan tidur adalah mengecewakan, namun ini adalah aduan wanita yang agak biasa ketika mereka menghampiri tempoh menopaus. Terdapat banyak sebab corak tidur anda mungkin berubah pada tempoh ini. Sebagai contoh, ia mungkin berlaku disebabkan oleh simptom berkedip panas (hot flash) pada waktu malam, masalah emosi seperti rasa cemas atau tertekan, mahupun sekadar tekanan kerja atau jadual hidup yang sibuk.

Selanjutnya, terjaga ketika waktu malam dengan kerap disebabkan oleh gangguan tidur utama seperti sindrom kaki gelisah atau apnea tidur mungkin mula berlaku pada masa ini.

Namun, jangan risau kerana terdapat banyak rawatan, termasuklah terapi tingkah laku serta penggunaan ubat-ubatan jangka pendek yang berpotensi membantu anda mendapatkan pola tidur normal kembali.

Perubahan rupa

Terdapat banyak tanda dan gejala yang mungkin berlaku ketika seorang wanita mendekati tempoh menopaus, dan ianya mungkin berpunca (sekurang-kurangnya sebagian) daripada perubahan hormon yang berkaitan dengan kehilangan fungsi ovarium.

Sesetengah perubahan yang akan disedari termasuk:

  • Kehilangan rambut.
  • Penuaan kulit (contohnya, kehilangan kelembapan kulit dan lebih banyak kedutan).
  • Perluasan pinggang disebabkan pengagihan semula lemak di dalam badan.
  • Jerawat.

Perjalanan menghadapi tempoh menopaus adalah unik bagi setiap wanita, dan ianya adalah sukar untuk meramalkan gejala yang akan dialami serta waktu bila ianya akan berlaku. Jangan bimbang kerana kebanyakan gejala seperti berkedip panas (hot flash) dan masalah emosi ini boleh menjadi lebih baik.

Walau bagaimanapun, terdapat cara untuk menguruskannya dengan betul, jadi bincangkannya dengan doktor kerana anda berhak menjadi sihat. Cuba terima peralihan semulajadi ini dengan sebaik mungkin, kerana anda sebenarnya tidak bersendirian.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/menopause/symptoms-causes/syc-20353397

https://www.healthline.com/health/menopause

https://www.webmd.com/menopause/guide/menopause-basics

https://www.medicalnewstoday.com/articles/155651

Summary
Adakah Menopaus pada Horizon?
Article Name
Adakah Menopaus pada Horizon?
Description
Ramai wanita mula melihat tanda-tanda yang disyaki menunjukkan menopaus pada usia 40-an. Suatu perjalanan perimenopaus adalah unik bagi setiap wanita.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: