makanan sihat
Tidak semua yang anda makan itu baik buat badan anda sebenarnya.

Masyarakat kini sudah semakin sedar bahawa pengambilan makanan  sihat adalah satu aspek penting yang membantu mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Kita seharusnya bersyukur dengan adanya bantuan teknologi seperti aplikasi untuk memeriksa kadar kalori hinggalah makanan sihat yang dijual di pasar raya, kita dapat mengekalkan diet yang sihat dengan lebih mudah.

Namun begitu, adakah anda yakin bahawa makanan sihat yang diambil itu benar-benar baik buat diri anda?

Berdasarkan satu artikel daripada laman web ‘Reddit’ ada segintir masyarakat yang mengatakan bahawa ada sesetengah makanan sihat sebenarnya tidak memberikan kesan baik seperti yang diharapkan. Tetapi adakah betul apa yang mereka telah utarakan ini?

Jadi, mari kita ketahui beberapa pendapat tentang makanan sihat yang telah disuarakan oleh masyarakat.

  1. Bijian yang diambil dalam kuantiti yang berlebihan buat masa yang lama boleh menyebabkan masalah kolon yang agak serius.
  1. Bar protein yang semakin terkenal sekarang hanyalah bar gula-gula yang menyamar sahaja.
  1. Karbohidrat yang selalunya dielakkan oleh mereka yang sedang berdiet sebenarnya penting kerana ia merupakan sumber terbaik untuk mendapatkan tenaga bagi badan kita.
  1. Minum air jus buah-buahan berbanding memakan buah-buahan itu seadanya akan membazir kandungan serat yang bermanfaat di dalam buah-buahan itu.
  1. Mengambil makanan dalam kuantiti yang sikit sepanjang hari tidak dapat meningkatkan kadar metabolisme kita.

Walaupun pendapat-pendapat sebegini mungkin ada betulnya, tiada sebarang pengesahan yang telah dibuat oleh pakar pemakanan tentang makanan sihat ini. Jadi, anda mungkin perlu berjumpa dengan pakar pemakanan agar segala persoalan anda terjawab dengan betul. Sebaik-baiknya rujuklah pihak yang berpengalaman dan berpengetahuan untuk mengelakkan daripada berlaku kekeliruan terutamanya berkaitan kesihatan.

Mengamalkan pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian sememangnya digalakkan, namun pastikan anda mengikuti diet yang betul dan mampu memberi kebaikan kepada badan anda. Janganlah ikutkan sahaja semua petua atau pendapat yang ada di Internet tanpa menyelidik kesahihannya dahulu.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/322268

https://www.cdc.gov/healthyweight/healthy_eating/index.html

https://www.healthline.com/nutrition/healthy-eating-for-beginners

http://www.foodincare.org.uk/eating-well/why-healthy-eating-matters

Tagged: