actrapid
Actrapid adalah sejenis larutan untuk suntikan yang mengandungi bahan aktif insulin manusia.

Pengenalan

Actrapid adalah sejenis larutan untuk suntikan yang mengandungi bahan aktif insulin manusia. Ia boleh didapati dalam bentuk ampul, kartrij (Penfill) atau pen yang telah diisi (NovoLet, InnoLet, atau Flexpen).

Kegunaan Actrapid

Actrapid diberi melalui suntikan pada bahagian bawah kulit paha, dinding abdomen (di hadapan pinggang), kawasan deltoid (bahu) atau kawasan gluteal (punggung). Paras gula darah pesakit perlu diuji dengan kerap supaya jumlah dos yang paling rendah dan berkesan boleh dikenalpasti.

Dos biasa adalah di antara 0.3 dan 1.0 unit antarabangsa (IU – International Unit) setiap kilogram berat badan setiap hari. Actrapid diberikan 30 minit sebelum makan. Actrapid adalah sejenis insulin yang bertindak cepat dan boleh digunakan bersama insulin yang sederhana atau bertahan lama. Selain itu, ia juga mungkin boleh diberikan oleh doktor atau jururawat secara intravena (IV) ke dalam urat.

Langkah Berjaga-jaga Dan Amaran Penggunaan Actrapid

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor sekiranya anda:

  • Mengandung atau menyusu bayi. Ini kerana, sewaktu anda hamil atau menyusu bayi, anda perlu mengambil ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor sahaja.
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuklah ubat-ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi seperti ubat-ubatan herba dan sampingan.
  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan aktif atau tidak aktif dalam Actrapid atau ubat lain.
  • Anda menghidap penyakit lain, gangguan atau keadaan perubatan lain.

Adakah penggunaan Actrapid selamat sewaktu hamil atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukup tentang keselamatan penggunaannya sewaktu hamil dan menyusu bayi. Sila berunding dengan doktor anda sentiasa untuk mengetahui kelebihan dan risikonya sebelum mengambilnya.

Kesan Sampingan

Kesan sampingan yang ringan dan berat bagi penggunaan 100 IU suntikan Actrapid:

  • Penurunan paras gula darah
  • Penurunan paras kalium
  • Ruam dan gatal-gatal
  • Sakit kepala
  • Sakit pada tapak suntikan
  • Sakit otot
  • Hilang selera makan
  • Kerap dahaga

Kontraindikasi Actrapid

Kehipersensitifan terhadap Suntikan Actrapid Mc adalah kontraindikasi. Sebagai tambahan, Suntikan Actrapid Mc tidak boleh digunakan sekiranya anda mempunyai keadaan tersebut:

  • Kehipersensitifan
  • Hipoglisemia

Interaksi Actrapid

Ubat-ubatan yang berinteraksi dengan ACTRAPID (Insulin larut)

Actrapid mungkin berinteraksi dengan ubat-ubatan lain yang sedang anda amil, yang boleh mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Bagi mengelakkan sebarang interaksi ubat-ubatan, anda perlu menyimpan senarai ubat-ubatan yang anda guna (termasuklah ubat preskripsi, bukan preskripsi, dan produk herba) dan kongsikannya dengan doktor atau ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, hentikan atau ubah dos sebarang ubat tanpa kebenaran doktor anda.

Produk yang mungkin berinteraksi termasuklah:

  • Antidepresan
  • Antipsikotik
  • Lithium
  • Antihipertensif
  • Sympathomimetics
  • Disopyramide
  • Alkohol
  • Diuretik
  • Fibrates
  • Kortikosteroid
  • Hormon seksual
  • Somatropin
  • Somatostatin analogues
  • Hypoglycaemics
  • Salicylates
  • NSAIDs
  • Sulfonamides
  • Tetracyclines
  • Antimalarials
  • Isoniazid
  • Mebendazole
  • Pentamidine
  • Hormon tiroid
  • Danazol
  • Steroid anabolik
  • Pentoxifylline
  • Protease inhibitors
  • Cyclophosphamide

Makanan atau alkohol berinteraksi dengan ACTRAPID (insulin larut)

Actrapid mungkin berinteraksi dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda tentang sebarang kemungkinan interaksi makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Keadaan perubatan berinteraksi dengan ACTRAPID (insulin larut)

Actrapid mungkin berinteraksi dengan keadaan kesihatan anda. Interaksi ini mungkin sama ada akan memburukkan keadaan kesihatan anda atau mengubah tindak balas ubat ini. Adalah penting untuk sentiasa memberitahu doktor dan ahli farmasi tentang keadaan kesihatan anda.

Dos Actrapid

Terlangkau dos

Berikan dos yang terlepas itu secepat mungkin sejurus anda ingat. Sekiranya ia hampir dengan masa untuk dos seterusnya, langkau dos yang terlepas tersebut. Jangan menggandakan dos yang tertinggal.

Terlebih dos

Carilah perhatian perubatan segera jika anda terlebih dos ubat ini. Hipoglisemia (paras gula darah rendah) mungkin akan berlaku dalam kes terlebih dos dengan simptom-simptom seperti kelemahan ekstrem, penglihatan kabur, berpeluh, kesukaran bercakap, getaran, sakit perut, kekeliruan dan sebagainya. Dalam kes hipoglisemia ringan, produk glukosa oral boleh digunakan untuk mengelakkan hipoglisemia yang parah.

SUMBER

https://hellodoktor.com/drugs-herbals/drugs/actrapid/

https://www.drugs.com/uk/actrapid.html

https://www.practo.com/medicine-info/actrapid-100-iu-injection-46654

https://www.tabletwise.com/actrapid-mc-injection?#contraindications

Summary
Article Name
Actrapid
Description
Actrapid adalah sejenis larutan untuk suntikan yang mengandungi bahan aktif insulin manusia dan sering digunakan untuk pesakit kencing manis.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: