Acetazolamide
Acetazolamide mengurangkan aktiviti protein di dalam badan anda yang disebut carbonic anhydrase. Menyekat protein ini dapat membantu mengurangkan pembentukan cecair tertentu di dalam badan.

Pengenalan

Acetazolamide mengurangkan aktiviti protein di dalam badan anda yang disebut sebagai carbonic anhydrase. Penyekatan protein ini membantu mengurangkan pembentukan cecair tertentu di dalam badan.

Kegunaan Acetazolamide

Acetazolamide digunakan untuk mencegah dan mengurangkan gejala penyakit ketinggian. Di samping itu, ia juga boleh digunakan pada individu yang mengalami jenis glaukoma tertentu untuk mengurangkan jumlah cecair pada mata bagi menurunkan tekanan dalam mata.

Selain itu, acetazolamide juga digunakan sebagai diuretik (“pil air”) pada individu yang mengalami kegagalan jantung kongestif, yang mana ia bertujuan untuk mengurangkan penumpukan cecair di dalam badan. Penumpukan ini disebut sebagai edema.

Seterusnya, ia dapat digunakan untuk merawat sesetengah jenis sawan.

Cara menggunakan Acetazolamide

Sekiranya anda mengambil jenis tablet, minum ubat ini secara oral seperti yang diarahkan oleh doktor anda, iaitu biasanya 1 hingga 4 kali sehari.

Tetapi, jika anda mengambil kapsul yang bertindak lama, minum ubat ini secara oral seperti yang diarahkan, biasanya 1 atau 2 kali sehari. Telan keseluruhan kapsul yang bertindak lama. Jangan buka, pecah, atau kunyah kapsul tersebut.

Melakukan sebegitu boleh merosakkan keberkesanan ubat dalam jangka masa panjang serta meningkatkan risiko berlakunya kesan sampingan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Acetazolamide

Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bercakap dengan ahli farmasi anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi mengenai sejarah perubatan anda. Ubat ini tidak dapat mencegah berkaitan mabuk ketinggian yang serius.

Sekiranya anda mengalami sebarang simptom ini, ianya adalah sangat penting untuk anda turun ke ketinggian yang lebih rendah secepat mungkin bagi mengelakkan masalah serius yang mungkin membawa maut.

Kesan Sampingan Acetazolamide

Kesan sampingan seperti pening, pening lalat atau sering membuang air kencing mungkin berlaku, terutama untuk beberapa hari ketika tubuh anda sedang cuba menyesuaikan diri dengan ubat.

Penglihatan kabur, mulut kering, mengantuk, hilang selera makan, mual, muntah, cirit-birit, atau perubahan rasa juga mungkin berlaku.

Sekiranya kesan ini berlanjutan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.

Untuk mengurangkan risiko pening dan pening lalat, bangun dengan perlahan ketika bangun daripada posisi duduk atau berbaring.

Kontraindikasi Acetazolamide

Hipersensitiviti terhadap asetazolamida, sulfonamida, atau sebarang komponen formulasi;

  • penyakit hepatik atau masalah fungsi yang ketara; penurunan kadar natrium dan / atau kalium;
  • kekurangan adrenokortikal; sirosis; asidosis hiperkloremik; penyakit buah pinggang atau disfungsi yang teruk;
  • penggunaan jangka panjang dalam angle-closure glaucoma bukan kongestif.

Interaksi Acetazolamide

Beberapa produk yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini termasuklah:

  • Cisapride, lithium, memantine, methenamine, orlistat, ubat tertentu yang digunakan untuk merawat sawan (topiramate, zonisamide).

Periksa label pada semua ubat anda kerana ia mungkin mengandungi aspirin atau ubat seperti aspirin (salisilat), yang boleh menyebabkan kesan sampingan serius jika diambil dalam dos yang besar dengan ubat ini.

Walau bagaimanapun, jika doktor mengarahkan anda untuk mengambil aspirin dos rendah bagi masalah serangan jantung atau pencegahan strok, anda harus terus mengambilnya melainkan jika diarahkan sebaliknya.

Tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.

Beberapa produk mempunyai bahan yang boleh memburukkan lagi pembengkakan anda. Jadi, beritahu ahli farmasi tentang produk apa yang anda gunakan, dan bertanyakan mengenai cara penggunaan yang selamat (terutamanya NSAID seperti ibuprofen / naproxen).

Dos Acetazolamide

Dewasa untuk Edema

  • Dos awal: 250 hingga 375 mg secara oral / IV sekali sehari

Dewasa untuk Mabuk Gunung yang Serius

  • 500 hingga 1000 mg secara oral setiap hari (dalam dos yang dibahagi dalam masa sehari)

Dewasa untuk Glaukoma

a) Open-Angle Glaucoma:

  • Tablet berkesan segera (IR): 250 hingga 1000 mg secara oral sehari; jumlah melebihi 250 mg harus diambil dalam dos yang dibahagi dalam masa sehari
  • Kapsul berkesan secara perlahan (ER): 500 mg secara lisan 2 kali sehari

Dewasa untuk Profilaksis Sawan

  • Dos awal: 8 hingga 30 mg / kg secara oral / IV dalam dos dibahagi
  • Anggaran: 375 hingga 1000 mg sehari

Kanak-kanak untuk Mabuk Gunung yang serius

a) 12 tahun ke atas:

  • Kapsul berkesan secara perlahan: 500 mg secara oral sekali atau dua kali sehari
  • Dos ditetapkan berdasarkan garis panduan (berkesan segera): 2.5 mg / kg secara oral setiap 12 jam
  • Maksimum: 125 mg setiap dos

Sumber:

Summary
Acetazolamide : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Acetazolamide : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Acetazolamide mengurangkan aktiviti protein di dalam badan anda yang disebut carbonic anhydrase. Menyekat protein ini dapat membantu mengurangkan pembentukan cecair tertentu di dalam badan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: