acar buah

Acar buah popular sewaktu kenduri-kendara. Acar buah bertindak sebagai penambah rasa dalam hidangan. Rasa masam dan pedas acar buah meningkatkan selera makan. Proses membuat acar buah tidaklah serumit yang disangka namun memerlukan teknik atau cara yang betul. Jom belajar 3 resepi acar buah yang mengeliurkan!

1) Acar Buah Negeri Johor

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kecil buah kana
  • 1 bungkus buah asam manis
  • 1 bungkus buah asam bulat
  • 1 bungkus buah asam kuning
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1/2 mangkuk kecil cili boh
  • 1 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh gula merah
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa

Kaedah Penyediaan:

1. Halia dihiris, semua buah-buah asam dibasuh dan toskan airnya.

2. Bawang merah dan bawang putih dikupas kulitnya dan dipotong kecil-kecil.

3. Panaskan minyak dalam periuk setelah itu tumiskan halia, cili boh, bawang merah, bawang putih, gula dan cuka sambil dikacu hingga rata.

4. Akhir sekali masukkan buah-buahan kering, garam, gula merah dan serbuk perasa secukup rasa. Bila telah kering bolehlah diangkat.

5. Siap.

2) Acar Buah Jeruk Madu

Bahan-Bahan:

  • 1 kg buah-buahan campuran jeruk madu
  • 1  1/2 cawan – cili kisar (cili kering yang direbus dan dikisar halus)
  • 30 biji bawang merah
  • 20 ulas bawang putih
  • 4 inci halia muda
  • 20 batang cili padi merah & hijau
  • 1 cawan buah kurma – di buang biji  dan belah 2
  • 3 sudu besar biji selasih
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan cuka masakan
  • 1/2 – 3/4 cawan air dari jeruk madu (jangan dibuang boleh dimasukkan sekali)

Untuk bahan tumis

  1. 2 labu bawang besar – dihiris halus
  2. 8 ulas bawang putih  – dihiris halus minyak masak untuk menumis – lebih kurang 1 1/2 cawan
    dan sedikit garam (jangan takut termasin pula nanti)

Kaedah Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, bila minyak dah panas tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih hingga agak kekuningan dan berbau harum, masukkan pula cili kisar, tumis sehingga pecah minyak, masukkan 3 sudu besar biji sawi yang diblender kering dan masukkan juga gula pasir.
  2. Bila bahan-bahan yang ditumis dah agak berwarna merah pekat dan likat masukkan cuka dan air jeruk madu tadi. Kacau-kacau sehingga mendidih masukkan pula halia hiris halus diikuti buah-buahan jeruk.
  3. Akhir sekali baru di masukkan bawang merah dan bawang putih dan juga cili api.  Masak dengan api yang kecil dan balik-balik anggaran 20 minit. Sejukkan dahulu baru boleh disimpan di dalam bekas kedap udara atau tupperware.

3) Acar Buah Tradisional

BAHAN A (Bahan tumis)

  • 1.5 cawan minyak untuk menumis
  • 5 ulas bawang putih + 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 sudu besar biji sawi
  • halia sebesar ibu jari (ditumbuk)

BAHAN B (Rempah tumis, Campur semua sekali)

  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar penuh serbuk cili
  • 1/3 sudu besar ‘halba sahaja’/ bukan halba campor ya.. (goreng kering dan ditumbuk)
  • 1/2 Sudu Besar Jintan Putih biji (goreng kering dan ditumbuk)
  • 1/2 Sudu Besar Jintan Manis biji (goreng kering dan ditumbuk)
  • 1 sudu besar Rempah biji (goreng kering dan ditumbuk)

BAHAN C

  • 3/4 botol cuka makan
  • 1/2 kilo gula putih atau 3/4 kilo gula merah
  • Garam


BAHAN D (Buah-buahan)

  • 1/2 kg buah-buahan jeruk campur
  • 3 biji limau jeruk (belah 12)
  • Prune tanpa biji
  • 1 kotak buah kurma
  • 1 cawan cili padi
  • 15 ulas bawang putih (setiap ulas yg belah 2)
  • 15 ulas bawang merah (setiap ulas yg belah 2)
  • 1 cawan kismis
  • 1 paket buah pala (yang bersalut gula atau potongan dari 2 biji)
  • Halia (sebesar 1/2 tapak tangan)
  • Buah belimbing kering 
    ** Panaskan air sampai mendidih dan celurkan satu satu (SEKEJAP sahaja <> 0.5 minit) semua diatas kecuali limau jeruk dan buah pala


BAHAN E (Untuk tabur)

  • 3 sudu besar bijan (goreng kering)
  • 2 sudu besar biji sawi (goreng kering)

Kaedah Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan  bahan A sehingga garing.
3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering
5. Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan E dan digaul sedikit supaya bercampur. (JANGAN dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)

Acar buah juga boleh bertahan dalam suatu tempoh yang agak lama jika dimasak dengan cara yang betul. Sila rujuk resepi di atas dengan teliti untuk menghasilkan acah buah yang berkualiti. Selamat mencuba!

SUMBER:

1) https://kompilasiresepi.blogspot.com/2018/05/resepi-acar-buah.html

2) http://izaloma.blogspot.com/2014/10/acar-buah-jeruk-madusedappp.html

3) https://intai-intaidapurfha.blogspot.com/2013/04/acar-buah-traditional.html

Summary
Acar Buah: 3 Resepi Mengeliurkan!
Article Name
Acar Buah: 3 Resepi Mengeliurkan!
Description
Acar buah popular sewaktu kenduri-kendara. Acar buah bertindak sebagai penambah rasa dalam hidangan. Rasa masam dan pedas acar buah meningkatkan selera makan. Proses membuat acar buah tidaklah serumit yang disangka namun memerlukan teknik atau cara yang betul. Jom belajar 3 resepi acar buah yang mengeliurkan!
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: