9 Petua Wajib Anda Cuba Untuk Melegakan Sakit Gigi
Sakit Gigi adalah kesakitan di dalam gigi, di sekitar gigi dan rahang.

Sakit Gigi adalah kesakitan di dalam gigi, di sekitar gigi dan rahang. Puncanya boleh terdiri daripada kerosakan gigi, jangkitan, gigi patah atau longgar, atau gusi yang rosak.

Ia terjadi apabila saraf pada akar gigi atau saraf mengelilingi gigi meradang. Jangkitan gigi, kerosakan, kecederaan, atau kehilangan gigi merupakan beberapa punca utama Sakit Gigi. Bukan itu sahaja, Sakit Gigi juga boleh berlaku selepas pembedahan gigi atau gigi dicabut.

Kebiasaannya kesakitan akan bermula di kawasan tertentu dan merebak sehingga ke kawasan rahang yang berhampiran. Kawasan tertentu tersebut termasuklah sendi rahang, telinga, hidung dan jantung.

Bakteria yang tumbuh dalam mulut anda pula boleh menyumbang kepada Penyakit Gusi dan Kerosakan Gigi. Kedua-duanya boleh menyebabkan kesakitan. Namun begitu, Penyakit Gusi selalunya jarang mengakibatkan kesakitan.

Majoriti masalah pergigian boleh dicegah melalui ‘floss’, memberus gigi dengan ubat gigi mengandungi florida dan melakukan rawatan pembersihan gigi secara berkala sebanyak 2 kali dalam setahun. Bagi kanak-kanak, doktor gigi akan mengesyorkan penggunaan ‘sealants’ dan florida.

Jika kesakitan berlangsung selama lebih daripada 1 atau 2 hari, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor gigi dengan segera untuk menjalani rawatan.

Sementara itu, anda juga boleh melakukan petua sakit gigi berikut yang disediakan dengan bahan-bahan biasa yang terdapat di rumah. Ia membantu memberi kelegaan sementara daripada ketidakselesaan Sakit Gigi.

1. Pek Ais

Jika Sakit Gigi anda masih berlangsung selama lebih dari 1 atau 2 hari, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi. Pek ais boleh membantu meringankan kesakitan gigi yang anda alami terutamanya jika Sakit Gigi disebabkan oleh kecederaan dan pembengkakan gusi.

Anda boleh meletakkan pek ais di bahagian luar pipi di atas gigi yang sakit selama beberapa minit pada satu masa.

Ais boleh membantu menahan saluran darah dengan memperlahankan aliran darah ke kawasan yang terjejas. Ia membantu mengurangkan rasa sakit, bengkak dan keradangan.

2. Kumur Air Garam

Membilas atau kumur mulut dengan air garam yang suam boleh membantu melonggarkan sisa yang tersekat dalam kaviti atau di celah-celah gigi anda. Ia juga boleh mengurangkan bengkak, menggalakkan penyembuhan dan melegakan Sakit Tekak.

Air garam boleh dibuat dengan melarutkan 1 sudu teh garam ke dalam segelas air suam dan kumur dalam mulut selama 30 saat sebelum meludahnya. Proses ini boleh diulangi seberapa kerap yang diperlukan.

3. Ubat Tahan Sakit

Ubat Tahan Sakit seperti acetaminophen dan ibuprofen boleh memberikaan kelegaan kesakitan sementara untuk Sakit Gigi.

Walau bagaimanapun, aspirin tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 16 tahun.

4. Bawang putih

Bawang putih telah digunakan secara meluas untuk tujuan perubatan sepanjang sejarah. Ia mengandungi bahan yang digelar allicin yang menyumbang kepada sifat antibakterianya yang kuat.

Caranya mudah sahaja, ambil seulas bawang putih yang segar dan hancurkannya terlebih dahulu. Kemudian campurkannya dengan sedikit garam. Letakkan campuran tersebut pada gigi yang terjejas selama beberapa minit.

5. Teh Pudina

Teh pudina boleh membantu melegakan sakit gigi kerana sifat-sifat ‘kebasnya’.

Seperti cengkih, pudina mempunyai sifat-sifat kebas yang boleh melegakan Sakit Gigi. Tambahan lagi, kandungan menthol di dalamnya yang memberikan rasa dan bau berangin (minty) juga terkenal dengan sifat antibakteria.

Masukkan satu sudu teh daun pudina kering ke dalam secawan air mendidih dan rebus selama 20 minit. Setelah sejuk, ia boleh dikumur di dalam mulut kemudian diludah atau diminum.

Uncang teh yang suam dan basah juga boleh digunakan dan diletakkan pada gigi yang sakit selama beberapa minit sehingga rasa sakit berkurang.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menitikkan beberapa titisan minyak pudina pada bola kapas dan meletakkannya pada gigi yang terjejas sebagai ubat sementara.

6. Thyme

Thyme dikenali dengan penggunaannya dalam perubatan tradisional dan merupakan ubat yang berkesan untuk jangkitan bahagian dada, seperti Bronkitis atau Batuk Kokol. Thymol, yang merupakan komponen utama minyak pati thyme, mempunyai sifat antiseptik dan antikulat.

Setitik minyak pati thyme boleh ditambah ke dalam segelas air untuk menghasilkan cecair kumuran mulut.

Kaedah lain adalah menitikkan beberapa titisan minyak pati thyme dan air ke bola kapas. Selepas menambah air, tekan bola kapas tersebut pada gigi yang sakit.

7. Gel Lidah Buaya

Gel Lidah Buaya boleh didapati di dalam sejenis tumbuhan yang berair yang dikenali sebagai Daun Lidah Buaya. Ia telah lama digunakan untuk menyembuhkan luka terbakar dan luka kecil. Sesetengah individu kini menggunakan gel ini untuk membersihkan dan melegakan gusi.

Kajian telah menunjukkan bahawa lidah buaya mempunyai sifat antibakteria semula jadi dan boleh memusnahkan kuman yang menyebabkan kerosakan gigi.

Gel hendaklah digunakan di kawasan mulut yang sakit dan diurut dengan perlahan-lahan.

8. Bilasan Hidrogen Peroksida

Bilasan larutan hidrogen peroksida merupakan ubat kumur antibakteria yang berkesan, terutamanya jika Sakit Gigi yang anda alami berpunca dari jangkitan.

Sedikit peringatan, hidrogen peroksida adalah berbahaya jika ditelan begitu banyak dan anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila membilas mulut anda dengannya.

3% larutan hidrogen peroksida dan air harus dicampur secara sama rata dan kumur selama 30 saat dalam mulut anda. Selepas meludahnya, mulut anda perlu dibilas beberapa kali dengan air kosong.

Hidrogen peroksida tidak boleh ditelan dan ubat ini tidak disyorkan untuk kanak-kanak.

9. Cengkih

Cengkih mempunyai tahap pH anti-radang dan antibakteria. Ia merupakan sejenis rempah yang berasal dari Kepulauan Maluku di Indonesia. Cengkih mengandungi eugenol iaitu sebatian kimia yang bertindak sebagai anestetik semula jadi.

Tambahan lagi, Cengkih juga mempunyai sifat anti-radang dan antibakteria semulajadi yang boleh membantu melawan jangkitan gigi dan gusi.

Anda boleh meletakkan bola kapas kecil ke dalam minyak Cengkih dan letakkan di kawasan yang terjejas.

Cengkih kering juga boleh digunakan. Anda hanya perlu mengunyahnya dengan perlahan-lahan sehingga mengeluarkan minyak dan gigit pada gigi yang terjejas selama 30 minit.

Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor gigi?

Petua rawatan di rumah ini bertujuan untuk memberikan bantuan sementara sahaja. Adalah penting untuk mendapatkan rawatan segera daripada doktor gigi jika Sakit Gigi telah berlanjutan selama lebih daripada 1 atau 2 hari.

Jika sakit gigi tidak dirawat dengan segera, ia mungkin boleh membawa kepada masalah yang lebih serius, seperti penyakit gusi atau abses gigi. Abses terjadi apabila bakteria telah menjangkiti bahagian paling dalam pada gigi yang dipanggil pulpa gigi.

Sebagai tambahan,

Cara terbaik untuk mengelakkan Sakit Gigi atau Abses Gigi adalah dengan menjaga kebersihan gigi dan gusi sebaik mungkin. Perkara ini boleh dilakukan dengan langkah-langkah berikut:

  • Memberus gigi dengan ubat gigi mengandungi fluorida dua kali sehari, sekurang-kurangnya selama 2 minit
  • Menghindari makanan dan minuman manis
  • ‘Floss’ atau menggunakan berus interdental secara berkala untuk membersihkan gigi dan di bawah garis gusi
  • Jangan merokok kerana merokok boleh menyebabkan masalah pergigian lebih teruk
  • Lakukan pemeriksaan gigi secara berkala
  • Jika seseorang mengalami Sakit Gigi yang berlanjutan lebih lama daripada beberapa hari, anda harus berjumpa dengan doktor gigi untuk nasihat dan rawatan.

Summary
9 Petua Wajib Anda Cuba Untuk Melegakan Sakit Gigi
Article Name
9 Petua Wajib Anda Cuba Untuk Melegakan Sakit Gigi
Description
Kebiasaannya sakit gigi akan bermula di kawasan tertentu dan merebak sehingga ke kawasan rahang yang berhampiran. Cuba 9 petua wajib ini!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: