khasiat susu kambing

Khasiat susu kambing dibuktikan dapat menurunkan berat badan, mengurangkan inflamasi, memperbaiki penghadaman dan menaikkan kebolehan nutrien.

Tambahan pula, ia dapat menguatkan tulang, mempertingkatkan kesihatan jantung, menaikkan imuniti, menambah metabolisma, mencegah ditoksik dari dikutip di dalam badan dan manfaat kesihatan secara umum.

Oleh kerana susu kambing dihasilkan daripada kambing berbanding lembu, ianya merupakan sumber paling mudah didapati di kebanyakan negara, jadi sedikit susah buat beberapa tempat di seluruh dunia untuk mendapatkan susu kambing.

Susu kambing sangat popular berikutan kebaikannya untuk kesihatan dan impaknya kepada badan kita.

Walaupun kambing hanya menyumbang sebanyak 2% di dalam dunia susu, ianya tidak terlalu mahal kerana prosesnya tidak memerlukan homogenization (molekul lemak kecil yang tidak boleh dipisahkan dan kekal di dalam krim).

Susu kambing lebih pekat daripada susu lembu atau susu dari tumbuhan, dan ia membawa banyak nutrien yang bermanfaat untuk kesihatan. Antaranya ialah:

  • Senang untuk di hadam
  • Kurang risiko alahan susu
  • Baik untuk kesihatan jantung

INFORMASI NUTRISI SUSU KAMBING

Satu cawan penuh susu kambing mengandungi:

  • Kalori: 168 gram
  • Protin: 9 gram
  • Lemak: 10 gram
  • Karbohidrat: 11 gram
  • Fiber: 0 gram
  • Gula: 11 gram

Ia juga merupakan sumber yang baik untuk:

  • Protin
  • Kalsium
  • Potasium
  • Fosforus
  • Magnesium

Susu kambing juga kaya dengan vitamin A. Dengan vitamin A yang mencukupi di dalam badan, ia dapat membantu mengelak penyakit katarak, sejenis barah dan bantu kanak-kanak melawan campak.

KHASIAT SUSU KAMBING

1. Bagus di dalam memproses protein

Susu kambing mengandungi protein di setiap hidangan berbanding susu lembu, susu soya, ataupun susu dari kekacang. Lagi pula, ianya lebih mudah dihadam, mencadangkan agar badan anda minum lebih banyak. Ianya juga tinggi dengan protin daripada susu badan atau beras.

2. Tidak menyebabkan alahan susu

Sesetengah orang alah dengan susu lembu mungkin akan dapati bahawa khasiat susu kambing tidak menyebabkan alahan mereka jadi lebih teruk. Satu daripada empat bayi yang baru lahir yang alah pada susu lembu tidak alah dengan susu kambing.

Jika anda adalah seorang yang alah dengan tenusu, pergi berjumpa dengan doktor untuk ambil tahu jika anda boleh meminumnya atau tidak. Kalau anda tahu anda alah tenusu, sebaik jumpa doktor sebelum menikmati susu kambing.

3. Menjaga paras kolesterol dalam badan

Susu kambing mungkin dapat membantu mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi dengan merendahkan aras kolesterol mereka. Ianya telah terbukti di dalam kajian dapat membantu merendahkan kadar kolesterol di dalam arteri dan pundi hempedu.

4. Membina tulang yang kuat

Kalsium mudah didapati di dalam mana-mana jenis susu, susu kambing tidak terkecuali. Selain itu, ia juga memberi jumlah kalsium yang lebih kurang sama seperti susu lembu tanpa kesan negatif, memastikan pemendapan kalsium tetap stabil, mengelak osteoporosis.

5. Bahan anti-inflamasi

Salah satu sebab mengapa orang ramai lebih memilih susu kambing berbanding lembu adalah kerana ia tidak menyebabkan inflamasi dan sakit perut seperti susu lembu. Kerana di dalam susu kambing terdapat struktur enzim yang boleh mengurangkan inflamasi usus.

Walaupun lebih banyak kajian diperlukan untuk mengetahui adakah bahan anti-inflamasi tersebar di bahagian badan yang lain ataupun tidak, yang pasti, ia bagus untuk perut.

6. Penawar kulit

Susu ini tinggi dengan nilai nutrisi daripada susu lembu, walaupun anda tidak perlu minum banyak untuk dapatkan jumlah nutrisi yang sama. Satu cawan mengandungi 40% daripada kalsium harian yang diperlukan, 20% vitamin B, dan sejumlah besar potassium juga fosforus.

Tambahan lagi, ianya ditemui di dalam ujian dapat membantu meningkatkan pengambilan zat besi di saluran pencernaan. Nutrisi penting buat mereka yang menghidap penyakit anemia dan lain-lain.  

7. Bagus untuk tumbesaran dan perkembangan

Protein adalah bahagian penting di dalam tumbesaran dan perkembangan manusia, kerana ia membina blok-blok sel tisu, otot dan tulang. Sekali lagi, susu ini kaya dengan protein.

Kita melindungi sistem metabolism dan meransang pertumbuhan dan kesihatan secara keseluruhan bagi memastikan anda mendapat bekalan protein secara berterusan.

8. Turun berat badan

Walaupun ia mengandungi asid lemak yang banyak kalau nak dibandingkan dengan susu lembu, susu ini kurang lemaak jahat, bemakna ia boleh tolong turunkan berat badan tanpa mengganggu keperluan nutrisi yang lain.

9. Perlindungan alam sekitar

Lembu menderita akibat daripada gas yang teruk yang merosakkan proses pencernaannya.

Gas tersebut merosakkan lapisan ozon dan menurut pakar alam sekitar sekurang-kurangnya jutaan lembu yang dijadikan binatang ternakan juga penyumbang susu, juga penyumbang utama penipisan ozon dan pemanasan global.

Lindungilah diri buat generasi akan datang dengan menyokng pengeluaran susu kambing.

Walaupun susu kambing tidaklah menjadi pilihan popular di kalangan rakyat Malaysia, di mengandungi pelbagai jenis nutrien  dan tinggi dengan  nilai nutrisi lebih daripada apa yang susu lembu boleh berikan.

Ia juga didapati dapat bantu menambah nutrien yang tiada atau kurang di dalam badan, sedangkan susu lembu tidak berupaya berbuat demikian. Sementara itu, susu daripada tumbuhan pula adalah alternatif yang sesuai buat orang yang alah kepada susu hasil daripada binatang ternakan atau produk tenusu.

Susu kambing lebih asli, dan sihat, pilihan kepada kalsium, protein dan lemak baik. Hasilnya, susu kambing adalah alternatif susu yang sihat dan sedap untuk ditambah di dalam diet harian anda.

Pelbagai produk yang telah dihasilkan daripada susu kambing seperti keju, yogurt, aiskrim, mentega, manisan dan gula-gula.

Sumber:

https://www.organicfacts.net/health-benefits/animal-product/goat-milk.html

https://www.webmd.com/diet/goat-milk-are-there-health-benefits#2

https://www.healthline.com/health/benefits-of-goat-milk#The-takeaway

Summary
9 Khasiat Susu Kambing Untuk Badan Kita
Article Name
9 Khasiat Susu Kambing Untuk Badan Kita
Description
Khasiat susu kambing dibuktikan dapat menurunkan berat badan, mengurangkan inflamasi, memperbaiki penghadaman dan menaikkan kebolehan nutrien.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: