Minyak Kayu Putih

Eucalyptus ialah pokok yang berasal dari Australia. Minyak kayu putih diekstrak daripada daun pokok. Eucalyptus juga dikenali dengan nama-nama yang lain seperti fevertree, gum tree, red ironbark, dan white ironbark.

Penggunaan minyak kayu putih mempunyai beberapa kebaikan seperti:

1. Melegakan batuk 

Selama bertahun-tahun, minyak kayu putih telah digunakan untuk melegakan batuk. Hari ini, beberapa ubat batuk yang dijual mengandungi minyak kayu putih sebagai salah satu bahan aktifnya. Misalnya, Vicks Vaporub mengandungi kira-kira 1.2 peratus minyak kayu putih bersamaan dengan bahan batuk lain. Cara yang paling popular untuk menggunakan ialah dengan menyapukannya pada dada dan tekak untuk melegakan simptom. 

2. Melegakan sesak di dada 

Menyapu minyak kayu putih pada bahagian dada atau menghidu bau pada minyak kayu putih mampu melegakan sesak dada sekali gus memberikan kelegaan pada pernafasan anda. 

3. Menjauhkan pepijat

Nyamuk dan serangga yang menggigit akan membawa penyakit yang boleh membahayakan kesihatan kita. Menyembur DEET boleh menghalaunya namun ianya dibuat dengan bahan kimia yang kuat. Jadi, penggunaan minyak kayu putih dengan bahan penghalau serangga botani mampu menjayakannya sebagai alternatif. 

4. Merawat luka 

Orang asli Australia menggunakan daun kayu putih untuk merawat luka dan mencegah jangkitan. Hari ini, minyak yang dicairkan masih boleh digunakan pada kulit untuk melegakan keradangan dan menyembuhkannya. Anda boleh membeli krim yang mengandungi minyak kayu putih. Produk ini boleh digunakan pada kecederaan lain yang dapat dirawat di rumah.

5. Melancarkan pernafasan

Bau minyak kayu putih dapat melegakan masalah pernafasan seperti asma dan sinus. Ianya bertindak balas dengan membran mucus yang bukan sahaja mengurangkan lendir tetapi membantu melegakan daripada batuk. Sebaliknya, bagi orang yang alah kepada minyak kayu putih, ia boleh menjadikan asma lebih teruk. 

7. Menenangkan luka sejuk

Keunikkan anti-radang dalam kayu putih dapat meredakan simptom herpes. Minyak kayu putih dapat mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan selsema. Anda boleh dapatkan balsem atau salap untuk luka virus simplex yang menggunakan campuran minyak pati, termasuk kayu putih sebagai sebahagian daripada senarai ramuan aktif mereka.

8. Menyegarkan nafas

Pudina bukan satu-satunya senjata untuk melawan nafas berbau. Kehadiran antibakteria dalam minyak kayu putih ini dapat digunakan untuk melawan kuman yang menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan. Sebahagian ubat kumur dan ubat gigi mengandungi minyak pati sebagai bahan aktif.

Kemungkinan produk kayu putih juga dapat membantu mencegah pembentukan plak pada gigi dan gusi yang menyebabkan kerosakan gigi.

9. Melegakan sakit sendi

Penyelidikan menunjukkan bahawa minyak kayu putih mengurangkan sakit sendi. Sebenarnya, kebanyakan krim dan salap yang digunakan untuk melegakan kesakitan dari keadaan seperti osteoartritis dan rheumatoid arthritis mengandungi minyak pati.

Minyak kayu putih membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan dalam banyak keadaan. Ia juga berguna bagi orang yang mengalami sakit belakang atau mereka yang pulih dari kecederaan sendi atau otot. 

Penutup

Minyak ini secara umumnya selamat digunakan pada kulit orang dewasa, tetapi minyak kayu putih tidak boleh digunakan pada kawasan muka kanak-kanak yang berumur di bawah 2 tahun. 

Sumber:

https://www.healthline.com/health/9-ways-eucalyptus-oil-can-help#joint-pain

https://www.rxlist.com/consumer_eucalyptus/drugs-condition.htm

Summary
9 Kehebatan Minyak Kayu Putih Yang Anda Patut Tahu!
Article Name
9 Kehebatan Minyak Kayu Putih Yang Anda Patut Tahu!
Description
Eucalyptus ialah pokok yang berasal dari Australia. Minyak kayu putih diekstrak daripada daun pokok. Eucalyptus juga dikenali dengan nama-nama yang lain seperti fevertree, gum tree, red ironbark, dan white ironbark.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: