servis aircond

Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pasti sukar untuk mencari khidmat servis aircond bukan? Tapi tahukah anda, ia merupakan antara alat yang mudah untuk anda servis aircond anda sendiri.

Hal ini kerana, disebabkan penggunaan dan permintaan aircond yang semakin tinggi, banyak pengeluar yang telah memudahkan ciri-ciri aircond. Maka, aircond menjadi tidak rumit dan mudah diurus.

Tak percaya? Mari saya kongsikan 8 tips servis aircond dengan sendiri. Sebelum itu, kita perlu tahu bahawa servis aircond adalah proses penjagaan, penyelenggaraan dan pembersihan aircond sama ada sebelum, semasa dan selepas.

1. Menukar penapis udara aircond setiap 3 bulan

Menukar penapis udara adalah bagi memastikan aircond berfungsi dengan baik. Jika anda mempunyai alergik, lebih kerap perlu ditukar penapis udara aircond tersebut. Dengan menukar penapis udara, anda dapat menjimatkan tenaga dan elektrik sebanyak 5% sehingga 15%.

Terdapat pelbagai jenis penapis udara. Sama ada boleh guna semula atau pakai-buang. Jika penapis udara anda adalah boleh guna semula, cukup sekadar membasuh penapis udara. Jika penapis udara anda jenis pakai-buang, wajib membuangnya setelah menggunakannya.

2. Periksa jika aircond anda sudah cukup sejuk

Anda akan tahu sekiranya aircond anda tidak sejuk walaupun telah rendahkan suhunya. Pertama sekali, periksa sekiranya penapis udara anda tersumbat. Sekiranya ada, cara mudah menghilangkannya adalah sama ada vacuum dan basuh menggunakan air. Jika terlalu keras, basuh menggunakan sabun atau bahan pencuci. Pastikan penapis udara telah kering sebelum memasangnya semula.

Sebab lain adalah kekurangan atau tiada gas penyejuk atau kipas aircond di luar rumah tidak berfungsi. Kebocoran pada paip gas penyejuk juga boleh menjadi punca. Rujuk pakar untuk membaikinya.

3. Bersihkan kipas aircond setahun sekali

Dari semasa ke semasa, kipas aircond akan kotor dilitupi habuk yang meghalang pengudaraan dan menyebabkan aircond tidak cekap.

Mulakan dengan mengelap kipas aircond. Caranya;

  • Tutupkan suis kipas aircond
    • Alihkan gril pelindung dan mulakan pembersihan kipas air menggunakan berus lembut
    • Gunakan vacuum jika perlu

Berhati-hati dengan bilah kipas aircond kerana mudah lentur. Biarkan kering sebelum memasang gril pelindung dan menggunakan aircond.

4. Elakkan memasang dan menutup aircond dalam masa yang singkat

Setelah menutup aircond, jangan menggunakannya secara tiba-tiba. Tunggu sehingga sekurang-kurangnya 10 minit sebelum menggunakan semula. Hal ini kerana,tekanan di dalam sistem penyejukan perlu diseimbangkan semula. Amalan ini boleh memastikan jangka hayat aircond anda akan lebih panjang.

5. Sekiranya ragu-ragu, dapatkan bantuan pakar

Tidak semua dilahirkan sebagai seorang yang cekap bermain atau membaiki barangan elektrik. Anda tidak perlu risau jika anda tidak mampu atau kurang ahli dalam melakukan seperti ini. Namun anda haruslah membuat pilihan yang bijak. Antaranya anda perlulah meminta bantuan pakar. Ianya mestilah melalui jurutera yang terlatih dan berdaftar.

Jangan merisikokan diri anda. Walaupun ia kelihatan mudah melakukan operasi bahan elektrik adalah berisiko tinggi dan sangat berbahaya.

6. Dapatkan aircond yang boleh ditetapkan secara automatik

Aircond yang boleh ditetapkan secara automatik mampu menetapkan suhu untuk pelbagai waktu. Suhu akan meningkat dan menurun dengan sendirinya. Hal ini boeh menjimatkan tenaga dan wang. Dalam keadaan ekonomi kita dan ketidakstabilan wang poket kita. Adalah lebih baik untuk kita berjimat cermat.

Untuk terus menghentikan penggunaan aircond adalah keputusan yang agak drastik. Jadi anda boleh menggunakan teknik ini jika aircond anda mampu ditetapkan secara automatik. Namun jika sebaliknya mungkin anda boleh menghadkan penggunaan aircond pada waktu tertentu.

7. Mengawal haba menggunakan tingkap

Haba banyak yang masuk ke dalam rumah melalui tingkap terutamanya sekiranya tingkap terbuka. Jika ingin mengawal haba yang masuk, perhatikan tingkap. Tutupkannya rapat dan pasangkan blinder ketika waktu panas.

8. Periksa kebocoran udara di dalam rumah

Tutup semua tingkap dan padamkan semua kipas. Nyalakan mancis dan jalan perlahan-lahan di sekeliling rumah. Sekiranya asap mancis masuk ke sesuatu tempat, kemungkinan di situ terdapat kebocoran udara dan perlu ditutup. Anda juga perlu memastikan ruangan anda tertutup dan tiada lubang angin seperti bawah pintu dan sebagainya.

SUMBER:

https://www.doityourself.com/stry/do-it-yourself-air-conditioner-service

https://www.panasonic.com/in/consumer/air-conditioners/air-conditioner-learn/articles/how-to-service-your-air-conditioner-at-home.html

https://www.wikihow.com/Service-an-Air-Conditioner

Summary
8 Tips Service Aircond Dengan Sendiri
Article Name
8 Tips Service Aircond Dengan Sendiri
Description
Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pasti sukar untuk mencari khidmat servis aircond bukan? Tapi tahukah anda, ia merupakan antara alat yang mudah untuk anda servis aircond anda sendiri.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: