8 Tips Berenang Dengan Selamat
Kecederaan semasa berenang, lemas dan kematian dapat dicegah dengan mengikuti "tips berenang dengan selamat" seperti di bawah.

Berenang adalah sukan rekreasi yang hebat dan dapat dinikmati oleh semua individu daripada pelbagai peringkat umur. Tetapi, ianya adalah penting untuk mengetahui petua keselamatan semasa anda berada di air. Kecederaan semasa berenang, lemas dan kematian dapat dicegah dengan mengikuti “tips berenang dengan selamat” seperti di bawah.

1. Lakukan senaman pemanasan badan

Pemanasan badan yang baik adalah penting untuk mengehadkan kemungkinan anda mengalami kecederaan. Memandangkan berenang menggunakan kumpulan otot yang besar, anda mesti melakukan pergerakan yang cekap dan mengekalkan degupan jantung yang rendah agar tidak meletihkan badan. Dengan menyiapkan badan anda dengan baik selepas bersenam, anda akan meningkatkan fleksibiliti anda  yang meningkatkan kecekapan anda di dalam air ketika berenang. Malah, ia juga membantu mengurangkan kesakitan otot selepas bersenam.

Mulakan dengan empat tujuan asas ini untuk setiap aktiviti pemanasan:

  • Longgarkan badan – Panaskan sendi, otot dan persiapkan badan anda dengan melakukan pergerakan yang mudah.

  • Bantu jantung anda mengepam – Denyutan jantung yang meningkat akan memanaskan otot dan menghidupkan sistem saraf anda.

  • Lakukan regangan dinamik – Regangkan otot, tetapi jangan lakukan secara berlebihan.

  • Berlatih – Praktikkan corak pergerakan sebagai memori otot dan terus siapkan badan anda untuk bertindak.

2. Tarik nafas di kedua-dua belah

Sekiranya anda mengajar diri anda mengenai asas berrenang, pastikan anda belajar cara bernafas di kedua-dua belah bukan hanya satu. Terdapat beberapa sebab untuk ini seperti bernafas di sebelah kiri dan kanan anda setiap tiga hingga lima pergerakan membolehkan anda memerhatikan persekitaran anda. Ini sangat berguna jika anda berenang di kawasan air terbuka tetapi boleh juga dipraktikkan di kolam renang. Apabila anda selalu bernafas di satu bahagian, anda berisiko mengetatkan otot dan sendi, dan cenderung berenang secara diagonal.

3. Periksa keadaan air dan cuaca terlebih dahulu

Air yang cetek, kayu atau batu besar di bawah air semuanya adalah berbahaya ketika anda berenang di laut di mana  boleh menyebabkan kecederaan serius. Ketika berada di kolam renang atau tempat berenang lain, hanya menyelam ke kawasan yang selamat dan dibenarkan sahaja. Sentiasa periksa persekitaran anda dan masukkan kaki ke dalam air perlahan-lahan terlebih dahulu. Periksa kawasan tersebut setiap kali sebelum memasuki air, kerana keadaan berenang atau persekitarannya mungkin berubah. Anda mungkin tidak selalu dapat melihat perenang bawah air, mainan dan benda lain yang boleh menyebabkan bahaya.

4. Kekal berwaspada

Angkat kepala dari air dan pandang lurus ke depan secara berkala untuk memastikan anda tidak menuju ke arah sesuatu yang boleh jadi berbahaya, atau anda tidak terlalu jauh dari tepi pantai atau tepi kolam. Ianya adalah sangat penting untuk berlatih gaya bebas berenang dengan kepala ke atas, jadi anda sentiasa dapat memeriksa penanda pelampung semasa perlumbaan dan terus berenang dengan lurus sebaik mungkin.

5. Berenang bersama rakan

Gunakan “sistem rakan” dan bawa rakan atau orang dewasa yang bertanggungjawab dan merupakan perenang yang kuat bersama anda. Pastikan anda saling berjaga-jaga antara satu sama lain. Walaupun terdapat penyelamat di sekitar anda, ianya adalah idea yang baik adalah memiliki “teman berenang”. Berenang bersama seseorang yang tahu berenang dengan baik dan cukup kuat untuk menarik anda keluar dari air jika anda mempunyai masalah. Sekiranya anda mesti berenang sendirian di perairan terbuka, lakukan dengan alat apungan yang berdekatan dan perhatikan sebarang bot atau kapal di sekitarnya.

6. Lakukan mengikut kemampuan anda

Apabila anda masuk ke dalam air, berenang hanya di tempat yang anda rasa selesa. Jangan melangkah lebih jauh atau lebih dalam daripada yang anda boleh kendalikan. Di pantai, berenang secara selari dan berdekatan dengan pantai, serta kekal dalam yang dibenarkan. Ketahuilah bahawa air sejuk atau keadaan kasar dapat mempengaruhi kemampuan berenang anda.

7. Keluar apabila berasa ragu-ragu

Sekiranya anda berada di dalam air dan merasakan sesuatu yang tidak menyenangkan, perasaan anda mungkin betul. Mungkin arus mulai menjadi kasar, ribut semakin hampir, atau badan anda sukar untuk bertahan (disebabkan kekejangan otot, keletihan, keletihan). Keluar dari air dengan segera jika ia berlaku. Sekiranya anda berenang di perairan terbuka, jangan cuba melawan alam semulajadi, kerana ini boleh memenatkan anda dengan cepat.

8. Rehat sebentar jika perlu

Sekiranya anda tertelan air, berehat dan kumpulkan tenaga dahulu selama beberapa saat. Ianya adalah perkara biasa untuk merasa panik jika anda tidak dapat bernafas pada mulanya — terutamanya jika anda bertanding dalam perlumbaan jarak jauh untuk pertama kalinya. Anda pastinya mahukan pergerakan dan kepantasan yang boleh dikawal, jadi luangkan masa untuk menetapkan semula diri anda sekiranya keadaan menjadi tidak menentu.

SUMBER

https://www.redcross.org/get-help/how-to-prepare-for-emergencies/types-of-emergencies/water-safety/swim-safety.html

https://www.healthlinkbc.ca/healthlinkbc-files/swimmers-safety-tips

https://myswimpro.com/blog/2016/02/27/why-you-should-do-a-dynamic-warm-up-before-every-swim/

Open-water swim safety tips

A quick guide to stretching and warming up

Langgani buletin kami dan dapatkan berita terbaru mengenai kesihatan serta promosi-promosi rakan kami.

Summary
8 Tips Berenang Dengan Selamat
Article Name
8 Tips Berenang Dengan Selamat
Description
Kecederaan semasa berenang, lemas dan kematian dapat dicegah oleh individu dengan mengikuti "tips berenang dengan selamat" yang pelbagai.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *