kuala selangor

Kuala Selangor terletak di bahagian barat laut Selangor. Daerah ini mempunyai tanah datar yang besar, beberapa bukit di sebelah timur dan pantai yang besar di sebelah barat.

Kuala Selangor menjadi pilihan destinasi percutian bagi keluarga dari Kuala Lumpur kerana jaraknya yang dekat. Daerah ini masih mempertahankan suasana kampung tradisional dengan sawah dan desa nelayan mendominasi pemandangan.

Di sini kami menyenaraikan tempat-tempat menarik yang wajib anda kunjungi ketika bercuti di Kuala Selangor.

1. Taman Alam Kuala Selangor

Dengan keluasan lebih dari 200 hektar, Taman Alam Kuala Selangor atau Taman Alam yang juga taman negeri Selangor adalah tempat yang wajib anda kunjungi.

Oleh kerana taman ini adalah tempat perlindungan bagi pelbagai jenis flora dan fauna, taman yang diuruskan oleh Persatuan Alam Malaysia ini menjadi daya tarikan popular kepada peminat alam dan aktiviti luar.

Terdapat paya bakau besar di taman ini dan ia berfungsi sebagai perisai semula jadi untuk garis pantai Kuala Selangor dan tempat pembiakan hidupan laut.

Selain itu, hutan ini juga merupakan rumah bagi binatang liar seperti helang, ikan belacak, ketam raja, iguana dan ketam rebab. Yang paling penting, hutan ini adalah tempat berlindung bagi satu jenis mamalia yang terancam pupus iaitu Monyet Silvery Lutung.

2. Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan

Kampung Kuantan adalah salah satu daripada tiga tempat di Kuala Selangor di mana anda dapat menyaksikan kelip-kelip pada waktu malam. Dua tempat lagi adalah di Pasir Penambang dan Kampung Bukit Belimbing.

Pengunjung yang hendak ke Kampung Kuantan perlu melakukan perjalanan menggunakan sampan iaitu perahu kayu tradisional. Kelip-kelip atau kunang-kunang tinggal di sepanjang tebing Sungai Selangor dan di antara pokok bakau.

Kita dapat membantu mengurangkan pencemaran udara, air, kebisingan, dan perkara yang lain yang memberi kesan buruk terhadap habitat semula jadi kelip-kelip apabila menggunakan sampan ketika ingin melihat kelip-kelip.

3. Bukit Melawati

Selain menjadi rumah bagi dua spesies yang terancam pupus iaitu monyet lutung perak dan monyet ekor panjang, Bukit Melawati sebahagian besarnya adalah tempat bersejarah.

Dari sini juga anda boleh menikmati pemandangan panorama kampung, pesisir pantai dan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan dan terkenal di kalangan penduduk tempatan.

4. Pantai Redang

Pulau Redang bukan di Terengganu sahaja ya. Terletak betul-betul di sebelah bandar Sekinchan, terdapat Pantai Redang, Selangor.

Pulau Redang di Selangor ini menawarkan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan dari Selat Melaka dan pada hari-hari tertentu, anda dapat melihat burung-burung yang bermigrasi melewati cakrawala, seperti Burung Botak Besar dan  Bangau Kelabu.

5. Cermin Langit Sasaran

Sasaran Sky Mirror ini terletak di Bolivia. Tempat ini adalah tebing pasir yang hanya muncul selama beberapa jam pada waktu pagi, dan hanya pada tarikh-tarikh tertentu berdasarkan bulan lunar untuk menghasilkan pantulan seperti langit di permukaan air.

Bukan itu sahaja, pantai ini juga merupakan tempat tinggal bagi banyak kehidupan laut seperti umang-umang, kerang buluh, siput, ular laut dan banyak lagi.

6. Pantai Remis

Walaupun pantai yang terletak di Jeram, Kuala Selangor ini tidak sesuai untuk berenang, pantai ini tetap menjadi tempat percutian yang popular di kalangan penduduk tempatan kerana suasananya di tepi pantai, serta pemandangan Selat Melaka yang menakjubkan semasa matahari terbenam.

Banyak juga hidupan laut yang boleh ditemui di sini.

7. Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor dibuka setiap hari dari jam 9:30 pagi – 5:30 petang kecuali isnin dan kemasukan adalah percuma.

Muzium ini menyediakan maklumat seperti pembangunan bandar dan kawasan di sekitarnya, peranannya sebagai sebuah pusat perdagangan untuk pengumpulan dan pengeksportan timah dan bagaimana Kuala Selangor menjadi ibu kota Negeri Selangor.

Terdapat pameran diorama, senjata lama, spesimen mata wang lama dan artifak lain yang anda boleh saksikan di sini.

8. Restoran dan kedai makanan laut tepi jeti Kuala Selangor

Jangan lupa berkunjung di sebelah jeti Kuala Selangor kerana di sana terdapat banyak restoran dan kedai yang menghidangkan makan laut segar dan lazat serta ada juga penjualan ikan kering dan makanan laut yang lain yang boleh anda bawa pulang bersama.

Menunya yang popular pula sudah tentulah makanan laut yang segar seperti udang, ketam, ikan, dan juga sotong. Anda boleh minta makanan laut tersebut dimasak mengikut selera anda seperti udang masak butter, sotong goreng tepung, ketam masak cili, atau pun ikan bakar.

Jadi, akhir kata, tiada alasan lagi untuk anda tidak bercuti di Kuala Selangor sekiranya ada masa terluang di hujung minggu. Ia hanya satu jam perjalanan ke utara ibu kota Kuala Lumpur dan 2.5 jam perjalanan ke selatan dari Ipoh! Bercuti selama sehari sahaja pun sudah cukup untuk anda menikmati tempat menarik yang ada di Kuala Selangor. Jadi, selamat bercuti!

Sumber:

https://www.nst.com.my/lifestyle/sunday-vibes/2020/02/561736/natures-gateway-kuala-selangor-nature-park-needs-our-continued

https://www.lokalocal.com/blog/outdoors/kuala-selangor-natural-gems/

https://www.visitselangor.com/bukit-melawati/

https://www.destimap.com/index.php?act=attraction&a=Kuala-Selangor-District-Historical-Museum%2C-Kuala-Selangor%2C-Malaysia

http://www.mdks.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/kelip-kelip-kg-kuantan

https://www.mingguanwanita.my/ikut-5-syarat-ni-kalau-nak-gambar-cantik-waktu-jelajah-pantai-persis-cermin-di-kuala-selangor/cermin14

http://www.mdks.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/pantai-remis-jeram-kuala-selangor

https://www.malaysia-traveller.com/kuala-selangor-attractions.html

https://www.tripadvisor.com.my/Restaurant_Review-g1777471-d6522382-Reviews-Restoran_Makanan_Laut_Jeti-Kuala_Selangor_Selangor.html

https://www.travelswithsun.com/kuala-selangor-banting

Summary
8 Tempat Yang Wajib Anda Kunjungi di Kuala Selangor
Article Name
8 Tempat Yang Wajib Anda Kunjungi di Kuala Selangor
Description
Kuala Selangor terletak di bahagian barat laut Selangor. Daerah ini mempunyai tanah datar yang besar, beberapa bukit di sebelah timur dan pantai yang besar di sebelah barat.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: