tempat pelancongan malaysia

Tempat pelancongan di Malaysia merupakan lokasi percutian yang tentunya akan memberikan anda pengalaman yang cukup indah.

Lokasinya bervariasi dari kota – kota moden hingga ke  kawasan alam semulajadi. Semuanya sesuai dikunjungi bersama – sama keluarga mahupun rakan – rakan.

Tak perlu jauh – jauh, di Malaysia pun anda boleh menikmati percutian yang begitu menyeronokkan. Tapi, nak ke mana ya?  

 Tak mengapa, jom saya kongsikan 8 tempat pelancongan Malaysia yang mesti dikunjungi.

1. Kuala Lumpur

Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Kuala Lumpur | Best Price Guarantee -  Mobile Bookings & Live Chat

Kota metropolitan ini merupakan ibu kota bagi negara Malaysia. Terdapat banyak lokasi menarik untuk dilawati serta menjadi sering menjadi tumpuan para pelancong. Tak hairanlah ia disenarai sebagai antara 10 bandar yang paling banyak dikunjungi di dunia.

Antara spot menarik di bandar pesat ini ialah:

  • Menara Berkembar Petronas
  • Dataran Merdeka
  • Petaling Street
  • Taman Burung Kuala Lumpur
  • Pasar Seni
  • Batu Caves

Kuala Lumpur juga merupakan lubuk beli – belah yang sangat  menyeronokkan dengan pelbagai tawaran hebat untuk anda. Bukan sahaja memiliki 70 buah pusat beli – belah, malahan juga bandar ini mempunyai banyak pasar yang berada di luar mahupun dalam bangunan.

Contohnya, Pasar Seni. Siapa tak kenal Pasar Seni bukan?

Di sini sahaja terdapat 800 buah kedai dan gerai untuk anda menikmati keseronokan membeli – belah. Pasar ini juga merupakan tempat terbaik untuk anda dapatkan  pelbagai ukiran kayu dan bahan logam buatan tangan.

2. Cameron Highlands, Pahang

10 Budget Hotels And Accommodation In Cameron Highlands For A Long Weekend  Trip - Klook Travel Blog

Tanah Tinggi Cameron ialah kawasan berbukit dengan tradisi teh yang tumbuhnya segar di lereng gunung yang landai. Sehingga hari ini, ladang teh masih menjadi ikon utama bagi kawasan tanah tinggi ini. Sebab itu, anda dapat lihat lokasi ini banyak difoto oleh para pengunjung.

Namun, tahukah anda?

Cameron Highlands juga merupakan rumah bagi ladang lavender dan strawberi, kebun herba dan juga tapak semaian.

Antara spot menarik di Cameron Highlands ialah:

  • Ladang Teh Boh

Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia. Di sini pengunjung bukan sahaja boleh menyaksikan proses pembuatan teh  secara dekat malahan anda juga boleh ke kedai hadiah dan menerokai jalan – jalan yang merentasi kawasan tanah tinggi ini.

  • Mossy Forest

Anda boleh menikmati persekitaran malar hijau tropika yang dingin dengan kabus dengan melalui  jalan – jalan khas. Anda juga berpeluang untuk melihat pelbagai flora dan fauna tempatan dari dekat.

  • Taman Teknologi Agro Mardi

Di sini, anda boleh  melihat secara mendalam amalan pertanian dan penternakan yang unik dan luar biasa serta  melawat kebun buah-buahan (termasuk kawasan besar yang dikhaskan untuk nangka yang luar biasa). Anda juga berpeluang untuk berkhemah di sini.

  • Terowong Masa, Memorabilia

Di sini, anda dapat melihat bilik dan kedai yang dicipta semula dari awal abad ke-20, bermain permainan papan vintaj, dan melihat foto-foto dari zaman pra-Perang. Muzium ini juga merupakan satu – satunya muzium memorabilia di Malaysia.

3. Taman Negara Pahang

Taman Negara Pahang (Day Trip) - D Asia KL - Malaysia

Bagi yang gemarkan aktiviti alam, anda boleh berkunjung ke taman hutan simpan di Pahang ini. Taman ini merupakan kawasan yang dilindungi dan sarat dengan hutan hujan tebal yang berusia 130 juta tahun.

Taman ini juga merupakan rumah bagi pelbagai spesis terancam termasuk Harimau Malaya dan Burung Merak Malaya.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah:

  • Trekking hutan
  • Memerhatikan burung (bird watching)
  • Mendaki Gunung Tahan
  • Menerusi jalan kanopi
  • Melompat di jeram sungai Lata Berkoh
  • Menjelajahi Gua Telinga

Untuk menjejalahi seluruh sistem gua batu kapur ini akan memakan masa berminggu-minggu.  Namun anda masih boleh menerokainya dengan menyertai lawatan berpandu secara individu untuk melihat gua-gua utama di sini.

Sepanjang perjalanan anda  harus merangkak dan meremas badan anda untuk melalui terowong bawah tanah yang sempit dan kemungkinan juga anda akan basah untuk sampai ke ruang utama.

Oleh itu, anda perlu mempersiapkan diri sebelum menempuhi perjalanan yang mencabar ini.

4. Langkawi, Kedah

3 Days in Langkawi: The Perfect Langkawi Itinerary | Road Affair

Langkawi merupakan tempat pelancongan Malaysia yang sangat terkenal.

Antara spot yang menarik untuk dilawati di sini ialah:

Pantai ini amat popular sebagai destinasi pelancongan. Di sini, anda boleh bersantai sambil menikmati angin sepoi – sepoi bahasa.

  • Air Terjun Telaga Tujuh

Air terjun ini menawarkan  anda kolam renang jernih yang indah untuk berenang serta laluan hutan yang merentasi dua gunung berbeza.

  • Muzium Laman Padi
  • Taman Legenda Langkawi

Taman ini merupakan lokasi terbaik untuk anda menerokai warisan dan sejarah pulau ini melalui taman yang terjaga,  bangunan tradisional, patung ogres, makhluk mitos, dan tokoh-tokoh cerita rakyat Langkawi yang lain.

Jika anda ingin menyaksikan panorama indah pulau dan lautan dari sudut yang terbaik anda boleh menaiki kereta kabel untuk ke puncak salah satu gunung yang tertinggi di kepulauan ini.

Tiba sahaja di sana, anda boleh ke  Jambatan Langit Langkawi yang panjangnya 125 meter, serta mempunyai laluan pejalan kaki  660 meter di atas permukaan laut.

Wah, tingginya. Mesti indah kan panorama dari lokasi tinggi ini.

5. Bandar Melaka, Melaka

From historical city to happiest city to sustainable city – the Melaka City  Centre continues to evolve at the helm of the Historical Melaka City  Council | Global Future Cities Programme

Bandar Melaka merupakan ibu kota negeri Melaka yang kaya dengan pelbagai sejarah dan budaya. Bandar ini telah disenaraikan sebagai Bandar Warisan UNESCO sejak 2008 lagi.

Bandar bersejarah ini mempunyai banyak tarikan utama untuk pelancongan. Antaranya:

  • Pasar Malam Jonker Street
  • Gereja St. Paul
  • Tugu A. Famosa
  • Stadthuys

Ketika berjalan – jalan di bandar ini, anda bukan sahaja boleh melihat tinggalan zaman Portugis dan Belanda, bahkan juga tinggalan abad ke – 15 yang dianggap sebagai zaman keemasan bagi budaya Melayu.

6. George Town, Penang

8 Reasons To Visit George Town In Penang, Malaysia | GETTING STAMPED

Georgetown merupakan bandar dengan muzium terbuka. Tempat pelancongan Malaysia yang penuh sejarah ini mempunyai pelbagai pilihan bangunan dan gereja-gereja peninggalan zaman British. Ia juga merupakan rumah bagi Fort Cornwallis.

Ketika anda berjalan – jalan di sini anda akan dapat menemui rumah kedai tradisional yang masing-masing mempunyai gaya dan reka bentuk tersendiri.

Bandar ini juga terkenal dengan seni jalanan dan mural yang menghiasi dinding – dinding. Kaki swafoto siapkan kamera and ajika hendak berkunjung sendiri.

George Town juga mempunyai pelbagai  tarikan lain seperti kuil, medan selera dan lubuk beli – belah yang meriah dan kedai kopi yang terpanjang dalam negara.

Anda jangan tak tahu, ibu negeri Penang ini juga kaya dengan pelbagai makanan yang enak belaka. Anda mesti cuba!

Oleh itu, tak hairanlah mengapa lokasi ini menjadi tumpuan pelancong.

7. Pulau Lankayan, Sabah

Pulau Lankayan Tempat Menarik di Sandakan Sabah - Tempat Menarik

Anda inginkan percutian pulau mewah bagaikan di Maldives?

Anda boleh melancong ke Pulau Lankayan yang terletak kira – kira 90 minit menaiki bot dari Sandakan, Sabah.

Pulau terpencil di Laut Sulu ini ialah sebahagian daripada taman laut yang dilindungi. Pulau ini hanya mempunyai sebuah resort sahaja iaitu Lankayan Island Dive Resort.

Sesuai sangatkan kalau anda nak merehatkan minda dan badan. Tenang sahaja.

Pengunjung juga boleh menikmati pemandangan indah dengan menginap di chalet tepi pantai yang menghadap hamparan pasir pantai lembut dan  juga lautan.

Jika anda mengunjungi pulau ini antara bulan Jun dan September anda boleh menyaksikan kehadiran penyu – penyu ang bersarang di sini.

8. Taman Negara Bako, Sarawak

Bako National Park | Sarawak Forestry Corporation

Taman Negara Bako merupakan antara lokasi yang begitu cantik di Kepulauan Borneo. Ia merupakan gabungan indah  hutan belantara, pantai dan pulau yang sepi.

Taman ini terletak kira-kira satu jam di utara ibu kota Sarawak Kuching. Meskipun kecil, taman ini menawarkan anda pengalaman menarik di sini. Antaranya:

  • Menggembara melalui hutan bakau dan menyaksikan hidupan liar
  • Bersantai di pantai atau berdiri di tebing sambil menghadap pantai berbatu

Anda nak tahu, monyet yang hidungnya panjang itu berada di taman ini juga tau. Monyet ini dikenali dengan nama monyet Proboscis.

Nampak, kecil – kecil cili api kan tempat ni. Kalau anda pecinta alam anda mesti berkunjung ke sini.

Wah, menarik betul kan lokasi – lokasi pelancongan di Malaysia ini. Tak hairanlah pelancong mahupun penggembara dari luar negara pun berpusu – pusu untuk datang ke tempat – tempat ini.

Kita sebagai rakyat Malaysia janganlah lupa untuk terus menjaga dan menghargai khazanah yang berharga ini. Teruskan menyokong industri pelancongan tempatan kita. Sambil – sambil timbalah sebanyak mungkin pengalaman yang bermanfaat melalui trip pelancongan anda.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat.

Sumber:

https://www.planetware.com/malaysia/best-places-to-visit-in-malaysia-mal-1-6.htm

https://theculturetrip.com/asia/malaysia/articles/malaysia-s-most-beautiful-places-to-visit-must-see-destinations/

https://theculturetrip.com/asia/malaysia/articles/the-10-most-beautiful-places-to-visit-in-borneo/

https://www.klook.com/en-MY/blog/budget-hotels-cameron-highlands/

https://www.kualalumpurcitytour.com/malaysia/taman-negara-day-trip

https://www.roadaffair.com/3-days-in-langkawi-itinerary/

https://www.globalfuturecities.org/story/historical-city-happiest-city-sustainable-city-melaka-city-centre-continues-evolve-helm

https://www.gettingstamped.com/reasons-visit-george-town-penang-malaysia/

https://www.tempatmenarik.my/pulau-lankayan-tempat-menarik-di-sandakan-sabah/

https://sarawakforestry.com/parks-and-reserves/bako-national-park/

https://www.agoda.com/mandarin-oriental-kuala-lumpur_7/hotel/kuala-lumpur-my.html?cid=1844104

https://www.klook.com/en-AU/blog/a-kuala-lumpur-holiday/

Summary
8 Tempat Pelancongan Malaysia yang Mesti Dikunjungi
Article Name
8 Tempat Pelancongan Malaysia yang Mesti Dikunjungi
Description
Tempat pelancongan di Malaysia merupakan lokasi percutian yang tentunya akan memberikan anda pengalaman yang cukup indah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: