Now Reading
8 Tempat Menarik Di Temerloh Wajib Dikunjungi 2021.

8 Tempat Menarik Di Temerloh Wajib Dikunjungi 2021.

tempat menarik di temerloh

8 Tempat menarik di Temerloh wajib dikunjungi. Temerloh adalah sebuah bandar kedua terbesar di Pahang dan amat sinonim dengan ikan air tawarnya yang sangat berharga, iaitu ikan ‘patin’.

Faktor geografi yang terletak di tengah-tengah laluan sungai Pahang dan sungai semantan menyebabkan ia kaya dengan ikan air tawar lain seperti Jelawat, Baung, Tenggalan, Lampam, Belida, Tilapia dan Kerai. Sungai ini merupakan laluan utama menuju ke Taman Negara dan Tasik Bera.

Di sini juga merupakan tempat menyediakan hidangan istimewa terutama ikan Patin Masak Tempoyak dan Nasi Ayam di Bandar Lama Temerloh mungkin ini adalah salah satu yang terbaik di Malaysia.

Kebiasaannya, mereka akan memilih lokasi ini sebagai tempat percutian yang terbaik untuk keluarga mereka.

Selain makanan istimewa yang disajikan, Temerloh juga terkenal dengan beberapa tempat yang perlu dikunjungi. Antaranya:

Senarai Tempat  Menarik Di Temerloh

1. Santuari Gajah Kuala Gandah

Jika anda ke Temerloh, anda perlu berkunjung ke Santuari Gajah Kuala Gandah . Ia terletak di Lanchang, sebuah kampung yang menjadi tempat perlindungan anak gajah atau pusat pemuliharaan gajah Kuala Gandah .

Tempat perlindungan gajah ini dibangunkan pada tahun 1989 di Taman Hidupan Liar Krau, dan diuruskan oleh Taman Negara Malaysia dan Jabatan Hidupan Liar. Taman ini juga menjadi tempat perlindungan dan tumbesaran anak-anak gajah yang kehilangan induk-induknya.

Kemudian, berita tentang tempat perlindungan gajah telah tersebar dan menjadi buah mulut masyarakat setempat menyebabkan bandar ini berkembang dengan pesat. Ia juga menjadi salah satu tarikan bagi pelancong luar negara.

Sehingga kini, bilangan kakitangan yang bekerja di tempat perlindungan Kuala Gandah telah meningkat daripada 25 kepada 35 orang. Mereka telah memberi pelbagai sumbangan tenaga dan idea demi mencegah penurunan populasi gajah dengan memindahkan lebih dari 400 gajah liar ke kawasan yang lebih selamat .

Peranan pusat pemulihan dan penempatan semula gajah bukan setakat menjadi tempat penjagaan gajah ,ia juga tempat pelancongan , juga ia mempunyai peranan yang besar dalam membina kesedaran di kalangan masyarakat terutama penduduk tempatan dan pelancong.

Pusat ini juga tempat paling menyeronokkan bagi kanak-kanak. Mereka pasti jatuh cinta dengan keletah gajah yang ditonjolkan. Pengunjung boleh memberi makanan dan memandikan gajah. Hal ini pasti meninggalkan pengalaman yang amat bernilai bagi kanak-kanak.

Tempat Menarik Di Temerloh

Para pengunjung hanya dibenarkan untuk  melihat gajah sebanyak 2 kali untuk sehari untuk mengurangkan tekanan bagi gajah. Aktiviti gajah mandi juga boleh dilakukan sekiranya paras air tinggi .

Cas bayaran kemasukan tidak dikenakan. Jika pengunjung ingin membantu atau menambahbaikkan pusat ini, mereka boleh memberi sumbangan wang mengikut kemampuan anda.

Cara untuk sampai ke destinasi.

Jika anda dari kuala lumpur, ia hanya mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Temerloh. Pusat ini terletak di sepanjang Lebuh raya Pantai Timur antara Kuala Lumpur dan bandar Kuantan di semenanjung timur.

Dari lebuh raya utama anda turun di pintu keluar 816 Lanchang Interchange (Lanchang / Raub / Kuala Lipis). Dari sana anda boleh mengikuti rambu ke Kuala Gandah (atau terus menuju ke Lanchang).

Pusat ini dibuka pada setiap hari bermula 10.30 pagi hingga 4 petang.

2. Gunung Senyum, Temerloh

Gunung senyum atau taman rekreasi gunung tersenyum mempunyai ketinggian 1.549 meter dari aras laut. Ia terletak di tebing Sungai Pahang sekitar 68 kilometer dari bandar Temerloh melalui kampung Awah dan Felda Jengka 18.

Terdapat dua gunung utama di dalam taman tersebut, Gunung Senyum dan Gunung Jebak Puyoh, yang sebelumnya menjadi tempat popular bagi pelancong dan penyelidik.

Antara tempat yang menjadi tarikan ahli arkeologi adalah:

  • Gua Terang Bulan
  • Gua Hidang
  • Gua Taman Satu
  • Gua Taman Dua
  • Gua Angin
  • Gua Merlap
  • Gua Kolam Tuju
  • Gua Gajah
  • Gua Gelap
Official Portal Of Tourism Pahang - Gunung Senyum

Gunung ini terdiri batu kapur dan batu, berusia sekitar 3.000 tahun. Ia mempunyai kisah lagenda tok long yang dikatakan berkahwin dengan bunian dan memungkiri janji sehingga kematiannya. Gua Makam Tok Long dikatakan sebagai bukti kisah yang disampaikan dari generasi ke generasi.

3. Pusat Rehabilitasi Gaur Jenderak

Pusat ini merupakan pusat pembiakan seladang (Guar) yang ditubuhkan pada tahun 1982 di Jenderak, Temerloh. Tujuan ditubuhkan adalah untuk menyediakan tempat perlindungan bagi haiwan ini yang diklasifikasikan sebagai rentan .

Pusat ini juga menjalankan program pembiakan rusa sambar. Pada masa ini terdapat kira-kira 40 haiwan, tetapi kawanan kecil seekor jantan dan beberapa ekor betina disimpan di kandang yang berasingan.

FREELITTLEBRAIN: Malayan Gaur - the 2nd largest terrestrial mammal in  Malaysia

4. Taman Rusa, Temerloh

Taman rusa terletak di Bukit Rengit Lanchang, berhampiran dengan pusat Santuari gajah kuala gandah dan taman hidupan liar krau.

Taman ini dipenuhi oleh flora dan fauna. Anda juga boleh memberi makanan kepada pelbagai jenis  haiwan liar termasuk haiwan reptilia dan eksotik .pengalaman ini pasti memberi kesan yang mendalam pada diri anda.

Coretan Perjalananku: Kuala Gandah - Elephant Sanctuary

5. Pekan Sehari, Temerloh

Pekan Sehari Temerloh diadakan pada hari ahad di lurah semantan bermula jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Makanan kegemaran masyarakat tempatan juga ada di jual disini termasuk rebung yang di masak dengan ikan air tawar dan santan dan ikan patin masak tempoyak.

Pasar ini tempat paling mudah untuk mencari ikan air tawar seperti ikan Patin, Temoleh / Temelian, Baung, Haruan, Tapah, Kaloi, Tengalan, Belida, Kerai, Lampam, Jelawat dan ikan mungkus. Harga mungkin agak mahal tetapi boleh dirunding.

Jika anda ingin membawa pulang Ikan Patin segar pulang, anda perlu membeli secara terus melalui pemiliknya di kampung Bangau Tanjung.

Pekan Sehari Temerloh Merupakan Pekan Sehari Terbesar Di Semenanjung  Malaysia - Eyqa Hasnan's Blog

6. Program Rumah Rehat

Setelah penat berjalan pada siang hari, anda boleh membawa keluarga anda untuk beristirahat di tiga buah rumah rehat iaitu desa murni, rumpun makmur dan jengka 25.

See Also
penerbangan

Anda di beri pilihan sama ada untuk tinggal di rumah rehat atau rumah kampung. Jika anda ingin menikmati dan merasai suasana kampung ,anda boleh memilih rumah kampung desa murni .

Di rumah ini, anda diberi peluang untuk menikmati dan merasai sajian masakan kampung dan beramah mesra dengan orang kampung di kawasan tersebut. Harga yang ditawarkan amat memuaskan dan mampu milik.

Jika anda ingin menetap sementara di rumah rehat tersebut, anda boleh hubungi :

  • Desa Murni : 6019 – 986 5070 (kemudahan servis pengangkutan teksi dan bas ada)
  • Rumpun makmur : 6019 – 930 8559 (tiada kemudahan bas dan teksi)
  • Jengka 25 : 019 – 957 7788 (tiada kemudahan bas dan teksi)
15 Tempat Menarik Di Temerloh (2022) | Terokai Titik Tengah Malaysia

7. Aktiviti memancing Sungai Pahang

Sungai Pahang merupakan salah satu port terbaik untuk memancing di Pahang. Terdapat pelbagai jenis ikan air tawar yang bakal ditemui. Kebiasaannya, para pengunjung datang ke sini untuk memancing ikan dan berkhemah bersama rakan-rakan.

Bagi kaki pancing, anda boleh meminta bantuan bot dan sampan daripada orang kampung untuk mencari Lubok ikan yang diingini. Masa yang sesuai untuk memancing adalah pagi dan petang.

Memancing Di Sungai Pahang – Otosection

8. Aktiviti berakit sungai Pahang

Jika anda berminat untuk menyertai aktiviti berakit, anda di pelawa untuk menghadirkan diri anda di sini. Perjalanan rakit  akan  bermula di Temerloh dan berakhir di pekan. Ia mengambil masa 5 hingga 6 hari untuk sampai ke penghujung bergantung paras air ketika itu.

Untuk pembinaan rakit ,anda boleh berjumpa dan meminta bantuan masyarakat tempatan untuk membina rakit buluh bergantung saiz dan harga yang di tawarkan. Anda dinasihatkan untuk membawa keperluan asas berkhemah seperti kanvas, ‘ridsect’,pakaian dan makanan.

Kembara Berakit Sungai Pahang 2014 Meriah - BLOG BUDAK PACAK

Aktiviti rakit sesuai diadakan pada siang hari dan masa terbaik adalah bulan Mac hingga bulan Oktober.  Pastikan rakit anda mempunyai dua pengayuh dan 2 tiang serta jaket keselamatan perlu sentiasa di pakai.

Keselamatan anda perlu di utamakan. Jika anda ingin berhenti di sesuatu tempat untuk bermalam , anda boleh singgah di Kampung Guai, Kuala Triang, Kuala Bera, Chenor, Pesagi, Lubok Paku, Serengkam, Belimbing, Paloh Hinai, Pulau Manis, dan Ganchong.

Kesimpulannya, terdapat 8 Tempat menarik di Temerloh wajib dikunjungi oleh anda sekeluarga. Anda wajib datang ke Temerloh. Makanan yang disajikan sangat sedap dan memuaskan.

Selain itu, ia juga sangat kaya dengan flora fauna dan anda boleh merasai sendiri pengalaman bersama haiwan liar yang dipelihara. Rugi kalau anda tidak singgah Temerloh. Percutian yang sangat menggamit jiwa dan raga seisinya.

Sumber:

Https://www.pahangtourism.org.my/index.php/temerloh

Https://wafflenessa.com/2018/07/05/10-things-to-do-in-temerloh-pahang-malaysia/

Https://www.tripzilla.com/temerloh-malaysia-weekend-getaway-destination/63501

error: Content is protected !!