banting

Banting terletak di Selangor, Malaysia dan di tebing sungai. Di Banting, terdapat beberapa restoran yang bagus dan pasar di mana penduduk tempatan boleh membeli-belah.

Banting adalah destinasi yang sempurna untuk percutian jangka pendek dan boleh dikunjungi pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Sebenarnya, terdapat banyak tempat yang bagus untuk dikunjungi di Banting, namun tidak ramai yang tahu akan kewujudan tempat-tempat tersebut. Banting adalah sebuah tempat yang sangat menarik.

Di sini kami kongsikan beberapa tempat menarik di Banting yang boleh anda kunjungi sekiranya anda ke Banting ataupun sekiranya anda merancang untuk bercuti ke sana.

1. Tandem Sky Diving

Anda seorang yang sukakan pengembaraan? Ini pasti menjadi suatu aktiviti yang anda suka! Lakukan Tandem Sky Diving dan akan rasakan keseronokan yang maksima.

Anda akan melompat dari ketinggian yang tinggi di atas laut biru, terapung dan akhirnya mendarat. Jangan risau, ada alat yang membantu anda kekal selamat semasa melakukan aktiviti ini!

Aktiviti ini anda boleh lakukan pada sepanjang tahun, kecuali pada keadaan cuaca yang kurang baik.

2. Muzium Insitu Jugra

Mohd Faiz bin Abdul Manan: Muzium Insitu Jugra

Bangunan dua tingkat yang menempatkan muzium ini dahulunya adalah balai polis daerah dan juga sebuah penjara.

Ia dibina pada tahun 1878 oleh pegawai polis British yang bernama Kapten Harry Charles Syers. Bangunan ini dahulunya digunakan untuk menjalankan hukuman kepada pesalah berdasarkan undang-undang British pada waktu itu. Bahagian atas bangunan ini digunakan sebagai mahkamah dan bahagian bawahnya pula adalah penjara.

Bangunan bersejarah ini telah diwartakan pada 19 November 2002 dan ia juga telah dibaikpulih. Kini, ia dijadikan sebuah muzium dengan tiga ruang pameran yang mengandungi bahan-bahan bersejarah bangunan itu sendiri.

Berhampiran Muzium Insitu Jugra ini juga terdapat bangunan bersejarah seperti Istana Bandar Jugra, Masjid Alaeddin dan juga Makam Sultan Abdul Samad.

Tarikan utama Muzium Insitu Jugra ini adalah trak berpirasai yang dihasilkan semasa Perang Dunia Kedua dan juga digunakan oleh Polis DiRaja Malaysia pada waktu kecemasan pada sekitar tahun 1948 hingga 1960.

3. Istana Bandar Jugra, Banting

Istana Bandar dibina tahun 1905 dan merupakan kediaman Sultan Selangor serta tempat bersejarah yang terletak di Jugra berhampiran Banting. Istana ini mempunyai struktur dua tingkat, beberapa bilik yang merangkumi bilik mandi kerajaan, ruang takhta, ruang perjamuan, bilik tidur dan banyak lagi.

Seni binanya pula melibatkan gaya barat dan dicat dengan warna kuning dan putih. Namun, setelah merdeka, istana ini dijadikan pusat amal untuk mempelajari Al-Quran.

4. Tadom Hill Resort

Tadom Hill Resort sangat sesuai untuk percutian selama satu hari dengan rakan dan keluarga anda. Tempat ini menggunakan struktur buluh yang akan membuatkan anda merasa seolah-olah anda berada di kampung Orang Asli.

Kawasannya pula sangat menenangkan kerana dikelilingi oleh perairan biru bersama dengan pemandangan bukit batu kapur yang indah.

Di sini ada menawarkan aktiviti menyelam, kerusi santai terapung, buaian Tarzan, buaian air, perjalanan kenderaan di semua medan, tempat untuk bola tampar pantai dan bola sepak dan banyak lagi.

5. Bukit Jugra

Bukit Jugra sangat sesuai untuk aktiviti payung terjun dan bukit ini hanya terletak sekitar 15 minit perjalanan dari bandar Banting.

Namun, jika aktiviti payung terjun bukan aktiviti kegemaran anda, anda masih boleh menikamti pemandangan panorama dan cuaca yang sejuk dan segar dari bukit ini, namun sebelum itu, anda perlulah mendaki ke puncak bukit dulu ya!

6. Pantai Morib, Banting

Anda ingin menyaksikan matahari terbenam yang menakjubkan? Anda boleh lakukannya di Pantai Morib. Bukan itu sahaja, Pantai Morib adalah destinasi yang ideal untuk anda berehat dan bersenang-senang dengan keluarga atau rakan-rakan anda.

Anda boleh beriadah di Pantai Morib atau anda boleh juga berehat di tepi Pantai Morib dan menyaksikan keindahan alam laut semulajadi.

7. Restoran Cendol Ibrahim Banting

Anda berasa sangat panas? Jangan risau, di Banting ada restoran cendol yang sangat lazat yang boleh membasahkan tekak anda, iaitu Restoran Cendol Ibrahim. Pencuci mulut yang dihidangkan semuanya sedap belaka!

Harganya pula sangat berpatutan dengan hidangan cendol yang ditawarkan. Anda patut cuba sekali cendol di kedai ini sekiranya anda ke Banting.

8. Beggar’s Chicken Bukit Jugra

Sekiranya anda ke Banting, memang rugi jika anda tidak merasa menu Beggar’s Chicken Bukit Jugra. Ayam ini diperap dan diisi dengan rempah Cina, dimasak dengan bara dan tanah yang membara selama 4 jam. Menu ini sangat popular kerana ia sangat lazat.

Tapi, sebelum datang, pastikan buat tempat sehari atau dua hari sebelum ya!

Banting merupakan destinasi percutian yang sesuai jika masa cuti anda singkat. Banyak tempat dan makanan lazat di sini. Ia juga merupakan sebuah tempat yang penuh dengan bangunan bersejarah. Anda harus ke Banting untuk melihat sendiri semua ini apabila PKP sudah tamat nanti. Jadi, selamat bercuti ya!

Sumber:

https://traveltriangle.com/blog/things-to-do-in-banting-malaysia-bdp/

https://www.triphobo.com/places/banting-malaysia/things-to-do

https://www.visitselangor.com/muzium-insitu-jugra/

https://www.selangor.gov.my/kualalangat.php/pages/view/143?mid=232

https://www.malaymail.com/news/drive/2018/06/27/7-places-to-visit-while-day-tripping-in-banting/1646008

https://www.klnow.com.my/english/one-day-trip-banting-kuala-lumpur

Summary
 8 Tempat Menarik di Banting Yang Berbaloi Untuk Anda Kunjungi!
Article Name
8 Tempat Menarik di Banting Yang Berbaloi Untuk Anda Kunjungi!
Description
Banting terletak di Selangor, Malaysia dan di tebing sungai. Di Banting, terdapat beberapa restoran yang bagus dan pasar di mana penduduk tempatan boleh membeli-belah.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: