bandar baru bangi

Bandar Baru Bangi terletak di antara Kajang dan Putrajaya dan berada 25 km jauhnya dari ibu kota, Kuala Lumpur. Ia berada di daerah Hulu Langat, Selangor.

Selain terkenal sebagai  “kota pengetahuan” kerana terdapat banyak universiti, kemudahan penyelidikan dan pembangunan terletak di atau berhampirannya, Bandar Baru Bangi juga terkenal sebagai bandar yang mempunyai banyak tempat makan.

Jadi, jika anda ingin berkunjung ke Bandar Baru Bangi untuk menghabiskan masa anda, anda sebenarnya telah membuat pilihan yang tepat.

Di sini kami kongsikan 8 tempat menarik yang ada di Bandar Baru Bangi ini untuk anda lawati.

1. Kilang Chocolate Beryl’s

Di kilang Chocolate Beryl’s ini sudah pastinya ada banyak pilihan perisa coklat yang anda boleh beli seperti perisa coklat durian, tiramisu, ciklat cili dan tongkat ali.

Apa yang paling menyeronokkan adalah promosi yang ditawarkan untuk para pembeli. Antaranya ialah beli 5 coklat, anda akan dapat satu lagi coklat percuma! Seronok bukan?

Anda bingung nak beli coklat perisa apa? Jangan risau, setiap pilihan akan diberi tester untuk anda rasa sebelum memutuskan untuk beli atau tidak.

2. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)

Masjid yang dikelilingi air dan mempunyai reka bentuk abad pertengahan serta lengkungan gaya katedral di UK ini pasti akan membawa rasa ketenangan dan aman kepada sesiapa sahaja yang mengunjunginya.

Meskipun cuaca di luar panas, ia tetap terasa sejuk di dalam masjid. Namun, untuk masuk ke masjid yang diperbuat daripada keluli ini, anda mestilah memakai pakaian yang menutup aurat ya!

Bagi lelaki, jika anda memakai seluar pendek, anda perlu memakai sarung yang disediakan sebelum masuk. Bagi perempuan pula, anda kena menutup kepala, jika tidak anda akan diberikan jubah dan tudung untuk dipakai.

3. Farm in the city

Farm in the city menempatkan lebih dari 100 spesies haiwan dan tumbuhan eksotik yang ditempatkan di kawasan berpagar yang dibina khas.

Jadi anda boleh datang dekat, menyentuh, ataupun memberi makan kepada haiwan-haiwan di sini dari jarak yang sangat dekat.

Farm In The City mempunyai konsep unik iaitu menggabungkan unsur-unsur hidupan liar dan alam semula jadi dalam persekitaran taman pemuliharaan yang dirancang.

Haiwan-haiwan di sini dijaga dengan rapi dan anda juga boleh memberi makan haiwan dengan daun segar atau membeli jerami untuk haiwan-haiwan di situ. 

4. Tasik Putrajaya

Selain menjadi tempat joging dan berkelah yang popular bagi penduduk tempatan yang tinggal berdekatan, tasik Putrajaya juga menjadi tempat yang menenangkan untuk anda berjalan kaki, berbasikal dan menaiki bot di sekitar tasik sambil menikmati keindahan tasik ini.

Di tasik ini, anda berpeluang menyaksikan aktiviti sukan air seperti meluncur air, ski jet, lumba bot dan acara sukan antarabangsa dan tempatan seperti Red Bull Air Race World Championship, F1 Powerboat Championship, Asian Canoeing Championship dan SEA Games.

Namun, bukan setiap masa lah ada acara sukan kerana ia hanya diadakan pada masa tertentu sahaja. Jadi, kalau nak lihat acara sukan, anda kenalah peka dengan tarikh dan masa sekiranya ada acara akan dilakukan di tasik ini ya!

5. IOI City mall

Pusat beli-belah IOI City Mall ini berdiri di atas tanah berkeluasan 33.5 ekar dengan 7,500 ruang letak kereta yang merangkumi 3 tingkat bawah tanah.

Dengan jumlah tempat letak kereta yang sebanyak itu, anda mesti sudah dapat agak yang mall ini mesti sangat besar kan.

Ya, IOI City Mall memang sangat luas. Ia mempunyai 4 tingkat untuk menempatkan 420 perniagaan termasuklah Golden Screen Cinemas, Homepro, Index Living Mall, Parkson dan Tesco.

Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat gelanggang luncur ais Icescape bersaiz olimpik dan taman hiburan dalaman yang dikenali District 21.

6. Palm Garden Golf Club

Palm Garden Golf Club direka oleh seorang arkitek berbakat bernama Ted Parlsow dimana dia telah menggabungkan aspek-aspek menarik untuk menghasilkan padang golf yang menarik dan mempesona.

Selain terletak hanya 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, padang golf ini juga berada di tempat strategik iaitu di ibu kota pentadbiran Malaysia, Putrajaya dan di antara dua hotel iaitu Marriott Hotel dan Palm Garden Hotel.

Terletak di tengah-tengah padang golf ini ialah pondok minuman dua tingkat yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan dengan tanah lembap di sekitarnya.

7.     The Mines Shopping Mall

Satu lagi pusat beli-belah yang ada di Bandar Baru Bangi adalah The Mines shopping mall yang terletak di seri kembangan dan berjarak 30 minit perjalanan dari kota kuala lumpur. Pusat beli-belah ini adalah sebahagian daripada The Mines Resort City.

8.   Masjid Putra

Masjid Putra adalah salah satu daripada beberapa masjid berwarna merah jambu yang ada di dunia. Ia dibuat dengan unik dengan granit berwarna mawar dan dapat menampung lebih dari 10,000 jemaah pada satu masa.

Masjid ini selesai dibina pada tahun 1997 dan terdiri daripada tiga bidang fungsi utama. Di dalamnya terdapat ruang solat yang sederhana namun elegan,  halaman dan pelbagai kemudahan pembelajaran.

Masjid putra mempunyai reka bentuk masjid Sheikh Omar di baghdad dan strukturnya adalah gabungan yang indah antara gaya seni bina tradisional melayu dan timur tengah. Menaranya yang setinggi 380 kaki (116 meter) adalah salah satu yang tertinggi di rantau ini.

Akhir sekali,

Menarik bukan tempat-tempat yang ada di Bandar Baru Bangi? Jadi tunggu apa lagi, rancanglah percutian anda ke sini dengan sempurna. Selamat bercuti ya!

Sumber:

https://www.hellotravel.com/malaysia/bandar-baru-bangi

https://www.thingstodopost.org/10-things-to-do-in-bandar-baru-bangi-that-you-shouldn-t-miss-123563

https://www.tripadvisor.com/showuserreviews-g2412240-d10252586-r434726145-beryl_s_chocolate_factory-bandar_baru_bangi_hulu_langat_district_selangor.html

http://www.myweekendtreat.com/2017/06/farm-in-city-seri-kembangan.html

http://www.kuala-lumpur.ws/putrajaya/lake_bridge.htm

https://www.ioiproperties.com.my/ioi-city-mall

https://www.inspirock.com/malaysia/putrajaya/palm-garden-golf-club-a2391674855

https://www.homestaydibangi.com/senarai/homestay-bangi/page/7/

https://www.visitselangor.com/masjid-tuanku-mizan-zainal-abidin-mosque/

https://www.atlasobscura.com/places/putra-mosque

Summary
8 Tempat Menarik Di Bandar Baru Bangi Untuk Anda Kunjungi!
Article Name
8 Tempat Menarik Di Bandar Baru Bangi Untuk Anda Kunjungi!
Description
Bandar Baru Bangi terletak di antara Kajang dan Putrajaya dan berada 25 km jauhnya dari ibu kota, Kuala Lumpur. Ia berada di daerah Hulu Langat, Selangor.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: