coklat langkawi

Mungkin ramai yang ingin tahu mengapa coklat di Langkawi dapat begitu murah dan popular. Jawapannya mudah sahaja di mana ia disebabkan Langkawi ialah kawasan bebas dari cukai untuk kebanyakan produk jualannya termasuklah coklat.

Selain itu, terdapat juga beberapa produk lain yang juga bebas dari cukai termasuklah barang seperti bag bagasi, alatan dapur, kain pelikat, kain batik dan banyak lagi. Di Langkawi, hampir kesemua coklat-coklat yang ada di pasaran dunia boleh senang didapati di sini dengan harga yang murah dan yang paling penting ianya berstatus Halal juga.

Mari kita ketahui tempat- tempat yang senang untuk mendapat coklat murah di Langkawi ini.

1. HIG MALL

HIG adalah nama singkatan bagi Haji Ismail Group yang merupakan tempat shopping di Langkawi amat popular. Selain terkenal dengan pelbagai pilihan coklatnya, HIG Mall juga menjual barangan lain yang bebas cukai seperti pinggan mangkuk, beg bagasi, minyak wangi dan minyak gamat.

Tempat ini adalah pusat membeli-belah yang terbesar di Langkawi. Selain itu, ia juga merupakan cawangan yang terbesar juga bagi Haji Ismail Group. Kesemua barangan di sini dikatakan berpatutan dan merupakan kedai termurah berbanding kedai-kedai yang lain.

2. Rams Home Decor Sdn Bhd

Kedengaran namanya kedai ini seperti hanya menjual barangan perhiasan rumah sahaja namun anda jangan salah sangka kerana ia juga merupakan salah satu tempat yang boleh anda shopping di Langkawi yang menyediakan pelbagai pilihan kepada pengunjung. 

Para pelancong biasanya akan membeli coklat, pinggan mangkuk, cadar, bantal, minyak wangi dan sebagainya, tidak tertakluk kepada barangan rumah sahaja. Lokasi kedai ini terletaknya di Dayang Business Centre, Pekan Rabu.

Harga yang ditawarkan di sini juga amat berpatutan justeru ia menjadi salah satu tempat tumpuan untuk para pelancong berkunjung ke sini.

3. Idaman Suri

Sebenarnya, tempat shopping di Langkawi ini paling terkenal dan menjadi pilihan utama buat para ibu dan suri-suri rumahtangga mahupun orang tempatan juga. Tanya saja kepada suri rumah tempatan mahupun dari luar, di manakah tempat yang mereka akan tuju saat ingin membeli keperluan dapur? Pasti di kalangan mereka akan menjawab Idaman Suri.

Bangunan yang berwarna kekuningan dan besar ini sudah lama utuh dan berjaya memenuhi kehendak keperluan para ibu-ibu dan suri rumah tangga sejak bertahun-tahun lamanya. Pelbagai barangan yang sangat murah boleh anda dapatkan di sini termasuklah peralatan dapur seperti periuk dan kuali, cawan dan piring. Barangan dapurnya semuanya adalah unik dan cantik belaka reka hiasannya. 

Terdapat juga coklat, peralatan rumah dan perabot yang ada dijual di sini dengan harga yang murah.

4. Jetty Point

Salah satu kompleks beli-belah moden ini berada di sebelah Jeti Kuah iaitu di dalam Kompleks Perniagaan Kelibang.

Jetty Point ini tidak menawarkan barangan pada harga yang murah namun ianya tetap menjadi tumpuan pelancong kerana mempunyai beberapa kedai yang menawarkan semua jenis barangan yang boleh anda perolehi di sini.

Antaranya adalah barangan kemas, jam tangan, coklat, barangan cenderamata, kaca mata hitam, cermin mata, kasut, produk elektronik, batik, barangan kraftangan, pakaian lelaki dan wanita, kristal dan pelbagai barangan kaca, minyak wangi serta banyak lagi yang boleh didapati di sini sebagai souvenir.

5. ZON Duty Free & Coco Valley – Kawasan Chenang

Duty Free Alcohol in Langkawi and Pantai Cenang (Malaysia)

Semasa anda ke pantai Chenang ingat untuk singgah di sini untuk coklat HERSYEYS tersangat murah, ada juga versi bentuk coklat murah di sini.

Coklat bentuk yang unik inilah yang patut dicari, harga murah untuk RM1 bagi 3 coklat dalam tu, sedap jugak. WHITTAKERS & FERRERO  ROCHER pun sangat murah di sini.

6. Zeno Duty Free Shopping Centre

Sesuai sahaja dengan nama diberi, pusat membeli-belah ini sememangnya menjual pelbagai barangan yang bebas dari cukai.

Pelbagai barangannya boleh di dapati dengan murah kerana seringkali terdapat promosi ‘Beli Dua, Percuma Satu’, namun pengunjung harus diingatkan kebanyakan produk yang dipromosikan menghampiri tarikh luput, sebab itulah ia dijual dengan sangat murah.

Pembeli dinasihatkan untuk menyemak dahulu tarikh luputnya sebelum membuat pembayaran.

Zeno Duty Free Shopping Centre ini terletak di tengah-tengah Bandar Kuah iaitu di Jalan Pandak Mayah 6. 

7. Langkawi Saga Shopping Centre

Tempat shopping di Langkawi ini menjual barangan bebas cukai dan merupakan tempat terbaik untuk pengunjung untuk membeli-belah barangan souvenir dan juga coklat. 

Langkawi Saga Shopping Centre ini menawarkan kesemua barangan yang berkualiti sahaja dan juga pelbagai barangan rumah pada harga yang berpatutan. Langkawi Saga Shopping Centre terletak di pusat Bandar Kuah iaitu di Jalan Penarak.

Langkawi Saga Shopping Centre merupakan pusat membeli-belah yang pakar dalam pembuatan barangan rumah, pakaian, seramik hiasan dan kristal.

8. Langkawi Parade

Langkawi Parade ini merupakan pusat membeli-belah yang baru dan sangat besar di mana di dalam bangunannya merangkumi 60 lot kedai-kedai, 12 restoran, sebuah hotel bajet moden, pawagam dan pelbagai peringkat tempat meletak kereta yang sangat banyak.

Ianya terletak di luar kawasan bandar iaitu di Pokok Assam dan jika anda menaiki teksi ia mengambil masa kira-kira 15minit untuk sampai dari pusat bandar.

Akhir sekali, adalah tidak dapat dinafikan bahawa coklat Langkwai menjadi tarikan utama bagi para pengunjung yang pergi bercuti di Kedah. Sekarang dengan zaman laman jual beli atas talian, memang senang agar anda dapatkan coklat Langkawi tanpa anda perlu pergi ke Langkawi dan paling penting boleh dapatkan pada harga yang mudah juga. Diharapkan perkongsian info ini dapat memanfaatkan para pembeli nanti.

Source :

https://www.juliajohari.com/2015/09/tips-beli-coklat-dan-seluar-jeans-murah.html

https://terkini.me/makanan/9-coklat-langkawi-paling-popular/

https://ammboi.my/tempat-shopping-di-langkawi/

Summary
8 Tempat Membeli Coklat Langkawi Yang Paling Popular
Article Name
8 Tempat Membeli Coklat Langkawi Yang Paling Popular
Description
Mungkin ramai yang ingin tahu mengapa coklat di Langkawi dapat begitu murah dan popular. Jawapannya mudah sahaja di mana ia disebabkan Langkawi ialah kawasan bebas dari cukai untuk kebanyakan produk jualannya termasuklah coklat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: