tempat makan menarik di terengganu-

Tempat makan menarik di Terengganu cukup banyak tak terkata. Kalau satu hari memang tak cukup untuk mencuba semua makanan yang ada.

Tempat makannya bervariasi dari yang tradisional seperti nasi kerabu dan nasi dagang hinggalah ke yang lebih moden seperti kek dan pasta.

Pendek kata macam – macam ada. Jom saya kongsikan kepada anda 8 tempat makan menarik di Terengganu yang mesti anda singgah.

1. Dynar Lekor

Dynar Lekor atau juga dikenali sebagai BTB merupakan salah satu tempat makan menarik di Terengganu. Terdapat pelbagai variasi keropok lekor di sini. Antaranya:

  • Keropok lekor rebus
  • Keropok lekor
  • Keropok lekor cheese
  • Keropok lekor cheezy poppers

Banyakkan pilihan? Silap – silap anda rambang mata nanti. Ketika berkunjung ke sini, anda mesti cuba keropok lekor rebus kerana keropok ini direbus segar dan sangat enak dinikmati panas – panas.

Keropok  lekor original pun enak juga, rasanya rangup dan lembut. Sedap makan panas – panas.

Nak tahu apa yang menarik di sini?

Tentulah cara masakannya. Dynar Lekor memasak keropok lekor dengan cara tradisi iaitu menggunakan kayu api. Payah dah nak cari cara masakan begini pada zaman serba moden ini.

Oleh itu, jika berkunjung ke Terengganu jangan lupa untuk dapatkan snek ikonik ini di Dynar Lekor. Tak sah la jika melawat ke Terengganu tak makan keropok lekor kan.

2. Warung Pok Nong

WARUNG POK NONG, Kuala Terengganu - Restaurant Reviews, Photos & Phone  Number - Tripadvisor

Di Kuala Terengganu, kalau anda dengar perkataan ICT itu maksudnya ikan celup tepung. Ia merupakan salah satu menu yang popular di Terengganu. Anda jangan terkejut ingatkan ICT, teknologi maklumat komputer tu pula ya.

Sebenarnya, terdapat banyak kedai yang menjual ikan celup tepung ini. Namun, antara tempat makan yang menarik bagi menu ini ialah Warung Pok Nong. Warung ini terletak berdekatan dengan lapangan terbang.

 Warung ini sangat terkenal. Terdapat ramai orang beratur panjang untuk mendapatkan makanan laut yang digoreng panas – panas.  Lokasinya pula terletak betul – betul bersebelahan Laut China Selatan.

Jadi, sambil makan bolehlah menghirup udara dan menikmati angin segar yang bertiup sepoi – sepoi bahasa.

Kalau anda nak berkunjung ke sini, jangan lupa datang awal. Kalau tak beratur lama jawabnya nanti.

3. Restoran Lempeng Susila

Restoran Lempeng - Kuala Terengganu | TravelMalaysia

Tekak terasa nak makan makan snek tradisi. Anda boleh berkunjung ke Restoran Lempeng Rusila. Di sini anda akan disajikan dengan lempeng yang sedap lagi berlemak rasanya.

Rindu pula zaman dulu – dulu kan, bila mak – mak kita buatkan lempeng.

Lempeng di sini adalah hasil gabungan padu, tepung, isi kelapa separa muda, santan dan tidak dilupakan juga bahan perasa seperti gula dan garam. Nak lagi layan, cicah pula dengan sambal bilis. Memang sedap!

Anda jangan tak tahu, nama sahaja Restoran Lempeng, namun terdapat pelbagai lagi menu lain yang tentunya enak belaka . Di sini juga, anda boleh mencuba sajian Terengganu yang lain seperti ketupat sotong, nasi minyak dan rojok kateh.

Mahukan lagi menu yang lebih  unik?

Anda boleh cuba tuak aiskrim. Eh, apa tuak, biar betul!

Anda tak perlu risau, tuak ini halal. Rugi tak cuba, lain daripada yang lain ni. Silap – silap susah nak jumpa di tempat lain ni.

4. Nasi Dagang Kak Pah Batu Burok

Kak Pah Nasi Dagang Pantai Batu Burok Terengganu - I luv evrything about  .....

Nasi Dagang Kak Pah Batu Burok juga merupakan salah satu tempat makan menarik di Terengganu yang popular.

Tak percaya? Anda jangan tak tahu, tempat makan ini pernah didatangi oleh program Jalan – Jalan Cari Makan TV3 tau.

Katanya, kesedapan nasi dagang di sini amat sukar untuk ditandingi oleh kedai – kedai makan lain. Wah, mesti dicuba ni. Mesti anda pun tertanya – tertanya akan kesedapannnya kan?

Tapi nak berkunjung ke sini, anda mestilah datang awal. Hal ini disebabkan, menu nasi dagang di sini sangat laris sehinggakan tak sampai 3 jam dah boleh habis semuanya.

Bukan nasi dagang sahaja yang disajikan di kedai Kak Pah ini. Ada juga menu lain seperti nasi kuning ikan tongkol, nasi lemak dan nasi kunyit.

5. Fauzi Nasi Kerabu

FAUZI NASI KERABU, Kuala Terengganu - Restaurant Reviews, Photos & Phone  Number - Tripadvisor

Keropok lekor sudah, nasi dagang pun sudah. Apa lagi ya menu ikonik negeri Terengganu ni? Ha, anda jangan lupakan nasi kerabu. Tak sah la kalau berkunjung ke pantai timur namun tidak mencuba hidangan ini.

Di Terengganu, tempat makan terbaik bagi nasi kerabu ialah di kedai Fauzi Nasi Kerabu.

Yang sedapnya di sini, nasi kerabunya disajikan bersama – sama  daging bakar, ayam bakar  atau kambing bakar yang telah diperap dengan begitu baik. Rasa lauknya bukan sahaja dikatakan empuk bahkan juga amat enak. Ditambah pula dengan sambalnya, silap – silap teringat sampai bila – bila.

Anda kalau makan di sini, tak perlu risau. Sudah tentunya kenyang kerana saiz hidangannya besar. Berbaloi bukan, bukan setakat sedap malahan kuantitinya juga banyak.

 Kalau anda mahukan pilihan nasi lain juga ada. Fauzi Nasi Kerabu  ada menyajikan menu – nasi lain seperti nasi lemak dan nasi minyak yang juga boleh dimakan bersama – sama lauk nasi kerabu tadi.

Oh ya sebelum terlupa, kalau makan di sini jangan lupa untuk mencuba The Beng Jabok. Rasanya sungguh padu.

6.Kedai Kuih Gong Kapas

Kedai Kuih Gong Kapas - 18 tips

Sudah asyik bercerita tentang tempat makanan berat yang menarik di Terengganu ni, apa kata jom kita beralih ke pencuci mulut pula.

Kedai Kuih Gong Kapas merupakan spot terkenal bagi mendapatkan pelbagai jenis kuih. Sampai – sampai di sini , anda mesti terpegun melihat pelbagai jenis kuih tradisi yang bersusun – susun di atas meja.

Punyalah banyak pilihan, kalau sekali datang memang susahlah nak dapat cuba kesemuanya yang ada.

Rasanya pula dikatakan memang rasa asli kuih – muih Terengganu. Wah, mesti dicuba ini, kalau berkunjung ke Terengganu.

7. Qawa Coffee

QAWA Coffee & Sandwich, Kuala Terengganu - Restaurant Reviews & Photos -  Tripadvisor

Uniknya kafe ini ialah binaannnya menggunakan konsep kontena yang telah berkembang sejak  lima tahun  belakangan ini.

Justeru, kafe ini nampak begitu menarik dan sangat sesuai juga untuk mengambil gambar. Sambil – sambil minum kopi, anda boleh gayakan mana pose candid untuk Instagram anda. Ala – ala hipster gitu katakan.

Qawa Coffee menyajikan pelbagai pilihan kopi, kek dan sandwich. Kafe ini juga menyediakan tempat di dalam dan juga di luar.

8. Rahsia Kitchen

Restoran ini sering dikunjungi oleh penduduk tempatan untuk menikmati makanan baratnya. Dalam pada masa yang sama mereka juga pakar dalam masakan mi bandung, dan sushi.

Hiasan dalamannnya merupakan gabungan perabot hitam dan putih dengan  cahaya oren yang redup dan terbuka di sekitar restoran memberikan suasana hangat yang menenangkan.

Betul kan seperti yang saya katakan tadi. Macam – macam ada. Oleh itu, kalau anda berkunjung ke Terengganu jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan yang enak – enak ini tau!

Sumber:

https://www.kakijalans.com/2017/12/28/5-places-to-eat-in-terengganu/

https://rojakdaily.com/lifestyle/article/428/8-of-the-best-caf-s-in-kuala-terengganu

https://www.maisinggah.com/tempat-makan-menarik-di-kuala-terengganu/

https://foursquare.com/v/dynar-lekor–btb-2209/4cd6da6cfb718eec916c4c88?openPhotoId=5067da92e4b087b187f9ffd0

https://www.tripadvisor.com/Restaurant_Review-g298320-d10784313-Reviews-Warung_Pok_Nong-Kuala_Terengganu_Terengganu.html

https://travelmalaysia.me/on/guide/Kuala%20Terengganu/37658/@Restoran%20Lempeng

http://www.niknurehan.com/2020/10/kak-pah-nasi-dagang-pantai-batu-burok.html

https://www.tripadvisor.com/Restaurant_Review-g298320-d13418297-Reviews-Fauzi_Nasi_Kerabu-Kuala_Terengganu_Terengganu.html

https://foursquare.com/v/kedai-kuih-gong-kapas/4e211a0ed164740632037785

https://www.tripadvisor.com.my/Restaurant_Review-g298320-d8816262-Reviews-QAWA_Coffee_Sandwich-Kuala_Terengganu_Terengganu.html

https://my.worldorgs.com/katalog/kuala-terengganu/restoran/rahsia-kitchen-kuala-terengganu

https://www.asapdapur.com/resipi-ramadhan/gulai-ikan-tongkol-untuk-nasi-dagang

Summary
8 Tempat Makan Menarik di Terengganu yang Mesti Disinggah
Article Name
8 Tempat Makan Menarik di Terengganu yang Mesti Disinggah
Description
Tempat makan menarik di Terengganu cukup banyak tak terkata. Kalau satu hari memang tak cukup untuk mencuba semua makanan yang ada.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: