bangi

Sedang anda bersiap untuk jalan-jalan, makanan sama penting dengan destinasi yang dituju. Bangi tidak kurang dengan tempat makan yang menarik. 

Untuk menghargai makanan-makanan yang ada di Bangi, tidak perlu tunggu pelancong mahupun penggemar makanan.

Terlalu banyak untuk dipilih, daripada sarapan pagi, makan tengahari sehinggalah makan malam, tidak lupa juga minum petang, untuk memuaskan selera dari orang berbeza-beza, dah tentu susah untuk muatkan kesemua tempat makan di dalam satu artikel.

Dengan itu, inilah adalah kompilasi tempat makanan terbaik di sekitar Bangi untuk anda puaskan selera merasa makanan tempatan atau luar negara. Dari masakan mewah sampailah gerai tepi jalan!

SARAPAN DI BANGI

1. Restoran Roti Puri

restoran roti puri bangi

Anda tengah cari tempat untuk sarapan pagi? Cuba lah Restoran Roti Puri, sebuah makanan ringan India Selatan (boleh jadi makan tengahari kalau anda tidak cukup satu keping)! Cara terbaik untuk mulakan hari anda adalah dengan makan sarapan yang mengenyangkan.

Singgah lah ke restoran ini dan pesan sepinggan roti puri keperangan yang rangup. Sepinggan diisi dengan lima keping roti yang enak dimakan bersama secawan teh tarik.

Terdapat banyak lagi makanan sarapan pai yang disediakan untuk perut-perut yang lapar seperti nasi lemak, lontong, roti canai, mee goreng dan lain-lain.

Status halal: Mesra muslim

Waktu beroperasi: Isnin – Khamis (7:20am – 10:00pm), Sabtu – Ahad (7:30am – 12:00pm)

Alamat: No 14A Jalan 3/70 Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor

Hubungi: +6012 628 1520

2. Laksa Redup Rimba

Laksa Redup Rimba bukanlah gerai biasa yang jual cendol dan laksa. Penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan sering bersiar-siar di sekitar tasik, berlatarbelakangkan pemandangan Taman Tasik Cempaka.

Dapatkan laksa yang pekat kuahnya dengan isi ikan dan telur rebus, dihidangkan di dalam periuk tanah liat. Untuk dapatkan lagi rasa pedas, tambah beberapa potongan cili padi. Legakan tekak anda dengan menikmati cendol yang diperbuat daripada tepung beras dan santan yang berkrim.

Status halal: Mesra muslim

Waktu beroperasi: Sabtu – Khamis (11am – 7pm) tutup pada Jumaat

Alamat: Persiaran Pusat Bandar 1, Gerai No 2 Kiosk Tasik Cempaka, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor

Hubungi: +6017 682 6322

MAKAN TENGAHARI

1. Ayam Penyet Wong Solo

Buat anda yang teringin nak makan makanan dari negara jiran kita, Indonesia, inilah tempatnya. Di dalam setiap set Wong Solo, anda akan dapat tempe goreng, tauhu goreng, sayur goreng dan ulam sebagai makanan sampingan.

Ada juga set menarik lain macam set ayam bakar, ayamg goreng, pecel lele dan empal sapi. Oh, kami ada cakap tak yang anda juga boleh pesan untuk menu ala carte? Untuk ala carte, Wong Solo sediakan balado udang petai, cumi goreng tepung dan juga gado gado.

Status halal: Mesra muslim

Waktu beroperasi: Ahad – Jumaat (11:30am – 10:3-pm), Sabtu  (11:00am – 10:30pm)

Alamat: Persiaran Bangi, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Hubungi: +60 3 8925 3414

2. Eid Authentic Korean Cuisine

Eid Authentic Korean Cuisine merupakan pilihan restoran kalau anda teringin nak tahu bagaimana rasa makanan di Seoul tanpa perlu melancong ke sana.

Restauran ini ditubuhkan oleh seorang Muslim Korea, menyediakan juadah orang Korea yang menyelerakan seperti bulgogi, sup ayam ginseng, bibimbap, ramyeon Korea bersama dumpling, dan japchae daging lembu.

Status halal: Mesra muslim

Waktu beroperasi: Setiap hari (12:00pm – 10:00pm)

Alamat: 8-19-01, Jalan Medan Pb 7A, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Hubungi: +6017 310 3227

3. Restoran D’Limau Nipis

Impian Restoran D’Limau Nipis adalah untuk menyediakan sebuah ruang diaman orang ramai boleh menikmati masakan kampung di kawasan bandar. Popular dengan ikan bakar, sotong panggang, ayam goreng dan banyak lagi jika anda datang singgah ke restoran.

Setiap masakan yang dipanggang diberi tempe dan sambal belacan sebagai hidangan sampingan untuk anda rasai makan seperti orang kampung.

Instituti pendidikan yang berdekatan dengan Restoran D”Limau Nipis adalah UKM dan juga Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Harganya yang berpatutan sangat sesuai untuk mahasiswa juga pekerja yang ingin menikmati juadah semasa waktu rehat.

Status halal: Mesra muslim

Waktu beroperasi: Setiap hari (7:00am – 5:30pm)

Alamat: No. 201 & 205, Jalan 8/1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Hubungi: +6012 373 2160

MAKAN MALAM

1. Ana Ikan Bakar Petai

Buat anda yang tinggal di Bangi, sudah pastinya Ana Ikan Bakar Petai ini tidak lagi asing bagi anda. Tidak dapat dinafikan ianya sebuah tempat makan yang paling popular.

Buat mereka yang tinggal berdekatan Bangi boleh lah makan malam bersama keluar dan rakan-rakan dengan juadah yang ada di sini, Restauran ini menyediakan ikan bakar bersama potongan petai, sesuai dengan namanya.

Restauran ini tempat makan yang bagus untuk perjumpaan bersama keluarga dan rakan sambil makan malam, seeloknya datang awal untuk dapatkan tempat duduk.

Status halal: Mesra muslim

Waktu beroperasi: Setiap hari (5:00pm – 12:00am)

Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan (Bersebelahan Balai Bomba Bandar Baru Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Hubungi: +6019 217 7668

2. Nippon Sushi

nippon sushi bangi

Sesetengah makanan di Nippon Sushi dihidangkan oleh robot. Lebih dari 200 hidangan asli Jepun tersedia di sini.

Fire Spider Roll, Ebi Mentaiyaki, Tan Tan Ramen dan makanan tradisional Jepun lain boleh didapati di menu. Conveyor Belt Sushi, bermula dari RM2.10 setiap piring juga pilihan yang baik untuk makan malam yang ringkas.

Status halal: Mesra muslim

Waktu beroperasi: Setiap hari (11:30am – 11:00pm)

Alamat: Jalan Medan Pb 2a, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor.

Hubungi: +60 3 8912 9667

3. Itik Salai Masthar

Sejak Mark Wien si pencinta makanan membuat vlog menjamu selera di sini, popularitinya semakin melonjak. Mereka menyalai itik, ayam, daging dan ikan selama 90 minit sebelum mencampurkannya dengan kuah lemak.

Status halal: Mesra muslim

Waktu beroperasi: Setiap hari (11:00am – 10:00pm)

Alamat: Medan Selera Adikku, Itik Salai Masthar, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor.

Hubungi: +6019 255 3645

Bila-bila masa anda ingin melawat Bangi, ingatlah senarai tempat makan ini, dah siap-siap susun dari sarapan pagi sampai makan malam okay. Gerenti tak sempat rasa lapar. Rancang lawatan atau staycation anda sebaiknya dan selamat bergembira.

Sources:

https://www.mayflower.com.my/post/5-must-go-places-for-food-in-malaysia

https://www.havehalalwilltravel.com/halal-eateries-in-bangi

14 Best Halal Food In Kajang & Bangi You Need To Know (2019 Guide)
Summary
8 Tempat Makan Menarik di Bangi dari Sarapan Hingga ke Makan Malam
Article Name
8 Tempat Makan Menarik di Bangi dari Sarapan Hingga ke Makan Malam
Description
Sedang anda bersiap untuk jalan-jalan, makanan sama penting dengan destinasi yang dituju. Bangi tidak kurang dengan tempat makan yang menarik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: