tanda-tanda kematian

Artikel ini meneroka 8 tanda-tanda kematian apabila seseorang sedang menghampirinya. Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang telah mati juga akan ditunjukkan dan bagaimana cara untuk menghadapi kematian orang yang disayangi juga akan dibincangkan.

Jika seseorang atau orang yang disayangi merupakan warga tua atau mempunyai penyakit kronik, mengetahui bahawa kematian mungkin berhampiran merupakan hal yang sering sukar diatasi atau difahami. Memahami apa yang akan dihadapi boleh memudahkan pengurusan perkara-perkara tersebut.

Bagaimana untuk mengetahui jika kematian sedang berhampiran?

Apabila seseorang bersakit terminal, mereka mungkin berada di hospital atau sedang menerima penjagaan paliatif. Mengenali tanda-tanda kematian yang berhampiran adalah penting bagi mereka yang disayangi. Tanda-tanda kematian adalah seperti yang berikut.

1.     Selera makan yang semakin berkurangan

Semasa seseorang sedang mendekati kematian, mereka menjadi kurang aktif. Hal ini bermakna tubuh mereka kurang memerlukan tenaga berbanding dengan dahulu. Mereka tidak makan atau minum sebanyak selalu, kerana selera makan mereka semakin berkurangan.

Jika seseorang menjaga pesakit yang nazak dan kekurangan selera makan, mereka seharusnya membiarkan pesakit makan apabila mereka berasa lapar.

Anda boleh tawarkan kepada mereka pop ais untuk membantu mereka sentiasa berhidrat. Seseorang mungkin akan berhenti makan beberapa hari sebelum mereka mati.

Apabila hal ini berlaku, gunakan balm bibir untuk mengekalkan kelembapan bibir mereka untuk mengelakkan perasaan tidak selesa mereka.

2. Tidur lebih

Dalam 2 atau 3 bulan sebelum seseorang meninggal dunia, masa bangun mereka mungkin akan berkurangan. Kekurangan masa bangun mereka adalah disebabkan metabolisme badan mereka menjadi lebih lemah.

Tanpa tenaga metabolik, seseorang akan tidur lebih banyak. Jika seseorang menjaga pesakit yang nazak dan mengantuk, mereka harus diselesakan dan dibiarkan tidur.

Apabila si pesakit itu bertenaga, mereka harus menggalakkan mereka untuk bergerak atau bangun dari katil untuk membantu mengelakkan kesakitan berbaring katil. 

3. Menjadi kurang bersosial

Apabila tahap tenaga seseorang yang nazak berkurangan, mereka mungkin tidak ingin menghabiskan banyak masa dengan orang lain berbanding dengan dahulu.

Jika seseorang yang nazak menjadi kurang bersosial, orang disekeliling mereka harus cuba tidak tersinggung perasaan. Ketidakselesaan semasa membiarkan orang lain menjadi semakin lemah merupakan hal yang bukan luar biasa.

Jika hal sebegini berlaku, adalah dinasihatkan supaya  mengatur lawatan sekiranya orang yang nazak tersebut ingin berjumpa dengan sesiapa.

4.   Tanda-tanda penting yang bertukaran

Apabila seseorang mendekati kematian, tanda-tanda penting mereka boleh berubah dengan cara berikut:

  • Tekanan darah jatuh
  • Pernafasan berubah
  • Degupan jantung menjadi tidak teratur
  • Degupan jantung mungkin sukar untuk dikesan
  • Air kencing mungkin berwarna coklat, gelap, atau berwarna karat

Buah pinggang seseorang berubah apabila system buah pinggang mereka sedang berhenti berfungsi. Melihat kejadian dan perubahan lain yang berlaku pada orang yang disayangi mungkin menyedihkan. Tetapi perubahan ini tidak menyakitkan, jadi ia boleh membantu untuk cuba tidak memberi tumpuan yang terlalu kepada mereka.

5. Mengubah habit tandas

Disebabkan orang yang nazak kurang makan dan minum, pergerakan usus mereka mungkin akan berkurang. Sisa pepejal yang melalui usus mereka akan berkurangan. Mereka juga mungkin kurang membuang air kecil.

Apabila mereka berhenti makan dan minum sepenuhnya, mereka mungkin tidak perlu menggunakan tandas lagi Perubahan ini yang berlaku pada orang kesayangan mungkin amat menyedihkan orang-orang yang terdekat, tetapi perubahan tersebut adalah dalam jangkaan.

Bercakap dengan pihak hospital tentang keadaan pesakit boleh membantu dalam hal ini.

6. Otot yang semakin lemah

Semasa kematian seseorang menjelang, otot mereka mungkin menjadi lemah .Otot yang lemah bermakna individu itu mungkin tidak dapat menjalankan tugas-tugas kecil yang mereka dapat sebelum ini.

Minum dengan cawan atau berpaling di atas katil mungkin tidak boleh dilakukan oleh mereka lagi. Jika hal ini berlaku pada orang yang nazak, orang yang disekeliling mereka haruslah membantu mereka mengangkat barang atau berpaling di atas katil.

7. Mengalami kekeliruan

Apabila seseorang sedang menghampiri kematian, otak mereka masih sangat aktif. Walaubagaimanapun, mereka mungkin menjadi keliru atau tidak keruan pada kebanyakan masa. Hal ini mungkin berlaku jika mereka tidak dapat mengikuti apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka.

Seseorang yang menjaga orang yang nazak haruslah memastikan untuk terus bercakap dengan mereka. Penting juga untuk menjelaskan apa yang berlaku di sekeliling mereka dan memperkenalkan setiap pelawat kepada mereka.

8. Pernafasan berubah

Seseorang yang nazak mungkin kelihatan seperti mereka menghadapi masalah bernafas. Kelajuan pernafasan mereka boleh berubah secara tiba-tiba, mereka mungkin mencungap untuk dapatkan udara, atau mereka boleh berhenti seketika antara pernafasan .

Jika seseorang yang menjaga orang kesayangannya mengesan hal ini, mereka harus cuba untuk tidak berasa bimbang.

Hal ini biasanya tidak menyakitkan atau mengganggu apabila dialami oleh orang yang hampir mati. Bercakap dengan doktor untuk mendapatkan nasihat jika seseorang berasa bimbang tentang perubahan corak pernafasan ini merupakan idea yang baik.

Tanda-tanda kematian terakhir

 Jika anda menggunakan monitor kadar jantung, anda boleh melihat dengan jelas apabila jantung berhenti berfungsi. Ini merupakan petunjuk jelas bahawa orang yang anda sayangi telah meninggal dunia.

Jika anda tidak menggunakan monitor tersebut, cari tanda-tanda kematian lain yang telah berlaku. Tanda-tanda tersebut termasuk:

  • Tiada nadi
  • Tiada pernafasan
  • Otot yang relaks
  • Mata yang kekal
  • Tiada tindak balas
  • Pelepasan usus atau pundi
  • Mata yang tutup separuh

Apabila orang yang anda sayangi telah meninggal dunia, ambil masa anda untuk menyesuaikan diri. Luangkan beberapa minit dengan orang yang mengelilingi anda. Kematian seseorang secara semulajadi bukan sesuatu kecemasan, jadi anda tidak perlu memanggil sesiapa dengan segera.

Apabila anda sudah bersedia, hubungi pihak pengebumian yang telah anda pilih. Mereka akan memindahkan mayat dan memulakan proses pengebumian.

Jika orang yang anda sayangi berada di kemudahan seperti di hospital, kakitangan tempat tersebut akan mengendalikan persiapan logistik bagi anda. Apabila anda telah mengatakan selamat tinggal terakhir anda, mereka akan menguruskan orang yang anda sayangi untuk dipindahkan ke rumah pengebumian.

Mencari sokongan

Kehilangan orang yang disayangi bukan hal yang mudah. Walaupun anda telah mengetahui kematian itu akan datang dan anda telah menyediakan diri anda bagi kematian itu, ia masih menyakitkan. Pada hari mula-mulanya dan minggu selepas kematian orang yang disayangi, luangkan masa anda untuk mengakui, menerima, dan mengalami setiap emosi.

Apabila anda sudah bersedia, carilah kumpulan sokongan. Sokongan itu boleh didapati daripada kawan dan keluarga, atau anda mungkin mahu mendapatkan bantuan profesional. Kumpulan kesedihan adalah umum, dan banyak hospital menjadi tuan rumah untuk kumpulan kesedihan.

Kumpulan agama seperti gereja atau synagogues juga  menawarkan kaunseling secara individu atau secara berkumpulan.

Kesedihan adalah berbeza bagi setiap orang, jadi jangan menilai kemaraan anda dengan berbanding dengan orang lain. Carilah kumpulan yang anda rasa selesa dan mengalu-alukan kedatangan anda.

Lama-kelamaan, anda akan meninggalkan kenangan orang yang anda sayangi dan menantikan kenangan baru dengan orang yang anda masih ada.

Sumber:

https://www.medicalnewstoday.com/articles/320794#after-death

https://www.healthline.com/health/signs-of-death#final-signs

Summary
8 Tanda-tanda Kematian Pada Seseorang
Article Name
8 Tanda-tanda Kematian Pada Seseorang
Description
Artikel ini meneroka 8 tanda-tanda kematian apabila seseorang sedang menghampirinya. Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang telah mati juga akan ditunjukkan dan bagaimana cara untuk menghadapi kematian orang yang disayangi juga akan dibincangkan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: