8 Senarai Servis Penghantaran Makanan Sihat Di Malaysia
Anda ingin mengamalkan gaya hidup sihat tetapi tiada masa untuk menyediakan makanan sihat sendiri?

Anda ingin mengamalkan gaya hidup sihat tetapi tiada masa untuk menyediakan makanan sihat sendiri? Jangan bimbang, pesan sahaja makanan sihat daripada servis penghantaran makanan sihat atau ‘food delivery’ ini!

GoClean

GoClean ialah ‘food delivery’ yang menyediakan hidangan di bawah bimbingan pakar pemakanan, jurulatih perbadi dan chef eksekutif yang mencipta porsi makanan sesuai bagi matlamat kecergasan anda. Malah, anda hanya perlu membayar dengan harga yang sangat berbaloi! Hidangan yang disediakan boleh didapati dengan hara serendah RM20. Hidangan set mereka biasanya termasuklah sejumlah protein bersama sayur-sayuran dan sos buatan mereka sendiri.

Dengan harga yang berpatutan, kaedah pesanan yang mudah dan hidangan harian yang menarik, sudah tentu akan menjadi lebih mudah bagi anda untuk mengamalkan gaya hidup sihat setiap hari. Jika anda ingin mengamalkan diet yang sihat, anda boleh memilih GoClean bagi menentukan hidangan yang sesuai. Bukan itu sahaja, ia juga telah diiktiraf HALAL. Lawati laman web mereka untuk ketahui servis penghantaran makanan yang disediakan dengan lebih lanjut: https://www.goclean.nutrient.my/

Caj penghantaran: RM 3. Penghantaran PERCUMA dengan pembelian melebihi RM 40.

Masa Penghantaran: Isnin hingga Jumaat, 10:30 pagi hingga 12:30 malam

Harga: RM 13.90 – 21.90

Mereka juga menyediakan hidangan dalam bentuk Pakej! Lawati laman web mereka: https://www.goclean.nutrient.my/

Goodness Greens

Goodness Greens, yang diasaskan oleh La Juiceria Superfoods, menyediakan makanan semulajadi yang sihat, semula jadi dan segar. Itulah matlamat La Juiceria Superfoods. La Juiceria menyediakan makanan yang sihat dengan rasa yang lazat. Antara makanan yang disediakan dan boleh anda cuba adalah Nasi Lemak Bungkus , Buddha Bowl, Teriyaki Chicken Soba dan banyak lagi! Lawati laman web mereka untuk ketahui servis yang disediakan dengan lebih lanjut: https://order.goodnessgreenscafe.com.my/en_MY/

Caj Penghantaran: RM 10 – RM 12. Penghantaran PERCUMA dengan pembelian melebihi RM 60

Harga: RM 16 – RM 26

Kurin

Kurin menyediakan makanan sihat berasaskan konsep makanan Jepun. Bagi peminat makanan Jepun yang sedang mengamalkan diet yang sihat, anda boleh mencuba makanan oleh Kurin! Cara untuk memesan makanan daripada mereka adalah, anda perlu memilih bentuk makanan anda sama ada Don, Salad atau Pokeritto. Selepas itu, anda perlu memilih protein seperti salmon, ayam, tuna atau tauhu. Akhir sekali, sudah semestinya sayuran. Pilihlah jenis sayur yang anda suka untuk ditambah dalam hidangan anda. ‘Food delivery’ ini mengutamakan kesegaran dalam bahan-bahan yang digunakan, oleh itu setiap masa aka nada perubahan dari segi jenis sayuran dan protein yang disediakan. Lawati laman web mereka untuk ketahui servis yang disediakan dengan lebih lanjut: https://www.kurin.com.my/

Caj Penghantaran: RM 5. Penghantaran PERCUMA bagi pesanan melebihi RM50

Harga: RM 10 – RM 25

Dah Makan

Dah Makan menghidangkan dua hidangan baru pada setiap hari. Matlamat mereka adalah untuk memudahkan anda untuk makan makanan sihat pada setiap hari terutamanya bagi penduduk di kawasan bandar. Mereka menyediakan makanan segar, tanpa MSG atau pengawet yang dihidangkan dalam kotak makan tengahari yang comel. Anda boleh memilih aneka hidangan yang diinspirasi oleh chef-chef yang diiktiraf. Lawati laman web mereka untuk ketahui servis yang disediakan dengan lebih lanjut: https://dahmakan.com/kuala-lumpur/menu

Caj Penghantaran: Penghantaran adalah PERCUMA di banyak lokasi di KL. Semak di sini https://dahmakan.com/delivery-area

Harga: RM 21 – RM 25

Yumcious

Yumcious merupakan sejenis platform komuniti bagi chef di rumah dan pembekal makanan bagi menyediakan makanan berkualiti, sihat dan sedap buat anda. Mana-mana chef rumah yang berminat boleh mendaftar di platform Yumcious untuk menjual makanan mereka. Seterusnya, pembeli juga boleh mendaftar di platfom ini untuk mendapatkan makanan buatan rumah dari ‘runner’ yang berdaftar. Jika anda seorang peminat makanan yang dimasak di rumah, ini adalah platform yang sangat sesuai untuk anda! Lawati laman Facebook mereka untuk ketahui servis yang disediakan dengan lebih lanjut: https://www.facebook.com/yumcioushq

Yuran Penghantaran: Percuma

Healthy Ever After

Healthy Ever After merupakan ‘food delivery’ yang hanya menggunakan bahan-bahan yang segar dan semulajadi dalam menyediakan hidangan sihat bagi membantu matlamat diet sihat anda. Bukan itu sahaja, setiap hidangan dihias dengan cantik, malah anda boleh berkongsinya dengan memuat naik gambar hidangan ke dalam akaun media sosial anda! Antara makanan yang boleh anda pilih adalah seperti, Almond Sushi Plate, Rainbow Roll dan banyak lagi. Healthy Ever After percaya bahawa apabila badan anda menerima makanan lengkap yang tidak diproses, disediakan berasaskan bahan semulajadi yang segar dan kaya dengan nutrient, secara semula jadi ia akan membersihkan dalaman daripada toksin, menggalakkan pemulihan dan memastikan anda awet muda sentiasa. Pesan makanan dari ‘food delivery’ ini dan lihatlah sendiri keajaiban yang akan anda alami. Lawati laman web mereka untuk ketahui servis yang disediakan dengan lebih lanjut:  https://www.healthyeverafter.my/

Caj Penghantaran: RM 5. Penghantaran PERCUMA dengan pembelian melebihi RM100

Harga: RM20.00

Agrain By Hale

Agrain By Hale merupakan penghantaran makanan sihat berkonsepkan kaunter salad. Ya, anda boleh membina salad anda sendiri yang terdiri daripada bahan asas, protein, topping dan perasa. Perkhidmatan mereka boleh didapati melalui Grabfood, HonestBee dan Food Panda dan Bee Jujur. Ramuan utamanya seperti sayur-sayuran dan ayam segar diperoleh daripada petani tempatan dari Cameron Highlands. Menu akan berubah setiap bulan bergantung pada musim tanaman. Setiap hidangan disediakan dengan minyak yang minima dan hanya dibakar. Sos yang mereka guna dalam hidangan juga dibuat sendiri tanpa tambahan sebarang perasa seperti MSG atau bahan kimia lain yang bahaya terhadap kesihatan. Lawati laman web mereka untuk mengetahui mengenai servis yang disediakan dengan lebih lanjut: https://agrain.my/

Caj Penghantaran: Bergantung kepada platform yang anda guna/pesan

Cleanbites

Cleanbites membantu anda mengamalkan pemakanan yang bersih dan sihat dengan menyediakan hidangan yang dikategorikan dalam tiga tahap. Setiap tahap meningkat jumlah kesihatannya. Hal ini kerana, mereka mempunyai matlamat untuk memperbaiki citarasa rakyat Malaysia dan mengubah pandangan mereka tentang makanan sihat. Jadi, pata setiap tahap anda akan belajar cara untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat. Mereka menyediakan makanan berkonsepkan campuran antara barat dan timur seperti Seaweed Egroll Sushi Salad dengan Passion Mango Sauce dan sebagainya. Lawati laman web mereka untuk mengetahui mengenai servis yang disediakan dengan lebih lanjut: https://cleanbites.my/

Caj Penghantaran: PERCUMA bagi kebanyakan lokasi di Lembah Klang. RM 3 bagi kawasan Puchong dan PJ. Penghantaran PERCUMA dengan pembelian melebihi RM 50.

Harga: RM 18 – RM 26

SUMBER

getfitkl.com/affordable-healthy-food-delivery-in-kl/

https://cleo.com.my/trending/7-healthy-meal-delivery-services-you-should-try-in-kl/

Summary
8 Senarai Servis Penghantaran Makanan Sihat Di Malaysia
Article Name
8 Senarai Servis Penghantaran Makanan Sihat Di Malaysia
Description
Ingin mengamalkan gaya hidup sihat tetapi tiada masa menyediakan makanan? Pesan sahaja makanan sihat melalui penghantaran makanan sihat ini!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: