8 Senarai Pusat Kecergasan Terkenal Yang Boleh Anda Sertai!
Terdapat banyak pilihan pusat kecergasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang boleh anda sertai. Malah, mereka turut menyediakan aktiviti yang berbeza.

Terdapat banyak pilihan pusat kecergasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang boleh anda sertai. Malah, mereka turut menyediakan aktiviti yang berbeza. Berikut adalah 8 Senarai Pusat Kecergasan Terkenal Yang Boleh Anda Sertai.

Fuel Athletics

Fuel Athletics adalah pusat kecergasan yang berpusat di Bukit Kiara dan Shah Alam. Objektif mereka adalah untuk menyediakan jurulatih terbaik dan program latihan berfungsi yang efektif. Mereka menuntut bahawa mereka akan memberikan bimbingan, sokongan yang tepat dan berdedikasi terhadap diri anda dan menjamin untuk memastikan keputusan kecergasan anda berada di tahap yang optimum. Jika anda menyertai program latihan yang disediakan oleh mereka, anda turut menjadi sebahagian daripada keluarga Fuel Athletics juga.

Mereka menawarkan ‘Drop In Sessions’ di dua cawangan Bukit Kiara dan Shah Alam dengan harga RM54.20. Jika anda seorang yang baru dan mahu mencubanya buat pertama kali, anda boleh menyertai pakej ‘Free Trial’ yang ditawarkan di cawangan Fuel Prime Shah Alam. Bagi pakej ahli, mereka menawarkan harga serendah RM367 hingga RM2503 di kedua-dua cawangan Fuel Athletics Bukit Kiara dan Fuel Prime Shah Alam. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk membeli pakej Private Coaching Pass atau Private Group Pass.

Lawati laman web mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej dan harga yang ditawarkan! https://www.fuelathletics.com.my/

Flyproject.co

Flyproject adalah salah satu pusat kecergasan terkenal di Malaysia yang berpangkalan di beberapa cawangan di sekitar KL dan Selangor. Setiap cawangan menyediakan latihan khusus dan tertentu. Sebagai contoh, cawangan Flyproject The Curve memberi tumpuan kepada Cycle, Latihan HIIT dan Latihan LAB manakala cawangan Flyproject Kiara 183 mengkhususkan Latihan Litar. Flyproject adalah pusat kecergasan bagi generasi baru yang diketuai oleh profesional kecergasan yang bertenaga dan bertauliah. Matlamat mereka adalah untuk mewujudkan projek senaman berkumpulan yang menyeronokkan demi mencabar, menggalakkan dan membimbing anda untuk ke arah versi yang terbaik untuk masa hadapan anda.

Mereka juga menawarkan beberapa pakej yang berpatutan seperti First Time Package berharga RM 90.00 yang disediakan bagi pemula (newbie) dan sekiranya anda berasa selesa dengan sesi yang dijalankan dan berminat untuk menyertai mereka, anda boleh memilih Flyproject Subscription Plan dari harga RM210-RM496 sebulan.

Lawati laman web mereka untuk melihat senarai pakej dan harga yang menarik! https://www.flyproject.co/

F45

F45 bercawangan di KLCC dan sangat terkenal dengan pengkhususan mereka dalam Latihan HIIT. Latihan HIIT yang disediakan direka khusus untuk menggalakkan senaman penuh badan berfungsi sambil meningkatkan tahap tenaga, kadar metabolik, kekuatan dan ketahanan anda. Mereka juga menyediakan latihan berkumpulan yang boleh membantu anda mengubah gaya hidup anda secara fizikal dan mental sambil menggalakkan semangat komuniti dan sikap bertoleransi dengan mengenepikan ego. Setiap latihan yang dijalankan bertujuan untuk membakar sehingga 750 kalori setiap sesi yang berlangsung selama 45 minit.

Jika anda seorang yang baru dalam dunia kecergasan ini, mereka juga menyediakan sesi percubaan 10 hari untuk ahli pertama kali pada harga RM50.00 dan anda akan mempunyai akses tanpa had selama 10 hari. Menarik bukan? Jika anda berminat untuk menyertai keahlian sebenar mereka, anda perlu membayar sekitar RM41-RM470 sebulan. Bukan itu sahaja, sekiranya anda mahukan lebih banyak fleksibiliti, mereka juga menyediakan Class Pass Packages dari RM180-RM500. Keistimewaan ‘pass’ ini adalah anda boleh melakukan latihan pada bila-bila masa yang anda suka!

Lawati laman web mereka untuk maklumat lebih terperinci mengenai keahlian dan harga di https://f45training.my/klcc/home

Tribebx.co

Sekiranya anda baru menyedari minat anda terhadap dunia tinju (boxing), anda perlu menyertai Tribebx.co sekarang! Keistimewaan Tribebx.co? Mereka menyediakan latihan sambil diiringi alunan muzik memukau yang dipancarkan melalui sistem muzik ‘surround-sound’ bertujuan untuk meningkatkan deria anda sambil melakukan latihan tinju yang cergas dan bertenaga! Sesi tinju dikendalikan oleh pelatih tinju professional bersama kombinasi muzik berirama tinggi dan Latihan HIIT untuk memberi manfaat senaman badan penuh kepada anda. Setiap sesi berlangsung selama 50 minit, 32 beg dan 11 pusingan.

Jika anda baru pertama kali menyertai dunia tinju, jangan risau, anda boleh menempah Kelas Pertama (First Time Class) melaui laman web mereka. Mereka akan menyediakan tunjuk ajar kepada anda bagi mengenali dan memahami gerak langkah, peraturan tinju dan sebagainya. Berminat? Anda perlu mendaftar akaun di laman web mereka dahulu sebelum menyertai sebarang sesi. Ketahui lebih lanjut di sini: https://tribebx.co/

Crossfitlah.com

Crossfitlah menawarkan bukan sahaja sesi Latihan Crossfite biasa, mereka turut memberikan anda pelan Pemakanan dan Latihan Peribadi berdasarkan Citarasa Individu. Ya, mereka memenuhi aspek-aspek ini bergantung kepada citarasa anda sendiri. Sedikit pengenalan mengenai Crossfitlah, ia merupakan pusat kecergasan yang dikendalikan oleh pasangan Amerika yang telah menjadikan Malaysia sebagai tempat tinggal mereka. Matlamat mereka adalah untuk menyediakan ahli-ahli dengan pendidikan yang sepatutnya dalam membuat pilihan yang sihat serta menawarkan bimbingan pemakanan yang sesuai bagi setiap individu.

Kontrak yang ditawarkan bermula pada harga RM410-RM470 sebulan. Terdapat dua pakej khas yang dipanggil Lump Sum, yang memberikan anda akses kepada kelas mereka selama 6 bulan atau 12 bulan dengan harga terdiri daripada RM2440 hingga RM4450. Berminat? Tempah kelas dengan mereka sekarang! https://www.crossfitlah.com/

Aloha Cycle Club

Aloha Cycle Club merupakan pusat kecergasan yang sesuai bagi menikmati kelas berbasikal dalaman. Struktur utama setiap kelas terdiri daripada pemanasan (warm up), diikuti dengan latihan HIIT, sebahagian gerakan kekuatan bahagian atas badan menggunakan berat tangan yang ringan, disertai dengan latihan tumpuan (mindfulness) dan berakhir dengan ‘cool down’ dan regangan. Di samping itu, mereka juga menawarkan kelas-kelas yang memberangsangkan yang melibatkan gerakan tubuh Aloha Ride, Ala Ride, Ride Intro, Ride & HIIT, Aloha Signature, Aloha Recovery, Movement, Intervals, Aloha Steps, Aloha Strength, Aloha Conditioning, Release dan banyak lagi!

Pakej kredit mereka bermula dari RM53-RM644 sebulan. Mereka juga menyediakan dua kelas untuk permulaan berharga RM60. Cuba sekarang di http://alohacycleclub.com/

Firestation.fit

Fire Fitness memberi tumpuan kepada latihan berkumpulan kecil pada peringkat yang luarbiasa! Apa yang dimaksudkan di sini adalah mereka mempunyai strategi tersendiri yang direka khas membantu anda berlatih secara efektif dan cekap. Strategi memberi anda peluang untuk meningkatkan kecergasan kardio sambil membakar kalori serta membina otot tanpa lemak. Jurulatih mereka adalah yang terbaik dan semua mempromosikan persekitaran yang positif dan sokongan padu yang akan mendorong anda mengatasi sempadan peribadi anda sendiri. Matlamat mereka adalah untuk mengubah kehidupan anda, bukan hanya badan anda, melalui pelatih yang berinspirasi, ruang yang epik dan muzik yang membara.

Mereka menyediakan Class Package, Fire Monthly Pass dan One and One Session dengan pelbagai harga berbeza mengikut cawangan yang berbeza. Anda hanya ingin mencuba? Mereka juga mempunyai tawaran Percubaan Pertama buat anda. Lawati laman web mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej yang disediakan: https://www.firestation.fit/

The Playground

Di The Playground Boutique Fitness Personal Training Studio, setiap pelatih peribadi akan memberi bimbingan penuh kepada anda mengenai pergerakan senaman yang dijalankan dan pelan pemakanan yang sesuai. Mereka mempunyai rangka kalis-gagal-memicu-kejayaan untuk menggalakkan anda berusaha menjalani kehidupan yang lebih baik dan sihat. Anda akan berada di bawah penjagaan pelatih peribadi profesional yang anda pilih sendiri. Mereka akan bekerjasama dengan anda secara peribadi sepanjang perjalanan kecergasan anda. Setiap pelatih peribadi di The Playground mempunyai keistimewaan untuk memenuhi semua keperluan anda.

Mereka menawarkan kelas berkumpulan khas yang boleh anda sertai dengan cara menempah jadual (hari dan masa) yang sesuai buat anda di laman web mereka. Atau jika anda seorang yang berdedikasi dan ingin menyertai pakej keahlian penuh The Playgroun, anda boleh memilih pakej keahlian mereka dari harga RM600-RM6672. Jika anda berminat untuk menyertai kelas kumpulan mereka atau menyertai keahlian, lawati laman web mereka: https://theplayground.fit/

Summary
8 Senarai Pusat Kecergasan Terkenal Yang Boleh Anda Sertai!
Article Name
8 Senarai Pusat Kecergasan Terkenal Yang Boleh Anda Sertai!
Description
Terdapat banyak pilihan pusat kecergasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang boleh anda sertai dengan pelbagai aktiviti yang berbeza.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: