nasi kandar penang

Nasi kandar Penang adalah makanan yang popular di Pulau Pinang. Hidangan ini biasanya terdiri daripada daging, sayur-sayuran dan kari.

Nasi Kandar Penang adalah yang terbaik menurut kebanyakan rakyat Malaysia. Ramai orang dari seluruh negeri sanggup turun ke Penang hanya untuk sepinggan nasi kandar yang enak!

Namun, banyak restoran nasi kandar Penang yang sudah membuka cawangan di Kuala Lumpur dan di beberapa negeri tumpuan orang ramai yang lain.

Jadi, di sini kami kongsikan 8 Restoran Nasi Kandar Penang yang wajib anda cuba!

1. Nasi Kandar Deen Maju

Antara 8 restoran yang kami kongsikan, Restoran Nasi Kandar Deen Maju adalah pemenangnya. Hidangan Nasi Kandar dari restoran ini adalah yang paling terbaik.

Restoran ini beralamat di 170 Jalan Gurdwara, George Town, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari, kecuali pada hari Ahad, dari jam 2.30 petang hingga 10 malam.

Hidangn Nasi Kandar ini dihidang bersama ayam goreng yang digoreng dengan 15 rempah iaitu Chicken 75. Tidak lengkap hidangan ini tanpa sambal nyior atau kuah banjir. Jadi, jangan lupa minta sambal ini ya!

Namun, satu sahaja masalah apabila berkunjung di restoran ini, iaitu masalah tempat letak kereta. Jadi, pandai-pandai lah cari tempat parking ya! Tapi jangan risau, masalah ini tiada bandingnya dengan kelazatan nasi kandar di restoran ini.

2. Nasi Kandar Kampung Melayu

Nasi Kandar Kampung Melayu beralamat di A-29 Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, Ayer Itam, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari dari jam 6 pagi hingga 2.30 petang. Restoran yang didirikan pada 1974 ini terletak di kawasan perumahan dan di bawah flat kos rendah.

Nasi kandar boleh disertakan dengan daging ayam atau daging lembu, dan dilengkapi dengan karinya yang lazat.

Daging yang dihidang amatlah lembut dan mudah dikunyah kerana tukang masak tidak menggunakan penggunaan daging sejuk beku untuk memasak kari.

3. Nasi Kandar Deen Jelutong

nasi kandar penang

Nasi Kandar Deen Jelutong terletak di 598-D Jalan Jelutong, Jelutong, George Town, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari dari 12.30 tengah hari hingga 4 pagi.

Yang paling unik mengenai hidangan di restoran ini adalah karinya, di mana para pelanggan boleh meminta kari agar lebih pedas atau kurang masin. Anda akan mendapat sebilangan besar nasi dengan ayam goreng khas, hanya dari serendah RM7.20.

4. Nasi Kandar Beratur

Nasi Kandar Beratur terletak di Kapitan Keling, George Town dan dibuka setiap hari dari 10 malam hingga 8.30 pagi. Seperti namanya, anda kena beratur untuk memesan makanan tak kisah lah anda datang pada hari cuti ataupun hari berkerja.

Bagi anda yang suka lapar tengah malam ataupun berkerja larut malam, kedai ini adalah yang sesuai untuk anda dapatkan Nasi Kandar kerana ia dibuka pada waktu malam dan tutup pada esok paginya. Tapi, kena beratur dulu ya!

5. Restoran Hameediyah

nasi kandar penang

Restoran Hameediyah terletak di Lebuh Campbell, George Town dan dibuka pada setiap hari, kecuali hari Jumaat, dari 10 pagi hingga 10.30 malam. Restoran ini didirikan pada tahun 1907 dan antara yang tertua di Penang.

Restoran ini mengembangkan menu selama bertahun-tahun, dari nasi kandar biasa hingga ke menu murtabak yang popular. Meskipun kedai ini telah diubah suai, ia masih mengekalkan resepi nasi kandar nya.

Ketika berkunjung di sini, jangan lupa sediakan segelas air jika anda memesan menu pedas ‘Ayam Rose’. Meskipun makanan di sini agak mahal, percayalah ia pasti berbaloi.

Pada cuti umum atau hujung minggu, restoran ini agak sesak, jadi faham-faham la ye, anda kena beratur!

6. Pelita Nasi Kandar (Cawangan Taman Chai Leng)

nasi kandar penang

Pelita Nasi Kandar terletak di 56 Lorong Kurau 1, Taman Chai Leng, Prai dan dibuka setiap hari selama 24 jam. Pelita Nasi Kandar mempunyai lebih daripada 20 cawangan di lima negeri, dan juga di India menjadikannya rangkaian terbesar di Malaysia.

7. Nasi Kandar Imigresen

Nasi Kandar Imigresen adalah gerai tepi jalan sahaja tetapi rasanya tidak kurang hebat berbanding restoran besar yang lain.

Kedai ini terletak di alamat 8 Lorong Pasar, George Town dan dibuka pada setiap hari, kecuali hari Jumaat, dari jam 10.30 pagi hingga 9.30 malam.

Nasi kandar yang dihidangkan agak pedas. Jadi siapa yang sukakan pedas tu boleh lah berkunjung ke gerai ini. Bawang goreng juga ada ditawarkan untuk mereka yang mahukannya.

8. Nasi Kandar Tajuddin Hussain

Nasi Kandar Tajuddin Hussain terletak di 45-63 Lebuh Queen, George Town, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari, kecuali hari Ahad, dari 11 pagi hingga 3.30 petang untuk makan tengah hari dan 6.30 petang hingga 10 malam untuk makan malam.

Selain hidangan kari yang lazat, restoran ini juga menyediakan perkhidmatan pelanggan yang sangat bagus.

Anda tidak perlu beratur di kedai ini. Pesanan anda akan diambil dan dihantar ke meja anda oleh kakitangan yang ada. Kami cadangkan anda memesan menu ‘Ayam Ros’ kerana rasanya yang sangat lazat.

Akhir sekali,  

Nasi Kandar Penang boleh dinikmati pada setiap masa sama ada untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam mahupun pada 1 pagi. Jadi, pada anda yang inginkan Nasi Kandar, boleh lah berkunjung ke restoran yang telah kami kongsikan di atas ya!

Sumber:

http://www.penang.ws/dining/5-best-nasi-kandar.htm

https://www.nst.com.my/news/nation/2018/09/411800/top-10-penang-nasi-kandar-outlets

https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2020/07/16/5-must-try-nasi-kandar-places-in-penang

Summary
8 Restoran Nasi Kandar Penang Yang Wajib Anda Cuba!
Article Name
8 Restoran Nasi Kandar Penang Yang Wajib Anda Cuba!
Description
Nasi kandar Penang adalah makanan yang popular di Pulau Pinang. Hidangan ini biasanya terdiri daripada daging, sayur-sayuran dan kari.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: