pulau

Pulau tropika di Malaysia menawarkan destinasi percutian terbaik dengan suasana yang sangat damai. Panoramanya sejuk mata memandang.

Jika anda ingin berehat sebentar dari kebingitan kota dan kesibukan harian, anda boleh berkunjung ke destinasi percutian semulajadi ini. Anda pasti akan dibuai tenang dengan pemandangan lautan yang indah, desiran bayu pantai serta aktiviti alam seperti menyelam, menjelajahi laluan hutan dan memancing.

Tak tahu nak pergi mana satu? Jom saya kongsikan antara 8 pulau menarik di Malaysia untuk dijadikan destinasi percutian

1. Pulau Layang – Layang

island in malaysia

Kita mulakan dengan destinasi di negeri bawah bayu, Sabah terlebih dahulu.

Dikenali juga sebagai Swallow Reef, Pulau Layang – Layang merupakan tempat percutian yang terbaik untuk anda terokai.  Waktu yang terbaik untuk bercuti di sini ialah sekitar bulan Mac hingga Ogos.

Ia terletak di tengah – tengah lautan dalam dan kaya dengan kehidupan marin serta bayu yang menyegarkan. Pecinta alam semulajadi mesti berkunjung ke sini!

2. Pulau Penyu Selingan

turtle island in malaysia

Pulau ini terletak kira – kira 40 km dari Sandakan Sabah. Ia menawarkan pengalaman yang unik dan luar biasa yang tiada pada pulau – pulau lain di Malaysia.

Istimewa tentang tempat ini  ialah  terdapat penyu yang berenang – renang sekitar pantai. Maka, waktu terbaik untuk bercuti di sini pula ialah sekitar bulan Mac hingga Julai dan Julai hingga Oktober kerana waktu ini ialah waktu penyu membiak.

Destinasi ini sangat berbaloi untuk dilawati bersama – sama keluarga, pasangan mahupun rakan – rakan.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan:

  • Menyaksikan penyu bertelur
  • Aktiviti menyelam dan snorkeling
  • Bermain di pantai

3. Pulau Mabul

Kayak Lautan

Pulau terpencil di Malaysia ini merupakan salah satu destinasi percutian yang terbaik. Ia juga merupakan salah satu lokasi aktiviti selam yang terbaik di dunia.

Pengemar – pengemar aktiviti lasak, jom pulau ini memanggil anda!

Menariknya di sini, pemandangan pantainya cukup indah dihiasi pohon kelapa, pasir putih dan air yang jernih berwarna seakan zamrud.

Berkat kedudukannya yang terpencil, keindahannya terpelihara dan menjadi satu destinasi yang amat berbaloi untuk anda kunjungi. Waktu terbaik untuk anda mengunjunginya ialah sekitar bulan Mei hingga Oktober.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan:

  • Berkayak dengan kayak lutsinar
  • Melawat Kampung Bajau
  • Menyaksikan keindahan suasana matahari terbit

4. Pulau Langkawi

Langkawi Cable Car, Langkawi: How To Reach, Best Time & Tips

Kita tinjau pula destinasi di utara semenanjung tanah air.

Sebut bercuti di Malaysia, tak sah kalau tidak berkunjung ke Pulau Langkawi. Destinasi bebas cukai ini merupakan salah satu tempat percutian yang paling banyak dikunjungi di Malaysia.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan:

  • Menaiki kereta kabel gantung

Dari dalam kereta kabel anda boleh menikmati pemandangan indah gunung – ganang yang diliputi pohon.- pohon hijau.

Tiba sahaja di pantai anda boleh bersantai sambil berjemur dan minum – minum. Sungguh merelakskan!

  • Menyewa bot dan melawat Pulau Dayang Bunting

Kawasan ini diliputi hutan yang tebal.  Ketika perjalanan, anda akan bertemu sekumpulan monyet di sini. Boleh jadi mereka ingin ikut anda untuk  makan tengahari bersama – sama.

5. Pulau Pangkor

Pulau Pangkor Island cruise port

Sekiranya anda mencari tempat yang lebih tenang tanpa ramai pelancong anda boleh berkunjung ke Pulau Pangkor yang terletak di Perak.

Berbanding Pulau Langkawi , saiz pulau ini hanya sebahagian kecil daripadanya sahaja. Pantainya damai dengan air jernih dan hutan tebal meliputi bahagian pusat.

Oleh itu, suasananya lebih tenang dan damai.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan:

  • Bersantai di pantai dan berjemur di bawah pokok palma
  • Melawat benteng Belanda abad ke 17
  • Menggambil gambar di jeti kayu tradisional
  • Memberi burung enggang makan di Sunset View Chalet di Teluk Nipah

Jikalau anda berhasrat untuk ke pantai yang lebih popular anda boleh memilih untuk ke Teluk Nipah yang terletak di bahagian barat.

Namun, jika anda mahukan suasana yang lebih sepi dan tenang anda boleh ke Pantai Coral. Di sini tiada satu pun kedai atau bangunan melainkan pusat pemeliharaan penyu.

6. Pulau Perhentian

Dazzling blue sea from bird's eye view

Sekarang, mari kita lihat destinasi menarik di pantai timur pula.

Pulau Perhentian yang terletak di Terengganu terdiri daripada dua iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar.

Di sini, anda boleh lupakan jalan raya seketika.

Satu – satunya cara untuk bergerak dari satu pantai ke satu pantai di sini ialah dengan menaiki teksi air atau melalui laluan – laluan di hutan.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan:

  • Berkunjung ke Perhentian Kecil untuk menikmati pusat menyelam yang paling berpatutan harganya di Asia Tenggara.
  • Bermalam di resort yang terletak di Perhentian Besar untuk mendapatkan percutian yang lebih eksklusif dan peluang menikmati pantai yang lebih jauh menghala ke utara.

7. Pulau Kapas

Welcome to Kapas Guest House – What Happens In Kapas, Stays In Kapas !

Lagi destinasi menarik di negeri Terengganu iaitu Pulau Kapas. Lokasi ini menjadi tumpuan kepada penggemar – penggemar pantai yang ingin merehatkan minda dan diri buat seketika.

Destinasi ini menawarkan suasana tropika yang begitu menenangkan. Ketika bercuti di sini, anda boleh lupakan soal Wi – Fi kerana ia hampir tidak wujud. Oleh itu, tempat ini amat sesuai untuk anda memberi ruang kepada diri untuk betul – betul beristirahat.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan:

  • Berjalan di menerusi laluan – laluan hutan untuk menyaksikan keindahan biodiversiti pulau
  • Bersantai di pantai yang damai

Di sini juga terdapat ramai geng backpackers yang biasa tinggal di rumah tamu yang berada di tepi pantai.

8. Pulau Sibu

3D 2N Sibu Island Full Board Package – World wonder Travels

Akhir sekali, jom kita lihat di selatan tanah air ini pula.

Pulau Sibu yang terletak di Johor terdiri daripada rantaian kecil empat pulau di Laut China Selatan.

Destinasi percutian yang indah ini hanya mempunyai dua buah resort sahaja. Kebiasaanya, pelancong dari Malaysia dan Singapura yang menempati bilik – bilik mewah di sini.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan:

  • Bersantai di pantai
  • Berehat di spa
  • Menaiki ke bot untuk ke lokasi menyelam yang tersembunyi
  • Snorkeling di permukaan berhampiran resort
  • Menaiki kapal laut dan memancing ikan raksasa.

Wah, indah belaka ya pulau yang berada di Malaysia ini. Setanding dengan destinasi pelancongan di luar negara.

Sesuai sekali dijadikan lokasi bercuti untuk menenangkan minda dan badan setelah lama berhempas pulas bekerja.

 Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat anda!

Sumber:

https://traveltriangle.com/blog/malaysia-islands/

https://theculturetrip.com/asia/malaysia/articles/the-15-most-beautiful-islands-in-malaysia/

https://www.thecrazytourist.com/25-best-islands-in-malaysia-malaysia/

https://www.thrillophilia.com/attractions/langkawi-cable-car

https://www.cruisemapper.com/ports/pulau-pangkor-island-port-1115

https://kapasguesthouse.wordpress.com/

https://www.adventoro.com/blogs/adventure-news/pulau-perhentian

https://mytraveloop.com/st_tour/3d-2n-sibu-island-full-board-package/

https://www.caridestinasi.com/top-aktiviti-yang-menarik-di-pulau-mabul-sabah/

https://www.agoda.com/hotels-near-captain-s-longhouse/attractions/pulau-kapas-my.html?cid=-164

Summary
8 Pulau Menarik di Malaysia sebagai Destinasi Percutian
Article Name
8 Pulau Menarik di Malaysia sebagai Destinasi Percutian
Description
Pulau – pulau tropika di Malaysia menawarkan destinasi percutian terbaik dengan suasana yang sangat damai. Panoramanya sejuk mata memandang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: