pulau di malaysia

Pulau di Malaysia tidak dapat disangsikan lagi keindahan dan kekayaan hutan hujan tropika di Malaysia ini. Selain mempunyai keunikan dan kecantikan pada flora dan fauna, pulau-pulau yang terdapat di Malaysia juga amat terpesona apabila melihatnya.

Baik di Semenanjung ataupun di Kepulauan Borneo pasti pemandangannya akan membuatkan anda terpukau dan kagum akan ciptaan Allah SWT.

Untuk anda yang ingin pergi ke pulau untuk menenangkan diri atau bercuti bersama keluarga. Berikut adalah 8 pulau di Malaysia yang menarik untuk dilawati.

Pulau Redang Terengganu

Antara Pulau yang terletak di perairan Laut China Selatan. Pulau Redang antara salah satu pulau yang terbesar di pantai timur negara Malaysia dan juga menjadi tempat pusat pemeliharaan penyu. Oleh sebab itu, Pulau Redang merupakan lokasi kegemaran dan juga popular untuk mereka yag ingin melihat penyu secara langsung.

Panorama hidupan marin, batuan karang dan ikan yang mempunyai pelbagai warna telah mempesonakan mata yang melihat keindahan alam di Pulau Redang ini. Selain pemandangan yang mengasyikkan, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik di pulau ini seperti selam skuba, snorkeling, berenang bebas dan juga menyusuri hutan.

Pulau Perhentian Terengganu

Untuk anda yang sedang mencari keterenangan yang sudah lama hilang. Ingin melepaskan diri dari hiruk pikuk hidup di bandar. Pulau Perhentian adalah lokasi yang tepat untuk menghilangkan kekusutan yang anda alami.

Pasir pantai yang berwarna putih dan juga alam didasar laut yang memukau membuatkan anda merasa amat tenang. Pulau Perhentian antara salah satu destinasi pulau yang terbaik di Malaysia. Apa tunggu lagi mungkin anda sudah boleh mengemas segala barang anda dan pergi ke pulau ini.

Pulau Kapas Terengganu

Pulau Kapas yang namanya terinspirasi daripada nama pokok kapas yang kebiasaannya digunakan untuk menghasilkan kapas mahupun kain. Namun ada juga yang mengatakan pulau ini dinamakan Pulau Kapas kerana keindahan oada pasir pantainya yang putih bersih.

Pulau Kapas tidak asing lagi namanya untuk para penggemar pantai dan pulau peranginan di Malaysia. Jarak sepanjang 6 kilometer dari jeti Marang, ia telah memberikan satu pengalaman melihat keindahan laut disampingi bersama kos percutian yang lebih murah berbanding pulau-pulau yang lain.

Walaupun saiz Pulau Kapas ini agak kecil berbanding pulau yang lain di Terengganu tetapi ia sudah cukup terkenal di Pantai Timur. Terdapat juga aktiviti menarik disediakan seperti berkayak, snorkeling, trekking hutan dan banyak lagi.

Pulau Rawa Johor

Terdapat nama Pulau Rawa yang sama di Malaysia. Satunya di Terengganu , dan lagi satu terdapat di Johor. Pemandangannya tidak dinafikan kedua-duanya mempunyai keindahan tersendiri. Tetapi lokasi mereka sahaja berbeza. Pulau Rawa di Johor ini hanya lebih kurang 16 km sahaja dari Mersing,Johor.

Pelbagai aktiviti yang lasak lagi menarik boleh dilakukan disini antara pulau yang mempunyai gelongsor di pantai. Menambahkan lagi keindahan pulau ini apabila mempunyai hidupan marin dan batu karang yang berwarna warni dan juga hutan yang hijau yang patut anda terokai !

Pulau Pangkor Perak

Sebuah pulau yang padat dengan sejarah suatu ketika dahulu. Pulau Pangkor pernah menjadi kawasan kubu pertahanan pihak Belaanda dari serangan musuh. Terdapat pelbagai lokasi bersejarah yang boleh anda lawati.

Selain itu, semestinya Pulau Pangkor antara seperti pulau yang lain yang mempunyai keindahan yang mententeramkan jiwa dan anda juga boleh menyewa bot untuk pergi ke pulau-pulau lain yang berdekatan sekitar Pulau Pangkor.

Pulau Tioman Pahang

Antara lokasi yang bukan sahaja menjadi tempat percutian malah menjadi tempat mereka yang baru sahaja berkahwin atau sudah lama berkahwin untuk berbulan madu disini.

Pulau Tioman adalah merupakan syurga bagi mereka pencinta pantai dan juga mereka yang menyukai untuk melakukan aktiviti dalam air seperti snorkeling ataupun selam skuba. Ditambah dengan hidupan didasar laut yang berwarna warni dan pelbagai spesies hidupan marin melengkapkan lagi panorama pulau ini.

Pulau Langkawi Kedah

Pulau yang popular di Malaysia, siapa sahaja yang tidak kenal Pulau Langkawi. Antara pulau yang tersenarai didalam pulau yang menarik untuk dilawati di Malaysia. Selain pemandangan yang memukau seperti pulau-pulau yang lain. Pulau Langkawi juga mempunyai pulau yang berdektan di sekitarnya sepeti Pulau Dayang Bunting, Pulau Payar dan banyak lagi.

Selain itu, Pulau Langkawi menawarkan pelbagai aktiviti menark seperti Kereta Kabel Langkawim Kilim Geoforest dan banyak lagi. Aktiviti air juga tidak lupa untuk disediakan bagi mereka yang menyukai aktiviti lasak di laut.

Pulau Sipadan Sabah

Merupakan antara pulau yang amat popular di Malaysia. Menjadi antara lokasi untuk melakukan aktiviti selam skuba yang palin terbaik sehingga menempatkan ia sebagai lokasi kelima terbaik di dunia . Pulau ini patut menjadi antara senarai pulau yang and ingin pergi ! Selain itu, Pulau Sipadan juga kaya dengan pelbagai hidupan yang unik seperti terumbu karang yang berwarna warni menyerlahkan lagi keindahan di pulau ini ditambahi dengan kepelbagaian spesies ikan yang terdapat di bahagian dasar laut.

Namun, anda hanya boleh berada di Pulau Sipadan ini hanya sehingga pukul 6. Hal ini demikian kerana ingin menjaga kelangsungan dan memelihara hidupan eksotik seperti terumbu karang dan spesies ikan disini dan juga untuk emmelihara keindahan dan kebersihan pulau ini. Tambahan pula, seperti yang kita maklum pulau ini menjadi perhatian untuk melakukan aktiviti selam skuba jadi hanya seramai 120 orang penyelam sahaja dibenarkan menyelam dalam sehari untuk menjaga kebersihan laun dan juga keselamatan marin di Pulau Sipadan ini.

Coral Garden, Drop Off, Barracuda Point dan Turtle Cavern antara merupakan lokasi titik panas untuk melakukan aktiviti menyelam di sekitar kawasan Pulau Sipadan. Jika anda berminat bolehlah anda menerokai kawasan-kawasan ini.

Menarik sungguh pulau-pulau yang berada di Malaysia. Untuk anda yang keliru ingin pergi kemana jika waktu cuti menjelma. Pulau-pulau yang disenaraikan ini wajib untuk anda lawati ketika anda berada di Malaysia.

SUMBER:

https://www.maisinggah.com/pulau-di-malaysia

https://cari-homestay.com/15-pulau-menarik-di-malaysia/

https://tripcarte.asia/ms/blog/2019/11/28/10-pulau-menarik-di-malaysia/

Summary
8 Pulau di Malaysia Yang Menarik
Article Name
8 Pulau di Malaysia Yang Menarik
Description
Pulau di Malaysia tidak dapat disangsikan lagi keindahan dan kekayaan hutan hujan tropika di Malaysia ini. Selain mempunyai keunikan dan kecantikan pada flora dan fauna, pulau-pulau yang terdapat di Malaysia juga amat terpesona apabila melihatnya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: