Huawei Malaysia

Huawei Malaysia merupakan salah satu anak syarikat Huawei yang ditubuhkan di negara ini bagi mengawal selia produknya yang dijual di sini. Sebut sahaja Huawei, pasti ramai yang akan teringat akan jenama yang terbaharu dan produk teknologi berkualiti tinggi.

Huawei di Malaysia merupakan peneraju global dengan membekalkan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) bagi infrastruktur dan gajet pintar. Melalui integrasi empat kunci utama solusi iaitu rangkaian telecom, IT, gajet pintar dan servis ‘cloud’, Huawei sangat komited untuk membekalkan digital kepada setiap orang, rumah kediaman dan organisasi supaya mampu berhubung dengan sepenuh dan mencipta dunia pintar.

SEJARAH

Huawei mula ditubuhkan pada tahun 1987 di Shenzhen, China sebagai ejen jualan untuk telefon keluaran Hong Kong dan perniagaan kabel rangkaian. Pada tahun 1996 sehingga 1998, Huawei telah melebarkan perniagaan ke kawasan metropolitan di China kerana populasi masyarakat di kawasan urban atau bandar telah berkembang.

Jangkaan daripada Firma Perunding Pengurusan Global McKinsey & Company menyatakan bahawa populasi masyarakat di kawasan urban atau bandar akan meningkat kepada 1 bilion pada tahun 2030 dan akan mempunyai 221 bandar dengan penghuni sebanyak 1 juta pada tahun 2025 jika dibandingkan dengan Eropah.

Kini, produk Huawei telah dibekalkan ke 170 buah negara termasuk Malaysia dan digunakan oleh satu per tiga populasi global. Huawei merupakan pengilang ketiga terbesar di peringkat global untuk produk jam, ‘router’ dan alat telekomunikasi.

Huawei mempunyai 3 perniagaan asas iaitu Carrier Network Business Group yang membekalkan rangkaian tanpa wayar, rangkaian tetap, servis global, rangkaian ‘software’ dan rangkai asas. Selama 7 tahun, pertumbuhan tahunan Huawei telah meningkat sebanyak 70 peratus per tahun.

Kedua, Enterprise Business Group yang berfungsi sebagai penganalisis, penterjemah dan penyimpan informasi yang diterima di pusat data Huawei.

Ketiga, Consumer Business Group yang membekalkan telefon pintar. Huawei menggelarnya sebagai strategi ‘pipe’ yang memfokuskan penyimpanan dan pemprosesan informasi, penghantaran dan penyebaran informasi dan mencipta dan mempersembahkan informasi.

Pada April tahun 2017, Huawei telah mengumumkan bahawa mereka ingin mempunyai perniagaan ‘cloud’ yang berasingan dan melabur sebanyak 1 bilion Dolar Amerika.

Pada Ogos tahun 2020, Huawei mendapat tempat ke-49 bagi Senarai Fortune 500. Malah, mendapat tempat ke-45 dalam Top 100 Brand Paling Bernilai pada BrandZ. Maka, bagi meraikan kejayaan Huawei selama ini, saya senaraikan 8 produk Huawei yang patut anda miliki.

Huawei Malaysia
  • Huawei P30 Pro

Antara salah satu produk Huawei di Malaysia yang berkualiti dari segi kamera untuk tujuan fotografi. Mampu ‘zoom’ 5 kali ganda dan 10 kali ganda dan digital ‘zoom’ 50 kali ganda yang akan memudahkan anda melihat objek yang ditangkap lebih dekat. Keupayaannya ketika cahaya kurang juga merupakan sesuatu yang menarik.

Skrin sebesar 6.47 inci hanya mempunyai resolusi penuh HD+ tetapi kecerahan, kejelasan dan warna-warninya memberikan pengalaman yang menarik untuk aplikasi dan permainan video anda.

Jangan anda risau berkenaan keupayaan baterinya kerana kebiasaannya, di penghujung hari, terdapat 30 peratus atau lebih bateri yang masih tinggal. Peranti ini merupakan suatu ‘flagship’ bagi telefon pintar.

Huawei Malaysia
  • Huawei Mate 20 Pro

Peranti ini menawarkan skrin yang lebih luas, memperkasa tri-kamera belakang dan pengesan cap jari. Malah, paparan 6.39 inci akan memberikan lebih banyak ruang untuk bermain permainan video dan menonton filem.

Peranti ini juga memepunyai resolusi QHD dan disokong dengan HDR 10 untuk memastikan segalanya berkualiti. Mempunyai tri-kamera belakang dengan 40 MP ‘wide-angle’ dan 8 MP kanta telephoto.

Huawei Malaysia
  • Huawei P30

Perati ini mempunyai skrin yang lebih kecil berbanding P30 Pro. Mempunyai tri-kamera belakang dan maksimum ‘zoom’ adalah 30 kali ganda. Paparan 6.1 inci menjadikan P30 lebih mudah dipegang berbanding P30 Pro.

Anda akan berpuas hati dengan prestasi baterinya kerana mampu bertahan selama sehari setengah tanpa sebarang masalah dengan sekali cas sahaja. Walaupun tri-kamera belakang tidak sebagus P30 Pro, tetapi masih menawarkan pengalaman mengambil gambar yang menarik dengan 5 kali ganda, 10 kali ganda dan 30 kali ganda ‘zoom’. Mod yang memudahkan mengambil gambar ketika cahaya kurang juga disertakan.

Huawei Malaysia
  • Huawei Mate 40 Pro

Mempunyai kekurangan dari segi aplikasi Google dan Playstore. Namun, sekiranya anda meminati gambar yang cantic dan jelas serta skrin yang berkualiti, peranti ini sangat sesuai untuk anda.

Mudah dipegang kerana reka bentuk melengkungnya. Gambar yang diambil menggunakannya juga sangat berkualiti serta mempunyai pelbagai kemudahan untuk mengambil gambar.

  • Huawei P40 Pro

Peranti ini sepatutnya menjadi produk Huawei yang paling terbaik. Mempunyai kanta yang ‘superb’, jangka hayat bateri yang lebih lama kerana menggunakan 4,200mAh dan reka bentuk yang menarik. Menggunakan cipset yang terbaharu iaitu Kirin 990 mampu mencapai 90Hz kadar ‘refresh’.

  • Huawei Mate 20

Mungkin peranti ini teruk sedikit berbanding Huawei Mate 20 tetapi masih lagi peranti yang perlu dimiliki. Mempunyai bateri berkapasiti 4,000mAh yang memberikan penggunaan yang bagus. Mempunyai kuasa ‘top-end’ kerana menggunakan ‘Octa-Core Kirin 980’ cipset. Malah mempunyai RAM sebanyak 6GB.

Peranti ini juga mempunyai sedikit kelebihan berkaitan skrinnya iaitu lebih besar berbanding Huawei Mate 20 Pro iaitu 6.53 inci. Dilengkapi juga dengan ‘headphone port’ yang dimana kebanyakkan telefon pintar terkini tidak memilikinya.

  • Huawei P20 Pro

Mempunyai beberapa ciri yang menjadi keutamaan dan menakjubkan. Mempunyai tri-kamera belakang yang ‘versatile’. Kameranya membenarkan 3 kali ganda ‘optical zoom’ yang digunakan ketika mengambil gambar pada waktu malam.

Huawei P20 Pro juga besar, mempunyai bateri yang tahan lama dan skrin AMOLED yang lebih besar berbanding yang lain. Pin keselamatan yang ditambahbaik adalah mempunyai pengesan wajah dan cap jari.

  • Huawei P30 Lite

Direka menggunakan gelas di bahagian belakang peranti ini. Mempunyai skrin yang bagus dengan berkeluasan 6.15 inci (1080 x 2312) paparan dengan 415 pixel per inci.

Seperti telefon pintar Huawei P20 Pro, mempunyai sistem pengesan wajah dan pilihan 4 atau 6 GB untuk RAM.

SUMBER:

https://www.techradar.com/news/best-huawei-phones

https://consumer.huawei.com/my/about-us

https://martinroll.com/resources/articles/strategy/huawei-transforming-chinese-technology-business-global-brand/

Summary
8 Produk Huawei Malaysia Yang Perlu Dimiliki
Article Name
8 Produk Huawei Malaysia Yang Perlu Dimiliki
Description
Huawei Malaysia merupakan salah satu anak syarikat Huawei yang ditubuhkan di negara ini bagi mengawal selia produknya yang dijual di sini. Sebut sahaja Huawei, pasti ramai yang akan teringat akan jenama yang terbaharu dan produk teknologi berkualiti tinggi.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: