menu sihat grabfood
Aplikasi servis makanan yang ada pastinya memudahkan semua pihak. Tapi, bagaimana pula jika anda mahukan makanan sihat? Jom lihat 8 menu grabfood sihat yang kami telah senaraikan.

Dalam kesibukan masa, sekarang sudah banyak aplikasi servis makanan yang menyediakan penghantaran hidangan hingga ke pintu rumah anda mahupun ke pejabat anda dengan mudah. Jadi, jika anda terasa malas untuk masak, atau terlalu sibuk untuk keluar makan, anda hanya tinggal pilih menu, bayar secara atas talian dan tunggu makanan anda sampai sahaja.

Ini bahkan adalah suatu usaha yang baik kerana sekarang anda juga boleh dapatkan makanan sihat dengan lebih mudah yang berdekatan dengan lokasi anda.

Dalam artikel ini, kita akan memfokuskan beberapa makanan sihat yang ditawarkan oleh aplikasi Grabfood. Tapi, ketahui bahawa pilihan menu ini mungkin tiada di kawasan anda kerana ia ditetapkan mengikut kawasan tempat tinggal mahupun lokasi anda ketika itu.

Jadi, pastikan anda menetapkan lokasi dengan betul sebelum memilih sesuatu menu selepas ini!

1. Quinoa Lemak Wrap – Salad Atelier Cafe

Kredit: Salad Atelier Cafe

Hidangan ini adalah sesuai bagi mereka yang teringin untuk makan nasi lemak tapi dalam versi sihat. Dengan berinspirasikan nasi lemak, anda pastinya kenyang dengan kandungan bahan seperti quinoa, ‘cous cous’, timun jepun, ayam panggang, telur rebus yang disajikan dengan kuah sambal buatan mereka sendiri.

2. Tuna and Egg Sandwich – O’Briens Signature

Kredit: O’ Briens Signature

Jika anda mencari hidangan yang mudah dan tidak begitu berat, apa kata cuba sandwich yang sememangnya terkenal di kafe ini. Dengan isi tuna dan telur, anda pastinya kenyang sama seperti memakan hidangan besar. Bersertakan campuran sayur segar dan tidak menggunakan roti putih biasa, ia pasti adalah pilihan makanan sihat yang menarik perhatian anda.

3. Cauliflower Fried Rice – Rawsome

Kredit: Rawsome

Nasi goreng biasa pastinya mempunyai banyak kalori kerana bahan yang digunakan, tapi ini adalah berbeza kerana ia menggunakan kubis bunga untuk menggantikan nasi putih biasa. Tapi, jangan risau kerana rasanya masih enak seperti nasi goreng biasa dengan bahan-bahan lain seperti telur rebus, sayur-sayuran dan sedikit sambal untuk menaikkan selera anda.

4. Aloha Salmon – The Fish Bowl

Kredit: The Fish Bowl

Salmon sudah semestinya adalah salah satu hidangan yang menyihatkan, jadi apa kata anda cuba hidangan ini yang sememangnya sangat terkenal antara penggemar makanan sihat di sekitar Kuala Lumpur. Penuh dengan sayur-sayuran yang segar dan keenakan rasa ikan salmon tersebut, anda pasti mahu makan hidangan sihat sahaja selepas ini.

5. Green Queen Wrap – Shawarma King

Kredit: The Yum List

Jika tekak anda menginginkan sesuatu yang lain tapi masih menyihatkan, apa kata anda cuba hidangan Arab ini. Jika selalunya hidangan ini mempunyai inti daging atau ayam yang padat, namun kali ini, mereka menyediakannya dengan terung yang dimasak dengan baik bersama bunga kubis serta sayur salad. Jangan bimbang, kerana ia masih mengenyangkan walaupun tanpa kehadiran sumber daging.

6. Sweet and Sour Crispy Abalone Mushroom – Simple Life

Kredit: Simple Life

Jika anda menginginkan hidangan lengkap, ini adalah pilihan yang baik untuk anda cuba. Dengan nasi daripada beras perang berserta lauk sampingan dan sup, anda pasti akan kekenyangan selepas itu. Ditambahkan pula dengan cendawan abalon yang rangup dalam sos yang manis dan masam, anda pasti akan menginginkannya lagi.

7. Vegetarian Rendang Bowl – La Juiceria

Kredit: La Juiceria

Rendang versi sihat? Pasti anda ingin mencubakannya! Jadi, apa kata cuba hidangan ini yang disediakan menggunakan beras jepun yang sangat berbeza dengan beras harian yang kita gunakan. Hidangannya juga dilengkapi dengan bahan-bahan lain seperti timun jepun, telur, tempe bagi menambahkan keenakannya. Dan, jangan lupa bintang hidangannya iaitu kari rendang.

8. Mango Sensation – Juice Works

Kredit: Juice Works

Menu sihat bukan sahaja bermaksud makanan sihat, tapi jus juga boleh termasuk dalam menu itu. Di Juice Works, pelbagai menu jus buahan yang anda boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan. Salah satunya, ‘Mango sensation’ yang sangat sesuai diambil bagi mereka yang mempunyai masalah pencernaan. Ia mengandungi gabungan buah mangga dan pisang dan semua orang tahu bahawa pisang sememangnya adalah penyelesaian yang bagus dalam masalah ketidakhadaman ini. 

Summary
8 Pilihan Menu Grabfood Yang Sihat
Article Name
8 Pilihan Menu Grabfood Yang Sihat
Description
Aplikasi servis makanan yang ada pastinya memudahkan semua pihak. Tapi, bagaimana pula jika anda mahukan makanan sihat? Jom lihat 8 menu grabfood sihat yang kami telah senaraikan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: