citibank

Citibank ialah bahagian pengguna untuk perkhidmatan kewangan multinasional Citigroup. Citibank ditubuhkan pada tahun 1812 sebagai City Bank of New York, dan kemudian menjadi First National City Bank of New York.

Bank ini mempunyai 2,649 cawangan di 19 negara, termasuk 723 cawangan di Amerika Syarikat dan 1,494 cawangan di Mexico yang dikendalikan oleh anak syarikatnya Banamex. Cawangan AS tertumpu di enam kawasan metropolitan: New York City, Chicago, Los Angeles, San Francisco, Washington, DC, dan Miami.

Pada tahun 2016, Amerika Syarikat menyumbang 70% hasil dan Mexico menyumbang 13% daripada pendapatan. Selain AS dan Mexico, sebahagian besar cawangan syarikat berada di Poland, Rusia, India dan Emiriah Arab Bersatu.

Berikutan krisis kewangan 2007-2008 dan kerugian besar dalam nilai aset gadai janji subprima, Citigroup, induk Citibank, menerima jaminan dalam bentuk pelaburan dari Perbendaharaan AS.

Pada 23 November 2008, sebagai tambahan kepada pelaburan awal sebanyak $25 bilion, lebih $20 bilion dilaburkan dalam syarikat itu bersama-sama dengan jaminan aset berisiko $306 bilion

Jaminan yang dikeluarkan pada waktu pasaran tidak mencukupi untuk menampung kerugian daripada pelaburan tersebut. Akhirnya Citi berkongsi Perbendaharaan mengambil alih sebagai balasan untuk jaminan yang dikeluarkan itu telah dibukukan sebagai keuntungan bersih untuk perbendaharaan kerana Citi mempunyai likuidasi mencukupi dan jaminan tidak perlu digunakan.

Menjelang 2010, Citibank telah membayar balik pinjaman daripada Perbendaharaan secara penuh, termasuk faedah, yang menghasilkan keuntungan bersih bagi kerajaan persekutuan AS.

Citibank Berhad adalah bank komersial berlesen di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 1959. Citibank diperbadankan pada tahun 1994. Secara ringkas, Citibank adalah anak syarikat Citigroup Holding (Singapore) Private Limited.

Pada masa kini, Citibank mempunyai 11 cawangan seluruh negara, di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kuantan, Melaka dan Johor.

Citibank adalah satu-satunya bank asing di Malaysia yang mempunyai taraf AAA oleh Rating Agency Malaysia (RAM) selama 15 tahun berturut-turut.

Citibank Berhad menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan juga Islamik. Antara produk dan perkhidmatan perbankan konvensional yang ditawarkan oleh Citibank Malaysia adalah seperti akaun simpanan, akaun semasa, kad debit dan kad kredit, pembiayaan peribadi, pembiayaan perumahan, perlindungan Insurans, dan pengurusan kekayaan.

Produk dan perkhidmatan perbankan Islamik Citibank pula ialah akaun semasa dan akaun simpanan.

Antara produk Citibank Berhad yang popular ialah kad kredit mereka. Boleh dikatakan, kad kredit Citibank adalah antara kad kredit yang paling banyak digunakan di Malaysia. Citibank juga menawarkan perkhidmatan “offshore banking” menerusi cawangan mereka di Labuan.

Citibank juga menawarkan perkhidmatan perbankan di luar waktu pejabat menerusi saluran telefon dan perbankan atas talian. Saluran telefon yang dikenali sebagai CitiPhone boleh digunakan oleh pelanggan Citibank 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk sebarang urusan perbankan seperti pemindahan dana, pertanyaan produk, semakan had kredit kad kredit, dan sebagainya.

Di sini saya senaraikan 8 perkhidmatan yang ditawarkan oleh Citibank.

  • Citibank Personal Loan

Citibank Personal Loan adalah sebuah pelan pinjaman peribadi dari Citibank Berhad. Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi konvensional tidak bercagar. Ini bermaksud pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon pinjaman ini.

Pinjaman peribadi Citibank ini ditawarkan kepada mereka yang berkhidmat di sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Oleh itu, pinjaman ini tidak boleh dimohon oleh mereka yang berkhidmat di sektor awam.

Anda boleh mohon dari RM5,000 hingga RM150,000 dengan caj kadar faedah yang sangat berpatutan, iaitu serendah 5.88% p.a. Tempoh pembiayaan yang dibenarkan pula ialah dari 1 hingga 5 tahun.

Pelan pembiayaan peribadi Citibank ini terkenal sebagai antara pelan pinjaman peribadi yang mudah lulus jika anda cukup syarat-syarat kelayakan yang diperlukan. Kelebihan ialah seperti keperluan dokumen yang sangat ringkas, dan tempoh keputusan lulus yang sangat pantas. Anda boleh dapat keputusan permohonan anda hanya dalam tempoh 24 jam hari bekerja.

  • Lazada Citi Platinum

Lazada Citi Platinum adalah kad kredit terbaru yang ditawarkan oleh Citibank Berhad. Seperti yang anda boleh teka daripada namanya, kad kredit Citibank ini khusus kepada mereka yang gemar berbelanja di Lazada.

Ciri utama yang buat kad ini sangat sesuai untuk shopper Lazada ialah ciri mata ganjaran (Rewards Points) yang sangat lumayan melalui program Citibank Rewards Points. Anda boleh dapat sehingga 10 mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan RM1. Pemilik kad ini juga akan diberi bonus bulanan sehingga 1000 mata untuk setiap perbelanjaan RM1,500, setiap bulan.

Lazada Citi Platinum adalah kad kredit terbaru yang ditawarkan oleh Citibank Berhad. Seperti yang anda boleh teka daripada namanya, kad kredit Citibank ini khusus kepada mereka yang gemar berbelanja di Lazada.

Ciri utama yang buat kad ini sangat sesuai untuk shopper Lazada ialah ciri mata ganjaran (Rewards Points) yang sangat lumayan melalui program Citibank Rewards Points. Anda boleh dapat sehingga 10 mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan RM1. Pemilik kad ini juga akan diberi bonus bulanan sehingga 1000 mata untuk setiap perbelanjaan RM1,500, setiap bulan.

Selain Lazada, anda akan mendapat keistimewaan tambahan dalam bentuk diskaun atau perkhidmatan percuma melalui rakan strategik Citibank iaitu Domino’s Pizza, Malindo Air, Klook, Frasers Hospitality, dan HealthLand. Tidak lupa juga kelebihan program Priceless Specials yang didatangkan khas untuk pemilik kad kredit MasterCard seperti akses ke padang golf, tawaran dan diskaun perjalanan, dan sebagainya.

Kad kredit Lazada Citi juga didatangkan dengan pelan pindahan baki Citibank Balance Transfer via Instalment Plan. Anda boleh pindahkan baki kad kredit anda ke Citibank dengan bayaran semula sehingga 36 bulan.

Anda juga boleh menggunakan pelan bayaran ansuran kad kredit melalui Citibank Easy Pay Plan. Anda hanya perlu berbelanja minimum RM500 untuk menukar pembelian anda kepada pelan EPP. Tempoh bayaran pula adalah sehingga 48 bulan.

  • Citi Rewards Mastercard

Kad kredit Citi Rewards Mastercard adalah kad kredit ganjaran daripada Citibank Berhad. Seperti namanya, kad ini memberi kelebihan mata ganjaran kepada pemiliknya. Oleh, kad Rewards Mastercard ini sangat sesuai untuk mereka yang gemar membeli-belah di dalam dan luar negara.

Anda akan dapat 5 mata ganjaran (rewards points) dengan setiap perbelanjaan RM1, di dalam mahupun di luar negara melalui program Citi Rewards yang disertakan bersama kad kredit ini.

Bagi yang gemar melancong pula, dapatkan perlindungan insurans kemalangan perjalanan sehingga RM50,000 apabila anda buat tempahan tiket penerbangan melalui kad kredit ini. Anda juga akan mendapat akses ke Plaza Premium Lounge di KLIA.

Selain insurans kemalangan, Citibank juga memberi perlindungan tambahan kepada pembelian barangan berharga anda, dengan perlindungan maksimum RM10,000 untuk setiap barangan, atau RM25,000 untuk setiap pembelian.

Kad Citi Rewards Mastercard juga memberi faedah dalam kategori perubatan. Anda akan menerima diskaun sehingga 15% untuk semua kadar bilik hospital. Diskaun ini akan diberikan untuk semua “walk-in” dengan harga bilik RM120 ke atas. Diskaun sebanyak 20% juga diberikan untuk semua pakej “Screening Executive” yang ditawarkan.

Sebagai kad kredit “Mastercard”, anda akan mendapat kelebihan khusus dari pihak Mastercard yang memberikan anda akses ke Plaza Premium Lounge di KLIA. Tidak lupa juga perkhidmatan VIP sebelum anda menaiki kapal terbang dan perkhidmatan concierge daripada Mastercard.

Kad kredit ini menawarkan pelan-pelan kad kredit yang lengkap. Anda boleh buat pindahan baki dengan pelan Citibank Balance Transfer via Instalment Plan atau pelan Citibank Balance Transfer Plan. Pelan ini membenarkan bayaran semula antara 12 hingga 36 bulan.

Anda juga boleh menukar pembelian kad kredit anda kepada pelan Citibank Easy Pay Plan. Anda hanya perlu buat pembelian RM500 ke atas untuk menggunakan pelan ini. Pelan ansuran tunai Citi Quick Cash pula membenarkan anda buat pinjaman tunai sehingga had kad kredit anda dan bayar semula secara ansuran selama 48 bulan.

  • Citi Business Platinum Mastercard

Citi Business Platinum Mastercard adalah kad kredit istimewa dari Citibank Berhad. Kad ini dikhususkan kepada pemilik perniagaan yang inginkan kad kredit yang boleh membantu perniagaan mereka, di samping buat gaya hidup lebih selesa.

Antara ciri menarik utama yang ditawarkan oleh kad Business Platinum ini ialah rebat tunai (cashback). Anda akan menerima rebat tunai antara 0.5% hingga 1.2% setiap kali anda swipe kad kredit anda. Rebat tunai ini adalah tanpa had (uncapped) dan dibenarkan untuk transaksi dalam negara dan juga luar negara.

Citibank juga menawarkan perlindungan insurans perjalanan yang lengkap daripada insurans kemalangan sehinggalah perlindungan untuk bagasi lewat. Jumlah perlindungan yang ditawarkan menjangkau sehingga RM1,000,000 untuk pemilik kad kredit Citi Business Platinum Mastercard ini.

Sebagai kad kredit perniagaan, sudah pasti kad ini memberikan kelebihan dan keistimewaan untuk membantu perniagaan anda. Pemilik kad ini akan mendapat diskaun dan kadar istimewa untuk hotel dan bil makanan dari restoran yang mengambil bahagian. Gunakan kelebihan ini untuk menonjolkan diri anda kepada prospek anda.

Kad kredit ini juga tidak lepas dari menawarkan pelan kad kredit seperti pelan pindahan baki (Balance Transfer Plan) dan pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan). 

Anda boleh buat pindahan baki dari kad kredit lama dengan pelan pindahan baki Citibank Balance Transfer Plan (BTI). Pelan ini tidak mengenakan caj upfront dan anda boleh buat pemindahan sehingga had kredit maksimum anda.

Untuk pelan bayaran ansuran mudah pula, Citibank membenarkan anda menggunakan kedua-dua pelan EPP mereka, iaitu pelan Citibank Easy Pay Plan dan juga Citibank PayLite Plan. Pelan Easy Pay menawarkan bayaran ansuran tanpa faedah sehingga 48 bulan. Pelan Flexi Payment pula lebih fleksibel dengan membenarkan tempoh bayaran dari 6 hingga 36 bulan.

  • Citi Cash Back Mastercard

Citi Cash Back Mastercard adalah kad kredit unik daripada Citibank Berhad. Kad kredit ini menawarkan ciri pulangan rebat tunai (cashback) yang sangat menarik – sangat sesuai untuk mereka yang gemar berbelanja.

Rebat tunai yang ditawarkan bermula dari 0.2% hingga 10% bergantung kepada jenis perbelanjaan anda. Secara ringkas, anda akan dapat rebat tunai 10% jika anda berbelanja lebih dari RM500 setiap bulan untuk petrol, barangan runcit, makan, dan perkhidmatan Grab. Rebat tunai 10% ini dihadkan kepada RM10 sebulan.

Walau bagaimanapun, rebat tunai 0.2% adalah tanpa had untuk perbelanjaan selain daripada yang disebutkan di atas.

Atau berbelanja di farmasi Watson, Guardian atau Caring untuk rebat tunai sehingga 2%.

Seperti kebanyakan kad kredit Citibank yang lain, kad Citi Cash Back Mastercard didatangkan dengan ciri premium Citibank World Privileges. Anda akan mendapat keistimewaan dan diskaun untuk 25,000 restoran, hotel, butik, pasaraya, dan padang golf yang mengambil bahagian – dalam dan luar negara.

Sekiranya anda ingin memindahkan baki daripada kad kredit yang sedia ada kepada kad kredit ini, anda boleh gunakan pelan pemindahan baki Citibank Balance Transfer via Instalment Plan yang ditawarkan dengan kad ini.

Anda juga boleh dapatkan barangan idaman anda pelan bayaran ansuran mudah Citibank Easy Pay Plan. Anda boleh membeli barang serendah RM500 untuk melayakkan anda menukar pembelian anda kepada Easy Payment Plan ini.

Sekiranya anda ingin guna wang tunai segera, anda boleh buat pendahuluan tunai melalui mesin ATM, atau lebih baik lagi gunakan pelan ansuran tunai Citi Quick Cash dengan tempoh bayaran semula sehingga 48 bulan.

  • Citi PremierMiles Mastercard

Citi PremierMiles Mastercard adalah kad kredit dengan ciri premium yang ditawarkan oleh Citibank Berhad. Kad ini sangat sesuai bagi mereka yang gemar berurusan di luar negara, atau mereka yang banyak menghabiskan masa di atas kapal terbang.

Kad kredit ini menawarkan ganjaran dalam bentuk “Citi PremierMiles”. Mata ganjaran Citi PremierMiles diberikan apabila anda berbelanja dengan kad kredit Citi PremierMiles Mastercard anda – dalam dan luar negara.

Mata PremierMiles ini membenarkan anda mata ganjaran anda dalam bentuk air miles. Dengan setiap 1500 PremierMiles, anda boleh dapatkan 1000 air miles dari 90 syarikat penerbangan yang mengambil bahagian. Selain air miles, anda juga boleh membelanjakan mata PremierMiles anda di pedagang-pedagang seperti Agoda, AirBnB, Expedia, Traveloka dan sebagainya.

Citibank juga membenarkan anda menggunakan mata PremierMiles untuk memperbaharui kad kredit ini. Anda cuma perlukan 300,000 mata PremierMiles untuk tujuan.

Kad ini juga menawarkan pelan pindahan baki Citibank Balance Transfer via Instalment Plan. Pelan ini membenarkan anda buat pemindahan baki daripada kad kredit yang sedia ada kepada kad Citi PremierMiles Mastercard dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Citibank juga menawarkan pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan), iaitu dalam bentuk Citibank Easy Pay Plan dan pelan ansuran tunai dengan Citi Quick Cash. Perbelanjaan menjadi lebih mudah dengan kedua-dua pelan ini.

(C) Offers eight small business cards. Lowest non-promo APR: 7.99% (prime +2.99%) Highest APR: 28.99% (prime +23.99%) Purchase volume (2007): $21 billion Number of accounts: 1.8 million
  • Citi Business Platinum Card

Kad kredit Citi Business Platinum Card adalah kad kredit istimewa dari Citibank Berhad. Kad ini dikhususkan kepada pemilik perniagaan yang inginkan kad kredit yang boleh membantu perniagaan mereka, di samping buat gaya hidup lebih selesa.

Antara ciri menarik utama yang ditawarkan oleh kad Business Platinum ini ialah rebat tunai (cashback) tanpa had. Anda akan menerima rebat tunai antara 0.5% hingga 1.2% setiap kali anda swipe kad kredit anda. Rebat tunai ini dibenarkan untuk transaksi dalam negara dan juga luar negara.

Citibank juga menawarkan perlindungan insurans perjalanan yang lengkap untuk pemilik kad kredit Citi Business Platinum Card. Anda akan menerima perlindungan insurans kemalangan sehingga RM1,000,000!

Sebagai kad kredit perniagaan, sudah pasti kad ini memberikan kelebihan dan keistimewaan untuk membantu perniagaan anda. Pemilik kad ini akan mendapat diskaun dan kadar istimewa untuk hotel dan bil makanan dari restoran yang mengambil bahagian. Gunakan kelebihan ini untuk menonjolkan diri anda kepada prospek anda.

Kad kredit ini juga tidak lepas dari menawarkan pelan kad kredit seperti pelan pindahan baki (Balance Transfer Plan) dan pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan).  

Anda boleh buat pindahan baki dari kad kredit lama dengan pelan pindahan baki Citibank Balance Transfer Plan (BTI). Pelan ini tidak mengenakan caj upfront dan anda boleh buat pemindahan sehingga had kredit maksimum anda.

Untuk pelan bayaran ansuran mudah pula, Citibank membenarkan anda menggunakan kedua-dua pelan EPP mereka, iaitu pelan Citibank Easy Pay Plan dan juga Citibank Flexi Payment Plan. Pelan Easy Pay menawarkan bayaran ansuran tanpa faedah sehingga 48 bulan. Pelan Flexi Payment pula lebih fleksibel dengan membenarkan tempoh bayaran dari 6 hingga 36 bulan.

  • Citi Rewards Visa Signature

Kad kredit Citi Rewards Visa Signature adalah kad kredit ganjaran daripada Citibank Berhad. Seperti namanya, kad ini memberi kelebihan mata ganjaran kepada pemiliknya. Oleh, kad Rewards Visa Signature ini sangat sesuai untuk mereka yang gemar membeli-belah di dalam dan luar negara.

Anda akan diberikan 5 mata ganjaran (rewards points) dengan setiap perbelanjaan RM1 anda, di dalam negara mahupun di luar negara melalui program Citi Rewards yang disertakan bersama kad kredit ini.

Bagi yang gemar melancong pula, dapatkan perlindungan insurans kemalangan perjalanan sehingga RM50,000 apabila anda buat tempahan tiket penerbangan melalui kad kredit ini. Anda juga akan mendapat akses ke Plaza Premium Lounge di KLIA.

Selain insurans kemalangan, Citibank juga memberi perlindungan tambahan kepada pembelian barangan berharga anda, dengan perlindungan maksimum RM10,000 untuk setiap barangan, atau RM25,000 untuk setiap pembelian.

Kad Citi Rewards Visa Signature juga memberi faedah dalam kategori perubatan. Anda akan menerima diskaun sehingga 15% untuk semua kadar bilik hospital. Diskaun ini akan diberikan untuk semua “walk-in” dengan harga bilik RM120 ke atas. Diskaun sebanyak 20% juga diberikan untuk semua pakej “Screening Executive” yang ditawarkan.

Sebagai kad kredit “Visa Signature”, anda akan mendapat kelebihan khusus dari Visa yang memberikan anda akses kepada hotel-hotel mewah seluruh dunia, di samping khidmat concierge 24 jam sehari.

Kad kredit ini menawarkan pelan-pelan kad kredit yang lengkap. Anda boleh buat pindahan baki dengan pelan Citibank Balance Transfer via Instalment Plan. Pelan ini membenarkan bayaran semula sehingga 36 bulan.

Anda juga boleh menukar pembelian kad kredit anda kepada pelan Citibank Flexi Payment Plan. Anda hanya perlu buat pembelian RM500 ke atas untuk menggunakan pelan ini. Pelan ansuran tunai Citi Quick Cash pula membenarkan anda buat pinjaman tunai sehingga had kad kredit anda dan bayar semula secara ansuran selama 48 bulan.

SUMBER:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Citibank

https://pinjamanperibadibank.com/institusi-kewangan/citibank-berhad/

Summary
8 Perkhidmatan Citibank Yang Boleh Anda Mohon
Article Name
8 Perkhidmatan Citibank Yang Boleh Anda Mohon
Description
Citibank ialah bahagian pengguna untuk perkhidmatan kewangan multinasional Citigroup. Citibank ditubuhkan pada tahun 1812 sebagai City Bank of New York, dan kemudian menjadi First National City Bank of New York.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: