kawd ampang

Kawd Ampang merupakan sebuah restoran yang menyajikan pelbagai menu istimewa yang dengan keenakan yang lain dari yang lain.

Selalunya, Kawd Ampang terkenal dengan masakan baratnya. Tetapi sebenarnya restoran ini juga ada menyajikan makanan lain yang berkonsepkan Local Fusion, ,Asian Fusion, Texmex, serta Coffee & Dessert.

Uniknya, di sini ialah cara penyediaan makanannya yang menghasilkan rasa sedap dan padu pada setiap hidangan.

Restoran ini menggunakan teknik masakan Sous Vide dalam menghasilkan menu mereka. Jadi, apa itu teknik Sous Vide?

Dalam bahasa Perancis , teknik ini bermaksud “ di bawah vakum” yakni merujuk kepada proses makanan yang dikedap vakum dalam beg. Seterusnya, makanan ini akan dimasak pula pada suhu  tinggi yang tepat dalam rendaman air.

Kelebihan teknik adalah dapat menghasilkan makanan yang konsisten dari segi kualitinya serta setanding dengan hidangan di restoran mewah.

Wah teknik masakan pun dah begitu mantap. Tak hairanlah rasa hidangannya begitu enak sehingga menjadi bualan mulut orang ramai.

Jom kita tengok pula 8 menu sedap dan padu yang mesti dicuba di Kawd Ampang.

1. Burger Permaisuri

Burger-Permaisuri-Ayam

Istimewanya burger ini kerana ia menggunakan daging sebenar sebagai patty. Ha, jadi bukan rasa patty segera tau.

Patty burger ini diperbuat daripada paha ayam tanpa tulang yang digoreng. Ia menghasilkan tekstur rasa daging sebenarnya yang rangup dan sedap sekali.

Ditambah pula dengan rasa pedas – pedas serai dari flos ayam, mayonis, keju dan bacon daging lembu memang cukup mantaplah rasanya.

Tak hairanlah kenapa burger ini sangat popular dalam menu di sini.

2. Burger Rendang Ayam

Chicken-Rendang-Burger

Unik bukan nama menu ini, siap ada citarasa tempatan lagi.

Bagi anda yang inginkan kelainan dalam menu burger yang biasanya disajikan mengikut gaya barat, bolehlah mencuba menu ini.

Bagi mengekalkan rasa tempatan, burger ini disajikan dengan ayam paha tanpa tulang yang telah diperap dengan ramuan perap ala – ala sate. Burger ini juga turut datang dengan bacon daging lembu dan juga rendang yang harum aromanya.

Rugi tak cuba!

3. Burger Cajun Cheese

Cajun-Cheese-Beef-Burger

Menu burger juga antara popular tau! Siapa tak kenal sos cajun ni kan? Kalau anda penggemar cerita atau lagu Korea mesti anda tahu.

Indah seperti namanya, burger ini diapit dengan lambakan keju yang melimpah. Ha, ini kalau penggemar keju ni mesti sangat menyukai menu ini.

Tapi jangan risau, burger ini bukanlah rasa keju semata. Disebabkan patty burger ini tebal lagikan lembut dan berjus, anda masih dapat menikmati rasa asli burger ini.

4. Striploin Steak

No photo description available.

Hidangan stik yang tentunya enak belaka.

Anda boleh mencuba menu Striploin Steak dengan pilihan cara masak yang anda suka. Anda boleh pilih sama ada stik dimasak secara medium raw ataupun well done.

Lebih enak lagi, hidangan stik ini juga datang bersama -sama dengan kentang putar, sayur – sayuran dan sos lada hitam.

Dagingnya memang empuk dan anda tentu puas hati kerana saiz hidangannya juga agak besar.

5. Braised Beef Brisket

No photo description available.

Menu ini sangat istimewa dan premium. Dagingnya disajikan dengan sos buatan sendiri dan anda tidak akan temuinya di mana – mana. Hal ini disebabkan, sos ini merupakan resepi rahsia mereka, tidak dijual di mana – mana dan juga tidak boleh dibeli untuk dibawa pulang.

Ha, nampak begitu terjaga rapi sekali. Tentu sedap dan sangat premium.

Selain sos, daging ini juga dihidangkan bersama – sama sayur – sayuran dan kentang putar.

Kalau anda nak cuba, memang ada di Kawd Ampang sahaja.

Kepada peminat – peminat menu daging anda mesti cuba hidangan daging di sini. Anda bukan sahaja akan teruja dengan keempukan daging dan keenakan sos istimewa di sini, bahkan juga dengan kepelbagaian masakan daging yang begitu menyelerakan.

6. Peri – Peri Chicken

May be an image of food

Di Kawd Ampang hanya ada menu berasaskan daging sahajakah? Siapa kata? Menu berasaskan ayam pun ada. Enak belaka lagi.

Peri – Peri Chicken merupakan menu hasil daripada daging ayam yang dimasak sempurna. Kesedapannya berganda dengan salutan rempah dan herba rahsia mereka. Tambah pula dengan sosnya, memang terangkat.

Wah, nampaknya banyak betul ramuan rahsia yang menjadi senjata Kawd Ampang ini! Memang rugi kalau tak cuba kelainan yang mereka sajikan.

7. Creamy la Creamy

AMPANG | NAK MAKAN KAT MANA JE? "KAWD RESTAURANT"

Wah, apa yang creamy ni, ais – krim ke? Bukan tetapi hidangan pastanya yang sedap.

Pasta ini disajikan dengan sos berwarna putih dengan keju.  Rasanya sangat enak dan lebih padu lagi ia tidak muak.

Kuahnya bukan setakat sedap bahkan juga halus berkrim. Sekali suapan pun mesti jatuh cinta.

8. Baby Octopus

Baby-Octopus-Japanese-Sauce

Selain makanan barat, terdapat juga hidangan dengan citarasa Asian seperti menu Baby Octopus ini. Baby Octopus ini disediakan menggunakan sos istimewa buatan sendiri, iaitu sos goma Jepun. Rasanya tentunya enak dan sudah tentulah berbaloi untuk dicuba.

Kawd Ampang ini sering dikenali dengan menu burger bakar. Namun, anda jangan salah faham pula. Bukannya tukang masak itu membakar burger itu di atas api yang marak, tetapi hanya memanggangnya di atas gril pemanggang sahaja.

Lokasi ini sesuai untuk anda bersantai bersama – sama keluarga mahupun rakan – rakan. Anda juga akan dihiburkan dengan persembahan langsung dari kumpulan muzik di sini.

Tentu seronokkan, makanan pun semuanya enak belaka, didendangkan pula dengan alunan muzik.

Oleh, itu jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu – menu di sini.

Sumber:

http://www.vkeong.com/eat/burger-bakar-kaw-kaw-kawd-ampang-waterfront/

http://: https://www.nazlannasir.com/kawd-sajikan-daging-premium-sedap-pada-harga-mampu-bayar/#.YP0VJ44zZPY

https://yumnismiracle.blogspot.com/2019/10/assalamualaikum-and-haiii-semuaa-okayy.html

https://web.facebook.com/kawdofficial/photos/peminat-steak-pernah-try-tak-striploin-kami-lembut-berjus-dan-sangat-sedap-nak-t/1745708575526345/?_rdc=1&_rdr

https://web.facebook.com/kawdofficial/posts/signature-steak-kawdofficial-nak-cuba-rasa-kelembutan-daging-brisket-berjus-dan-/1861474307283104/?_rdc=1&_rdr

https://web.facebook.com/kawdofficial/posts/3569900236440494?_rdc=1&_rdr

http://wanderlustdj.blogspot.com/2018/08/kawd-ampang-waterfront.html

Tagged: