my french factory langkawi

Anda pernah ke My French Factory Langkawi? Jika tidak, teruskan membaca artikel ini kerana kami akan sajikan anda dengan menu-menu yang menarik dari My French Factory Langkawi!

Tidak dapat dinafikan lagi, Langkawi sememangnya merupakan destinasi percutian terbaik di Malaysia. Permata Mutiara di negeri Kedah ini kaya dengan khazanah alam yang indah serta memiliki banyak lokasi tarikan pelancong.

Disamping itu, banyak juga tempat makan di Langkawi yang menawarkan plebagai jenis hidangan untuk pelancong. Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda tempat makan ala western yang special sekali di Langkawi untuk anda tuju. Restoran ini adalah hasil dari rekomendasi warga internet juga.

Mari kita layan 8 menu yabg popular di restoran ini.

1. Waffle topping dengan whip cream dan strawberry jam

My French Factory Langkawi yang terletak di Pantai Cenang yang merupakan tempat makan yang menyajikan hidangan asli dari Italy style. Menu yang boleh anda cuba adalah seperti aneka pilihan crepe dan waffle.

Sedap dan asli sangat rasanya. Ada juga yang dimakan bersama cheese, telur, potato, bawang, dan ham. Malah ada juga yang menjadi pencuci mulut yang dimakan dengan whip cream, strawberry, coklat Nutella, dan banyak lagi.

2. Crepes dengan topping aiskrim dan sos coklat

Mereka mempunyai pelbagai pilihan makanan termasuk pilihan luas untuk crepe dan waffle. Tambahan lagi dengan hidangan pilihan ais-krim dari pelbagai perisa seperti strawberi, coklat, dan vanilla.

Restoran ini adalah tempat yang bersih, makanan yang lazat dan layanan profesional, pasti meninggalkan kenangan manis kepada anda.

3. Signature salty crepe dibalut dengan telur, cheese dan ayam bakar

Salah satu hidangan signature yang tidak akan mengecewakan anda adalah salty crepe dengan telur, cheese dan ayam bakar.

Gabungan telur dan cheese bersama ayam bakar ini menghasilkan rasa yang sungguh menyelerakan! Atau rasa yang bak kata orang Perancis “Superbe!” Hidangan lain yang terdapat di sini adalah waffle yang rangup dengan ais krim kelapa, crepe dengan nutella + ais krim vanilla dan banyak lagi.

Boleh kecur air liur mendengarnya.

4. Crepe dengan topping aiskrim, sos coklat, dan parutan kelapa

Crêpes dari Perancis ini yang mempunyai pelbagai gabungan menu menjadi idaman anda. Ia amat membuka selera dan sesuai untuk dijadikan makanan ringan semasa minum petang anda.

Crêpes yang dihidangkan suam dan segar dari dapur amat menarik tumpuan anda untuk terus mencubanya dari pelbagai gabungan menu yang tersedia.

5. Homemade salted butter caramel waffle

Menu yang tidak asing lagi untuk kegemaran kalangan seisi keluarga terutamanya golongan kanak-kanak. Waffle homemade yang di buat segar dari dapur dengan lapisan yang tebal, kemudian disalut dengan ice cream topping dan salted caramel membuat anda rasa kesegaran untuk menikmatinya.

Tambahan pula dengan hirisan buah seperti strawberi yang menjadi padanan yang sesuai dengan rasa masam untuk meneutralkan rasa manis coklat dan waffle.

6. Milkshake kelapa dan gula melaka

Di hari yang panas semasa bersantai di tepi pantai, amatlah sesuai untuk satu milkshake coconut dan gula melaka dari menu restoran ini untuk rasa yang menyegarkan.

Milkshake ini yang segar and juicy ini menjadi pilihan ramai pengunjung yang berkunjungi ke restoran ini. Ia juga menjadi padanan yang sesuai apabila dimakan bersama crêpes atau waffle panas dari menu restoran ini.

7. Crepes dengan topping buah pisang segar dan sos coklat

Citarasa menarik crêpes nipis topping dengan hirisan buah pisang segar dan coklat jam. Rasanya seperti gabungan indulgence coklat yang disaluti dengan kepingan pisang yang rasanya padan sekali.

Crêpes dari Perancis ini mempunyai pelbagai gabungan topping dengan pelbagai jenis rasa jam and hirisan buah menjadi pilihan ramai.

8. Crepe manis pistachio panggangdengan sos coklat putih dan kacang

Siap sedia menu ciptaan baru yang boleh didapati di menu restoran ini. Tidak asing lagi iaitu crêpe manis: pistachio panggang dan sos coklat putih dengan bunga oren di mana ia hanya dan eksklusif  di My French Factory Langkawi kerana ia hasil ciptaan dari chef di sini.

Mereka selalu memastikan untuk mencipta menu baru untuk mengembangkan menu mereka dan juga untuk menarik tumpuan para pengunjung setia mereka.

Alamat: Ground Floor, Langgura Baron Resort, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11am – 11pm), ditutup pada hari Jumaat

 Anda perlulah datang awal untuk mencuba makanan ala Perancis ini sebagai makanan ringan bersama keluarga anda semasa bercuti di Langkawi ini. Selamat mencuba.

Source :

https://www.tripadvisor.com/Restaurant_Review-g298283-d7660096-Reviews-MY_French_Factory-Langkawi_Langkawi_District_Kedah.html

https://www.maisinggah.com/tempat-makan-menarik-di-langkawi

https://saji.my/tempat-makan-best-menarik-di-langkawi/

Summary
8 Menu Menarik di My French Factory Langkawi
Article Name
8 Menu Menarik di My French Factory Langkawi
Description
Anda pernah ke My French Factory Langkawi? Jika tidak, teruskan membaca artikel ini kerana kami akan sajikan anda dengan menu-menu yang menarik dari My French Factory Langkawi!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: