jibril ss15

Jibril SS15 merupakan kafe rahsia yang terletak di Subang Jaya. Eh kenapa rahsia pula? Anda pasti tertanya – tanya kan? Jom saya bongkarkan.

Uniknya kafe ini kerana lokasinya sedikit tersembunyi. Ia terletak di dalam kedai Sangkaya iaitu sebuah kedai ais – krim. Nak mencari mana satu pintu masuknya itulah perkara yang menyeronokkan.

Klunya mudah sahaja anda perlu cari dinding batu bata . Sebaik sahaja anda kuak pintu yang berat itu dan masuk, anda pasti terpegun melihat ruangan lampu malap dengan hiasan perabot kayu  antik yang sangat indah. Rasa suasana – suasana klasik begitulah. Kafe ini juga merupakan kafe yang berstatus halal.

1. Nasi Ayam Butter Salted Egg

Kalau anda berkunjung ke Jibril SS15, tak sah kalau anda tak mencuba menu terkenalnya Nasi Ayam Butter Salted Egg.

Hidangan istimewa ini menyatukan rasa lazat paha ayam yang disalut telur masin dan mentega yang manis berkrim. Sedapnya!

Nak lebih terangkat lagi? Anda boleh cuba menu Salted Egg Butter Combo yang menyajikan tambahan udang harimau dan sotong. Semuanya ini disalut mewah dengan sos telur masin tau.

Nak kesedapan lagi berganda? Anda boleh cicah ayam, udang dan sotong dengan sos buttermilk yang pekat berkrim yang akan disediakan bersama – sama hidangan anda.

Kalau anda tak mahukan campuran pelbagai lauk, anda masih boleh memesan mana – mana lauk yang anda suka untuk disajikan bersama – sama nasi anda. Misalnya, anda hanya ingin ayam sahaja atau mungkin udang sahaja atau sotong sahaja. Tiada masalah, boleh sahaja.

Nampak berbaloi bukan? Saya dari sini pun dah boleh terbayang kemewahan lelehan sos telur masin yang penuh rasa menyaluti lauk – lauk yang cukup menyelerakan. Rugi kalau tak cuba!

2. Nasi Lemak Butter Combo

Jibril SS15 pun tidak terlepas untuk menyajikan menu ikonik kesayangan ramai rakyat Malaysia iaitu nasi lemak. Bezanya di sini, nasi lemaknya disediakan dengan sedikit kelainan yang tentunya enak setiap kali suapan.

Istimewanya, Nasi Lemak Butter Combo di Jibril SS15 menyatukan rasa gabungan trio iaitu ayam, udang harimau dan sotong yang disalut sos telur masin dan buttermilk.

Dihidang pula bersama -sama sambal untuk penangan rasa pedas, nasi yang ditanak bersama – sama santan dan diapit manis dengan telur rebus, kacang dan ikan bilis.

Penuh rasa, cukup padu dan lengkap. Sudah tentu sangat menyelerakan!

Sama seperti menu nasi ayam butter salted egg, anda juga boleh memesan set nasi lemak ini dengan pilihan lauk secara berasingan.

3. Nasi Goreng Nanas

Jalan-jalan Cari Makan | Restaurant

Mahukan rasa – rasa tropika dalam hidangan nasi anda? Anda boleh menikmati menu nasi goreng nanas Jibril.

Potongan nanas kecil yang ditabur ke dalam nasi goreng yang harum aromanya menyajikan rasa masam – masam yang anda inginkan.

Menariknya lagi, di Jibril SS15, nasi goreng ini akan disajikan dalam rumah Spongebobiaitu si buah nanas. Unik bukan?

4. Daging Rusuk New Zealand

Jibril @ SS15 - Forever In Hunger

Menu amat sesuai dijadikan parti yang besar. Kalau anda apa – apa keraian yang istimewa, bolehlah cuba memesan menu ini.

Dagingnya dimasak dengan baik dan sangat empuk.  Silap – silap anda baru sahaja habis mengunyah, anda dah terus potong lagi hidangan daging anda.

Jika anda mahukan rasa daging yang lebih enak lagi, anda boleh memesan daging varian Australia.

5. Sup Cendawan dan Roti Bawang Putih

Eat Drink KL: Jibril, Subang Jaya: 2020 Menu

Di Jibril SS15 ada menu berat sahaja ke?

Eh tunggu dulu. Nakkan hidangan lebih ringan? Ada siapa kata tiada.

Anda boleh cuba sup cendawan dan roti bawang putih.  Sup cendawannya dibuat daripada cendawan liar dan akan disajikan bersama – sama roti bawang putih yang dibakar. Panas – panas memang layanlah kalau menikmatinya, lagi – lagi waktu hujan kan?

Di sini juga ada pilihan pastri yang lain. Anda boleh cuba croissant telur masin yang dibakar segar. Sekali gigit memang mengasyikkanlah lelehan lava telur masin di dalamnya. Tentu sedap!

6. Pisang Goreng XL

Banana Fritters (Goreng Pisang)

Kalau anda nak snek dengan citarasa tempatan pula, Pisang Goreng XL ini adalah untuk anda!

Snek lokal ini menyajikan anda pisang masak ranum bersaiz besar yang digoreng rangup. Ia disalut dengan bancuhan tepung yang gebu dan setelah masak diapit pula dengan ais krim kelapa.

Gandingan panas dan sejuk yang sangat serasi!

7. Potter Butterbeer

Peminat – peminat Harry Potter jom cuba minuman ikonik Potter Butterbeer di Jibril SS15 ini.  Tak sah kalau tak sebut tentang Potter ini, kalau bercerita mengenai Jibril SS15.

Minuman ini merupakan root beer yang dihiasi buih tebal dan memiliki rasa butterscotch yang unik. Ia dihidangkan sejuk – sejuk bersama – sama ketulan ais.

Ia diinspirasikan daripada minuman butter beer tanpa alkohol dalam kisah Harry Potter dan merupakan menu kesukaan pelanggan tetap di sini.

Kalau berkunjung ke Jibril SS15 jangan lupa mencuba minuman ini. Bolehlah berangan – berangan sikit duduk di Hogwarts kan.

8. Mocktail

Jibril SS15 juga terkenal dengan minuman mocktail yang bebas alcohol yang pada masa sama memperlihatkan ciri keaslian dan imaginasi Jibril SS15.

Terdapat pelbagai variasi mocktail yang boleh pesan di sini. Silap – silap rambang mata dibuatnya.  Antaranya:

Coco: Minuman tropikal yang menyegarkan dan harum dengan aroma nektar kelapa. Sudah tentu, penggemar kelapa amat menyukainya.

Lisa: Minuman seakan susu kocak yang dibuat dengan campuran koko dan vanila serta rasa buah – buah dari strawberi. Mockarita: Minuman dengan rasa masam – masam dari buah oren dan limau nipis, dan ditambah sedikit garam untuk penangan rasa yang cukup menyegarkan.

Sedap belaka semua menu di Jibril SS15 ni kan? Kalau anda berada di kawasan Subang Jaya atau berjalan – jalan ke sana, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke kafe ini. Boleh rasa menu – menu ikoniknya yang menjadi sebutan ramai itu. 

Kepada geng – geng foodie, restoran ini sudah tentu perlu menjadi lokasi buruan anda yang seterusnya. Oleh itu, selamat mencuba semua!

Sumber:

http://: https://eatdrinkkl.blogspot.com/2020/01/jibril-subang-jaya-2020-menu.html

https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2019/08/14/jibril-cafe-butterbeer-and-butter-chicken-behind-bricks/

https://www.havehalalwilltravel.com/jibril-ss15-halal

https://www.jalanjalancarimakan.com.my/restaurant/jibril-5195

https://www.foreverinhunger.com/jibril-ss15/

https://asianinspirations.com.au/recipes/banana-fritters-goreng-pisang/

https://discoverkl.com/2016/08/22/mocktails-kl/

Summary
8 Menu di Jibril SS15 yang Sedap dan Rugi Kalau Tidak Dicuba!
Article Name
8 Menu di Jibril SS15 yang Sedap dan Rugi Kalau Tidak Dicuba!
Description
Jibril SS15 merupakan kafe rahsia yang terletak di Subang Jaya. Eh kenapa rahsia pula? Anda pasti tertanya – tanya kan? Jom saya bongkarkan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: