makanan sedap

Malaysia adalah syurga makanan. Seperti yang diketahui ramai, banyak makanan sedap yang terdapat di negara Malaysia ini.

Malaysia telah mewarisi pelbagai jenis masakan hasil dari kepelbagaian bangsa dan budaya yang ada di negara ini. Jadi tidak hairanlah jika rakyat Malaysia sangat meminati makanan.

Ada juga makanan yang asalnya dari negara lain, tetapi menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Nak tahu makanan sedap apa yang paling popular di Malaysia?

Baiklah, di sini kami kongsikan 8 makanan sedap dan paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Selamat membaca ya!

1. Mee goreng mamak

Sebut sahaja mee goreng mamak, semua rakyat Malaysia pasti mengenalinya. Ianya adalah hidangan India Muslim yang selalunya dijadikan hidangan bungkus.

Mee goreng mamak selalunya terdiri daripada mee kuning, daging lembu atau ayam, udang, kicap, sayuran, telur dan sedikit cili.

Nampak macam mudah nak masak kan? Anda boleh cuba masakan ini di rumah tetapi kelazatannya pasti tidak akan sama dengan yang anda beli di gerai-gerai makanan penjaja Malaysia.

2. Apam balik

Anda bukanlah peminat makanan Malaysia yang tegar jika anda belum pernah merasai hidangan yang manis apam balik.

Apam balik adalah makanan ringan gaya lempeng yang dibungkus dengan telur dan ditambah dengan sejumlah gula, kacang tanah dan jagung.

Hidangan ini mudah dibuat sendiri di rumah. Anda dan keluarga pasti sukakannya.

3. Nasi kerabu

Yang paling unik mengenai nasi kerabu adalah nasinya yang berwarna biru. Ramai yang ingin tahu apa yang menyebabkannya berwarna biru.

Nasi kerabu mendapat warna menarik dari bunga telang, yang dihancurkan dan dicampur menjadi tepung. Hidangan dari Kelantan ini selalunya mengandungi tauge dan kelapa goreng, budu pedas dan sos ikan yang ditapai.

4. Ayam percik

Ayam percik adalah ayam yang dipanggang dengan cili pedas, sos halia, bawang putih dan santan. Dengan sos percik yang menambahkan lagi perisa ayam, ayam ini menjadi kegemaran ramai orang.

Hidangan ini sesuai dimakan pada bila-bila masa seperti pada acara kekeluargaan dan percutian di tepi pantai.

5. Nasi lemak

Nasi lemak dianggap sebagai nasi kebangsaan tidak rasmi Malaysia. Rasanya yang lazat menyebabkan ramai yang menggemari nasi lemak.

Nasi lemak adalah nasi yang dimasak dengan santan dan dilengkapi pelbagai iringan seperti telur rebus, kacang tanah, sayur-sayuran, daging kambing ataupun ayam, kari daging lembu dan makanan laut. Semua hidangan iringan ini adalah bergantung kepada si pemakannya, ada yang suka telur rebus, ada yang suka ayam dan banyak lagi cita rasa yang berbeza.

Tapi satu lagi yang paling penting dalam hidangan nasi lemak adalah sambal yang berasaskan cili. Selain itu, hidangan ini sesuai dimakan pada setiap masa.

6. Roti john

Roti John adalah seperti sandwich dengan isi daging cincang panggang, telur dan rempah. Pilihan sos yang ada termasuklah mayonis, sos tomat, sos cili ataupun sos barbeku, bergantung pada pilihan anda.

Hidangan Roti John ini banyak dijual di gerai-gerai mahupun pasar malam.

7. Rendang

Rendang adalah hidangan yang berasal dari Sumatera Barat dan disiapkan oleh orang Minangkabau. Makanan tradisional ini terdiri daripada bahan utama daging lembu dan santan.

Di waktu dahulu, hidangan ini boleh bertahan lama hasil daripada pengunaan rempah-rempah. Hari ini, rendang selalunya disajikan pada hari-hari istimewa seperti hari Raya Aidilfitri dan majlis perkahwinan.

8. Pelbagai jenis kuih-muih

Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan budaya, jadi tidak hairanlah jika Malaysia mempunyai pelbagai variasi kuih-muih.

Kuih-muih yang berwarna-warni pasti menarik minat anda. Contoh kuih-muih adalah karipap, nona manis, kuih lapis, kuih koci, kuih bom dan pulut inti.

Kuih-muih adalah antara hidangan yang paling cepat terjual di gerai-gerai. Ianya sesuai dijadikan pemanis mulut pada bila-bila masa. 

Akhir sekali,

Tanya sahaja pada rakyat Malaysia yang berada di luar negara, pasti mereka merindukan kepelbagaian makanan yang ada di Malaysia. Sesiapa sahaja yang bercuti di Malaysia mesti meneroka makanan yang ada di sini kerana anda pasti akan menggemarinya!

Sumber:

https://theculturetrip.com/asia/malaysia/articles/21-best-dishes-malaysia/

https://edition.cnn.com/travel/article/malaysian-food/index.html

http://www.kuala-lumpur.ws/magazine/great-dishes.htm

https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2352618117301270

Summary
8 Makanan Sedap Yang Popular di Malaysia
Article Name
8 Makanan Sedap Yang Popular di Malaysia
Description
Malaysia adalah syurga makanan. Seperti yang diketahui ramai, banyak makanan sedap yang terdapat di negara Malaysia ini.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: