murah

Siapa kata kena papa baru boleh bergaya. Janganlah sampai poket kering semata – mata nak berfesyen. Ada pilihan yang murah di luar sana.

Tambah – tambah kalau anda berada di Kuala Lumpur. Wah, keliling pakaian dan aksesori yang semuanya cantik belaka. Tak kira anda wanita, lelaki atau nak belikan untuk anak – anak pun, aneka pilihan ada.

Lebih menyeronokkan ada sesetengah tempat, boleh tawar – menawar lagi. Nak tahu mana nak cari lokasi yang murah – murah ni?

Jom saya kongsikan 8 lubuk fesyen murah sekitar Kuala Lumpur.

1. Jalan Tunku Abdul Rahman

Jalan Tunku Abdul Rahman And Jalan Masjid India Will No Longer Have Festive Bazaars

Siapa tak kenal syurga beli – belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau biasa dikenali sebagai Jalan TAR.

Masuk sahaja jalan ini, bersusun pakaian murah yang cantik – cantik. Tinggal pilih sahaja mana yang berkenan. Kalau musim perayaan lagi meriah jalan ini dengan ramai orang dan promosi yang tidak putus – putus.

Musim raya, membeli – belah di Jalan TAR ini umpama budaya masayarakat Malaysia sejak berdekad yang lalu. Tambah – tambah lagi buat yang tinggal di Kuala Lumpur.

Mesti teringat kenangan masa kecil ibu atau nenek asyik memilih baju raya kita di sini.

Di Jalan TAR anda boleh teroka setiap kedai dan lorong kecil sepanjang jalan. Anda mesti bertemu dengan pelbagai pilihan tekstil, pakaian Muslimah dan aksesori yang tentu murah belaka.

Karpet dan barangan perak pun ada tau! Silap – silap penuh tangan dengan plastik barangan beli belah.

2. SOGO

Sogo KL Turns 24: Stand A Chance To Win A RM1000 Shopping Voucher!

SOGO juga merupakan kompleks beli belah yang sangat ikonik ketika musim perayaan. Lokasi ini amat terkenal dengan jualan murah pakaian. Macam – macam promosi ada.

Kompleks beli belah ini menjual pelbagai jenama beg dan kasut dengan harga berpatutan. Pakaian wanita, lelaki dan kanak – kanak pun banyak. Anda boleh cari banyak pilihan yang ada diskaun.

Bukan itu sahaja, peralatan dapur, kosmetik dan perhiasan rumah pun ada tau!

3. Kasturi Walk

Kasturi Walk ini merupakan kawasan mesra pelancong yang terletak bersebelahan sahaja dengan Pasar Seni. Anda masuk sahaja laluan mesti akan terjumpa wau kebanggan Malaysia yang menyerupai bentuk rama – rama.

Jangan pandang sebelah mata! Kawasan ini pun banyak menawarkan barangan fesyen murah. Anda boleh pilih mengikut kesesuian bajet anda.

Peniaga – peniaga di sini banyak menjual pakaian, kasut dan jam tangan pada harga berpatutan. Selain itu, ada juga yang meniaga snek Asia, buah – buahan, cenderamata dan kraft tangan tempatan.

4. Petaling Street

Siapa tak kenal Petaling Street kan. Tempat ini merupakan kawasan tumpuan beli belah terutamanya bagi pelancong.

Di sini terdapat pelbagai pakaian, kasut dan jam tangan yang dijual dengan harga berpatutan. Terdapat juga, barangan elektronik dan cenderamata dijual di sini.  

Lebih menyeronokkan, lagi, anda juga boleh tawar – menawar dengan peniaga. Kalau anda orang yang manis mulutnya, bolehlah dapat harga  barangan yang lagi murah.

5. Plaza Sungei Wang

Sungei Wang Plaza – VisionKL

Buat kaki beli – belah barangan fesyen., Plaza Sungei Wang ini merupakan tempat yang terbaik untuk mendapatkan harga yang murah.

Peminat fesyen anda boleh ke tingkat tengah – tengah plaza ini. Pelbagai barangan murah seperti aksesori, dan pakaian. Di sini juga, anda boleh gunakan bakat tawar – menawar anda untuk mendapatkan harga  sesuatu barangan menjadi lebih murah. Jadi jangan terburu – buru dalam membeli.

6. Kenanga Wholesale City

Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur | Backpacking Malaysia

Kenanga Wholesale City merupakan syurga untuk membeli pakaian borong Jika anda beli secara borong, lagi murah harga yang and akan dapat kerana terdapat potongan tambahan bagi belian pukal.

Pusat beli – belah ini sebesar 8 tingkat dan mempunyai 800 kedai barangan fesyen yang dilengkapi kemudahan moden dan laluan pejalan kaki yang luas. Memang puas hatilah kalau nak beli – belah di sini. Terutama buat geng peniaga dalam industri fesyen kan.

Namun, jika anda berhasrat hendak membeli secara pakaian dalam kuantiti kecil sahaja, anda boleh berkunjung ke pusat beli – belah ini pada hujung minggu.

Ini disebabkan, hanya pada hujung minggu sahaja mereka menerima pelanggan yang hendak membuat belian secara runcit.

7. Berjaya Times Square

Berjaya Times Square - Kuala Lumpur

Sebut sahaja beli – belah pakaian murah, tak sah kalau tak sebut pusat beli- belah gergasi ini.

Berjaya Times Square atau lebih dikenali dengan singkatan TS ialah salah satu pusat beli – belah yang popular di Kuala Lumpur. Ia dikunjungi sekitar 2.5 pengunjung setiap bulan. Ramainya!

Dengan lebih 1000 buah kedai, lokasi ini sangat terkenal dengan aksesori dan pakaian yang dijual dengan harga berpatutan.

Anda akan jumpa macam – macam di sini. Bermula daripada jenama antarabangsa seperti Padini, Vincci dan Soda hinggalah ke jenama tempatan. Tak hairanlah kenapa lokasi ini boleh menjadi tumpuan pengunjung. Macam – macam ada.

8. Reject Shop

Kalau anda nak cari pakaian murah tetapi berjenama, inilah tempatnya.

Reject Shop merupakan kedai pakaian terkenal yang menjual pakaian – pakaian yang sudah habis musimnya atau tidak akan dikeluarkan lagi pada masa hadapan. Pakaian – pakaian ini datangnya dari kedai fesyen terkenal di Amerika, Eropah dan Australia.

Modalnya cuma bersabar sahaja. Ambil masa dan cari betul – betul tentu anda akan jumpa baju yang bagus dengan harga yang murah.

Selepas ini para peminat fesyen tak perlulah pening – pening lagi untuk mencari pakaian atau aksesori yang cantik dan murah. Namun, ketika berbelanja beringat juga, jangan sampai membeli yang tidak perlu.

Nanti penuh almari dan tak terpakai, kan sayang tu.

Sedikit pesan dari saya, kalau anda ada banyak pakaian yang lama yang masih elok tapi tidak mahu dipakai lagi bolehlah didermakan kepada orang yang memerlukan. Sambil beli -belah pakaian baharu, sambil membantu kan.

Berganda manfaatnya!

Sumber:

https://www.havehalalwilltravel.com/14-places-in-klang-valley-for-your-raya-shopping-essentials

https://www.meetthecities.com/guide/kuala-lumpur/kuala-lumpur-shopping-markets-streets/

https://www.holidify.com/pages/shopping-in-kuala-lumpur-4336.html

https://rojakdaily.com/news/article/5268/jalan-tunku-abdul-rahman-and-jalan-masjid-india-will-no-longer-have-festive-bazaars

https://my.asiatatler.com/style/win-sogo-kl-shopping-vouchers-malaysia-day-giveaway

https://www.thrillophilia.com/attractions/central-market

https://www.cititelmidvalley.com/attractions/petaling-street

http://www.visionkl.com/sungei-wang-plaza/

https://www.theborneopost.com/2012/08/06/reject-shop-to-open-in-kuching-by-year-end/b1633/

http://wikimapia.org/29365/Berjaya-Times-Square

https://www.backpackingmalaysia.com/attraction/kenanga-wholesale-city/kuala-lumpur

http://ohpida.blogspot.com/2013/07/

Summary
8 Lubuk Fesyen Murah Sekitar Kuala Lumpur
Article Name
8 Lubuk Fesyen Murah Sekitar Kuala Lumpur
Description
Siapa kata kena papa baru boleh bergaya. Janganlah sampai poket kering semata – mata nak berfesyen. Ada pilihan yang murah di luar sana.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: