Now Reading
8 Kuih Muih Tradisional Tersedap di Malaysia

8 Kuih Muih Tradisional Tersedap di Malaysia

kuih muih tradisional

Malaysia kaya dengan kepelbagaian adat dan budaya. Jadi tidak hairanlah jika kita memiliki pelbagai jenis kuih muih tradisional yang sedap. Kepelbagaiannya membolehkan kuih-muih kekal wujud pada hari ini meskipun kita telah melalui perubahan zaman.

Daripada ratusan jenis kuih tradisonal yang ada di Malaysia, di sini kami kongsikan 8 daripadanya untuk anda baca.

1. Putri Salat

kuih muih tradisional

Anda mesti pernah melihat kuih ini di pasar-pasar kan? Rasanya yang sedap menjadikannya kegemaran ramai.

Kuih Putri Salat ini antara kuih muih tradisional yang juga selalu disebut sebagai salut putri atau kuih seri muka. Kuih ini terdiri daripada dua lapisan yang dikukus iaitu lapisan beras pulut dan lapisan kastard pantan.

Asas pembuatan kuih ini ialah bahan-bahan seperti telur, gula, santan, beras pulut dan jus daun pandan. Selain itu, ada juga yang menggemari kuih seri muka sagu dimana sagu menggantikan lapisan beras pulut.

2. Kole Kole

kuih muih tradisional

Kuih yang disebut sebagai ‘ko-lay ko-lay’ ini memperoleh warnanya hasil daripada acuan bahan gula perang, tepung kacang hijau, esen vanila dan santan yang dimasak di atas dapur. Acuan ini kemudiannya dipindahkan ke suatu bekas untuk direhatkan.

Satu lagi elemen penting kuih ini ialah kelapa karamelnya. Ia dihasilkan dengan mengacau santan kelapa selama dua jam dan berterusan hinggalah ia menjadi pepejal dan minyak. Kelapa karamel ini kemudiannya ditabur di atas acuan kole-kole tadi.

3. Kaswi

Bahan utama kuih kaswi adalah tepung ubi kayu dan kuih gelatin ini dikukus hingga masak, diperisakan dengan secubit garam dan digolekkan dengan kelapa parut. Ia berwarna coklat keperangan hasil dari bahan gula perang.

4. Wajik

Kalau anda sukakan kuih beras pulut, anda wajib cuba kuih ini! Ia dihasilkan daripada bahan utama beras pulut yang dimaniskan dan diwarnakan dengan gula perang. Beras pulut ini kemudiannya dimampatkan dalam satu bekas sebelum dikukus.

Kuih ini sangat penting untuk acara Slamatan di Jawa Indonesia, iaitu acara untuk menandakan majlis-majlis khas seperti kelahiran dan perkahwinan.

5. Nagasari

Kuih Nagasari juga adalah kuih yang dikukus. Lapisan putih kuih ini terhasil daripada campuran santan dengan tepung beras, tepung jagung dan santan yang dimasak di atas dapur sehingga campuran ini menjadi pekat.

Setelah masak, kita akan melihat lapisan putih tersebut. Lapisan ini kemudiannya digunakan untuk membungkus sepotong pisang di tengah. Akhir sekali, kuih ini dibungkus dengan daun pisang dan dikukus.

6. Badak Berendam

Kuih badak berendam hampir sama dengan kuih ondeh-ondeh dan ia dihidang bersama kuah. Bebola kuih ini terbuat daripada pulut yang ada isi gula perang di tengahnya. Kuahnya pula dihasilkan daripada gabungan bahan air, garam, dan santan yang dipekatkan dengan tepung jagung.

7. Tepung Gomak

Tepung gomak terbuat daripada dua bahan utama iaitu tepung kacang hijau dan tepung beras. Intinya pula mengikut cita rasa anda sama ada anda mahukan inti kepala atau inti kacang hijau dan gula melaka.

Tepung beras digunakan untuk membuat doh yang akan direbus dalam air mendidih manakala tepung kacang hijau akan dipanggang dan membentuk lapisan serbuk kuih ini.

8. Cincin

Kuih yang sering kali dikaitkan dengan masyarakat Melayu Brunei di Sabah ini dihasilkan daripada gabungan bahan-bahan tepung beras, red palm sugar dan gula melaka.

See Also
teh

Kuih cincin akan dibentuk menjadi bentuk bunga sebelum dicelup dalam aduan tepung beras dan digoreng. Kuih ini selalunya akan digoreng dua kali untuk mendapatkan tekstur yang rangup.

Kuih cincin ini dijadikan sebagai pencuci mulut dan dijual sebagai makanan ringan.

Akhir sekali,

Kuih muih tradisional sentiasa menjadi sebahagian identiti dan keunikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, adat dan budaya. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dapat merasai pelbagai jenis kuih tradisional yang lazat.

Sumber:

https://guide.michelin.com/en/article/features/traditional-malay-and-indonesian-kueh

https://www.tasteatlas.com/most-popular-desserts-in-malaysia

https://www.researchgate.net/publication/342181955_The_diversity_of_traditional_Malay_kuih_in_Malaysia_and_its_potentials

error: Content is protected !!