8 Knee Guard Terbaik Bagi Melindungi Anda Daripada Kecederaan
Knee guard berfungsi dengan melindungi lutut anda ketika anda bersukan atau melakukan aktiviti tertentu yang memerlukan penggunaan bahagian kaki yang kerap.

Knee guard berfungsi dengan melindungi lutut anda ketika anda bersukan atau melakukan aktiviti tertentu yang memerlukan penggunaan bahagian kaki yang kerap. Terdapat beberapa produk knee guard di pasaran yang anda boleh dapatkan untuk melindungi bahagian lutut seperti yang selalu dititik beratkan oleh atlet sukan.

Sekarang, jom lihat beberapa jenis knee guard berserta fungsinya di bawah.

1. Aolikes Knee Support Brace

Kredit: https://www.aliexpress.com/i/32823430683.html

Jika anda mencari knee guard yang mudah dilaraskan mengikut keselesaan serta ‘free size’, ini mungkin adalah produk yang sesuai untuk anda. malah, ia juga sangat sesuai digunakan bagi pelari serta mereka yang suka mendaki. Ia memberikan pemampatan yang lebih baik pada lutut yang lemah serta mengelakkan berlakunya kecederaan di kawasan situ. Jadi, lutut anda boleh kekal stabil walaupun melakukan aktiviti yang lama.

Anggaran harga: RM39.90+

2. PRADO Breathable Knee Guard

Kredit: https://www.prado.com.my/prado-breathable-knee-guard-protector-sport-support-brace-pad-single-m-so-knee-001-m

Ini adalah produk yang sesuai bagi mereka dengan keadaan ACL, kekoyakan meniscus dan kesakitan lutut. Ia mempunyai kesan pemanas bagi membolehkan penyembuhan otot di samping mengurangkan kesakitan dan keradangan pada bahagian terjejas. Di samping itu, produk ini juga akan memberikan tekanan yang sama rata sebagai perlindungan ketika melakukan apa-apa aktiviti atau sukan.

Anggaran harga: RM15.00+

3. Ebene Bio-Ray Metal Support Knee Guard

Kredit: https://shopee.com.my/EBENE-Bio-Ray-Metal-Support-Knee-Guard-i.27571749.726420281

Jenama Ebene Bio-Ray telah mengeluarkan knee guard ini yang mempunyai ciri sokongan logam bagi mereka yang aktif bersukan serta golongan berumur. Ia sangatlah sesuai untuk menstabilkan sendi lutut serta melegakan masalah lutut dengan ciri logam yang memberikan sokongan lebih baik ketika anda melakukan senaman atau aktiviti harian. Malah, ia juga sesuai dipakai bagi jangka masa panjang bagi mengelakkan masalah lutut lain.

Anggaran harga: RM71.00+

4. Aolikes Elastic Compression Knee Brace

Kredit: https://www.amazon.com/aolikes-knee-brace-support-piece/dp/b011xiwgay

Sekiranya anda mencari knee guard untuk sukan seperti bola keranjang, badminton dan bola tampar, cuba produk Aolikes ini kerana ia dikatakan merupakan antara pelindung lutut terbaik bagi sukan-sukan sebegini. Ia juga mempunyai fabrik yang mudah diregang bagi membolehkan pergerakan lutut yang lebih kemas dan selamat. Di samping itu, kainnya juga cepat kering dan sangat selesa untuk dipakai.

Anggaran harga: RM39.90+

5. PAlight Adjustable Knee Pad Protector

Kredit: https://www.lazada.com.my/products/palight-outdoor-sports-knee-compression-brace-for-men-women-non-slip-sleeve-with-straps-breathable-knit-kneepad-i1217606032.html

Bukan sahaja ia sesuai dipakai ketika melakukan apa-apa aktiviti, malah ia juga diakatan antara terbaik bagi mereka yang suka berbasikal. Dengan gelung dan pengikat yang kuat, ini membantu anda mengekalkan produk ini di kedudukan lutut dengan baik serta boleh digunakan bagi individu dengan pelbagai saiz. Direka dengan pelapik dalaman yang bagus, ia juga boleh menyokong pemampatan pada bahagian lutut anda.

Anggaran harga: RM15.90+

6. Komine SK-652 Knee Guard & Slider

Kredit: https://shopee.com.my/KOMINE-SK-652-Slider-Foot-Protection-Knee-Pads-Motorcycle-Riding-Gear-Anti-fall-Slip-Block-Protector-i.17275454.6117191153

Jika tadi anda sudah melihat knee guard bagi mereka yang suka berbasikal, ini pula adalah sesuai bagi mereka yang suka menaiki motor dengan lebih mencabar. Ini adalah knee guard yang sangat sesuai terutama ketika mereka membelok di jalan yang tidak rata atau berbatu.

Anggaran harga: RM95.00+

7. Aolikes Knee Compression

Kredit: https://www.aliexpress.com/i/32830969533.html

Bagi mereka yang suka bersenam di gim, dapatkan produk ini untuk melindungi bahagian lutut anda. Produk ini lebih sesuai untuk dipakai ketika berada di gim kerana ciri kain fabrik nylon yang mudah diregang. Jadi, ini memudahkan pergerakan seperti squat atau aktiviti lain yang memerlukan regangan daripada bahagian lutut.

Anggaran harga: RM30.00+

8. TARMAK Soft 300 Men’s/ Women’s Right/ Left Compression Knee Support

Kredit: https://www.decathlon.my/p/8334529_soft-300-men-s-women-s-right-left-compression-knee-support-black.html

Produk ini direka untuk memberi perlindungan pada lutut dengan pemampatan sendi yang sekata. Ia juga mempunyai jahitan yang kemas dan menyelesakan agar anda tidak perlu berasa gelisah memakainya buat waktu yang lama. Dengan saiz yang boleh dilaraskan, ia sesuai digunakan bagi kedua-dua jantina serta pada mana-mana belah kaki pun.

Anggaran harga: RM25.00+

SUMBER

https://productnation.co/my/21694/best-knee-guard-malaysia

https://www.decathlon.my/16054-knee-supports

Summary
8 Knee Guard Terbaik Bagi Melindungi Anda Daripada Kecederaan
Article Name
8 Knee Guard Terbaik Bagi Melindungi Anda Daripada Kecederaan
Description
Knee guard berfungsi dengan melindungi lutut anda ketika anda bersukan atau melakukan aktiviti tertentu yang memerlukan penggunaan bahagian kaki yang kerap.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: