8 Klinik Pakar Psikiatrik (Psychiatrist) Terpilih di Lembah Klang
Dengan stigma daripada masyarakat tentang masalah mental, pastinya individu sukar mendapatkan bantuan yang diperlukan dan membuatnya memendam masalah itu sendirian.

Mempunyai masalah berkaitan mental pastinya bukan sesuatu yang mudah untuk diuruskan. Malah, dengan stigma daripada masyarakat tentang masalah mental, pastinya individu sukar mendapatkan bantuan yang diperlukan dan membuatnya memendam masalah itu sendirian. Jika dibiarkan, entah apa yang boleh dilakukan oleh dirinya.

Justeru itu, di sinilah pakar psikiatrik memainkan peranan mereka. Mereka adalah golongan pakar yang merawat golongan individu dengan masalah begini bagi membolehkan mereka hidup dengan lebih baik. Dan, ketahui juga bahawa mempunyai masalah mental bukanlah bererti anda seorang yang gila seperti yang kita sedia maklum dalam masyarakat.

Mendapatkan bantuan awal adalah kunci kejayaan dalam rawatan psikiatri agar masalah tersebut tidak bertambah buruk dan menjadi lebih sukar untuk ditangani.

Sekarang, mari lihat 8 klinik pakar psikiatrik di sekitar kawasan Lembah Klang.

1. Klinik Pakar Tan & Ng

Ini adalah sebuah klinik pakar psikiatrik yang terletak di lokasi strategik iaitu di Petaling Jaya. Dengan perkhidmatan psikiatri yang selera, mesra pelanggan dan mudah diakses oleh individu yang mencari rawatan psikiatri menyeluruh, ini pastinya adalah pilihan yang baik buat anda. Anda boleh mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri mereka seperti:

  • Dr Ng Chong Guan
  • Dr Tan Chea Loon

Klinik ini juga beroperasi selama 5 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat dan Sabtu di mana waktu operasinya adalah dari jam 10 pagi hingga 8 malam kecuali hari Sabtu iaitu dari jam 11 pagi hingga 7 petang. Dengan lokasinya yang berdekatan dengan restoran, pasar raya dan banyak lagi, ia pastinya tidak mengapa sekiranya anda terpaksa tunggu lama sebelum giliran anda memandangkan klinik ini sememangnya sentiasa dipenuhi orang ramai.

2. Dr Seed Specialist Clinic

Terletak di ibu kota, Kuala Lumpur, klinik ini mempunyai tempat letak kenderaan di tepi jalan iaitu di sekitar kawasan Jalan Metro Perdana Timur 2. Banyak servis yang ditawarkan seperti rawatan kemurungan dalam pelbagai aspek yang melibatkan kanak-kanak, dewasa, pasangan mahupun keluarga. Malah, klinik ini juga merupakan rakan penjagaan kesihatan di Rangkaian Sokongan Perubatan Komuniti Erufu Care. Anda boleh dapatkan khidmat rawatan yang terbaik daripada kumpulan pakar mereka seperti:

  • Dr Seed Hon Fei
  • Dr Thong Kai Shin
  • Dr Sim Su Tein
  • Cheng Yen Yee
  • Gary Yap Hou Huai
  • Lee Voon Yee

Klinik ini beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang kecuali pada hari Ahad (tutup). Dengan lokasinya yang strategik, anda boleh menggunakan pengangkutan awam yang pelbagai seperti bas, KTM, MRT berdekatan untuk ke klinik tersebut.

3. Klinik Pakar Dr. Yeoh & Dr. Hazli

Dengan rawatan perubatan, penilaian psikologi dan psikoterapi kaunseling, ini memudahkan individu dengan masalah mental untuk mendapatkan rawatan yang betul berdasarkan keadaan mereka. Klinik pakar ini terletak di Cheras, Kuala Lumpur dan menyediakan servis perubatan bagi pelbagai isu yang dihadapi oleh kanak-kanak, remaja, golongan dewasa mahupun golongan berumur. Khidmat rawatan akan dikendalikan oleh pakar psikiatrik mereka seperti:

  • Dr Yeoh Seen Heng
  • Dr Seed Hon Fei
  • Dr Anita Codati
  • Dr Zul Azlin Razali
  • Dr Kenny Ong Kheng Yee
  • Dr Muhammad Najib bin Abdullah
  • Dr Hazli bin Zakaria

Anda diperlukan untuk membuat temu janji dahulu sebelum pergi ke sana. Dengan persekitaran klinik yang mendamaikan, anda pasti berasa selesa dan tenang sepanjang membuat rawatan di sana.

4. Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai

Ini merupakan pusat pakar psikologi pertama di Shah Alam di mana mereka akan membantu anda untuk berhadapan dengan cabaran psikologi kanak-kanak dan kesihatan mental dewasa melalui pendekatan berasaskan kajian saintifik. Malah, banyak lagi pelan rawatan yang disediakan khas mengikut umur dan keadaan anda. Anda boleh dapatkan rawatan intensif daripada kumpulan pakar mereka seperti:

  • Dr Azlina Wati Nikmat
  • Faeza Hasnan
  • Najwa Rashid
  • Nurul Liyana
  • Tuneesha Reegu
  • Faizah
  • Aina
  • Nurul Ain
  • Farah Farhana
  • Nuraslina Wirda
  • Faranadia
  • Wara Mukhtar

Anda boleh mendapatkan khidmat rawatan mereka dengan membuat temu janji lebih awal. Program-program yang disediakan pastinya sesuai bagi seisi keluarga yang sedang bergelut mencari penyelesaian bagi masalah tertentu.

5. Adult and Child & Adolescent Psychiatrist, Dr Hamidin Specialist Clinic

Selain servis kaunseling, terapi, pemeriksaan dan yang berkaitan, klinik pakar psikiatrik ini juga ada menyediakan program ceramah dan ‘workshops’ bagi membantu golongan yang mempunyai masalah tertentu. Setiap individu yang hadir akan diberikan penilaian awal sebelum pelan rawatan yang sesuai ditentukan buat mereka. Khidmat pakar mereka pasti membantu anda menyelesaikan masalah yang dialami. Antaranya ialah:

  • Dr Nor Hamidah Mohd Salleh
  • Dr Mohamad Fadzil Man
  • Maureen Lim
  • Sarah Zehan
  • Faeza Hasnan
  • Nur Haidzat
  • Mr Chris Sekar

Lokasinya terletak di Kuala Lumpur, jadi bagi mereka yang berada berdekatan kawasan itu, anda bolehlah pergi dan dapatkan rawatan yang sepatutnya. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, hubungi klinik tersebut dahulu sebelum ke sana.

6. The Mind Faculty

Ini adalah klinik kesihatan mental premium di Kuala Lumpur yang sememangnya terkenal. Ia adalah klinik persendirian yang terletak di Solaris Mont Kiara. Dengan hampir 20 pakar psikiatri yang ada, anda boleh dapatkan rawatan kaunseling, psikologi, psikiatri daripada kumpulan terbaik seperti:

  • Professor Hamidin Awang
  • Mr Azman Shah Dato Aziz
  • Dr Noor Aishah
  • Ms Reena Clare
  • Ms KC Chiang
  • Professor Philip George
  • Ms Joyce Hue
  • Dr Stephen Jambunathan
  • Ms Sharan Kaur
  • Mr Ko Teik Yen
  • Professor Andrew Law
  • Ms Elsie Liaw
  • Dr Joseph Panikulam
  • Dr Lim Chee Min
  • Susan Piti
  • Dato Tan Yoke Hwa
  • Mr Shankar Thiruchelvam
  • Dr Pang Jee Chin
  • Mrs Woo Sau Mun
  • Dr Sharon Kaur
  • Sitra Panirsheeluam

Klinik ini beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 9 malam manakala pada hari Sabtu pula dari jam 8 pagi hingga 7 petang.

7. Dr Wong Specialist Clinic

Terletak di Klang, Selangor, klinik ini menawarkan perkhidmatan rawatan psikiatri yang berkualiti dan berkesan buat individu. Kumpulan mereka bertekad dan komited bagi memastikan anda mencapai kesihatan menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, emosi dan sosial. Anda boleh dapatkan khidmat terbaik daripada pakar mereka seperti:

  • Dr Vincent Wong

Beroperasi pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu serta pastikan anda membuat temu janji dahulu sebelum pergi ke klinik untuk mendapat giliran.

8. Deva Dass Specialist Clinic

Jika anda berada berdekatan dengan kawasan PJ New Town, Petaling Jaya, anda boleh dapatkan khidmat rawatan mental di klinik ini. Walaupun klinik ini bukanlah hanya memfokuskan pada khidmat psikiatrik sahaja, namun anda masih boleh dapatkan rawatan di sini kerana ia sering dilawati oleh pakar psikiatri seperti:

  • Dr Deva Dass

Anda juga boleh dapatkan konsultasi, pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan kesihatan dan banyak lagi di satu tempat yang sama. Klinik ini beroperasi pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat yang mana waktu operasinya adalah dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang kecuali pada hari Khamis iaitu jam 8 pagi hingga 1.30 petang.

SUMBER

https://www.psychiatry.org/patients-families/what-is-psychiatry-menu

https://www.erufucare.com/ms/clinics/psychiatrist/kuala-lumpur

https://www.jiwadamai.com/

http://www.nheduhealth.com.my/ourTeam.php

https://www.themindfaculty.com/

https://www.brainmindspecialist.com/

Summary
8 Klinik Pakar Psikiatrik (Psychiatrist) Terpilih di Lembah Klang
Article Name
8 Klinik Pakar Psikiatrik (Psychiatrist) Terpilih di Lembah Klang
Description
Klinik pakar psikiatrik membolehkan anda mendapatkan rawatan berkaitan masalah mental yang boleh jadi memudaratkan dan menyebabkan kekacauan dalam hidup jika ia tidak dirawat.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: