khasiat petai

Petai atau nama saintifiknya parkia speciosa juga terkenal sebagai kacang pahit, kacang berbau atau kacang sator. Namun, jangan terkejut kerana di sebalik rasanya yang agak pahit, tersembunyi khasiat petai untuk wanita.

Petai seringkali menjadi pilihan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. Ia menjadi kegemaran untuk dibuat sebagai ulam dan dimakan dengan sambal belacan dan juga nasi panas ataupun dicampur dalam masakan dan dijadikan bahan utama.

Jom kita lihat 8 khasiat petai untuk wanita. Yang paling ramai tak tahu adalah No. 2. Nak tahu apa dia? Teruskan membaca.

INFO TENTANG PETAI

Pokok petai tergolong dalam sejenis keluarga kekacang dan dituai dari pokok hutan hujan tinggi yang boleh tumbuh sekitar ketinggian 15-meter hingga 45 meter. Ia mempunyai kacang dengan bentuk yang panjang dan isinya berwarna hijau terang.

Jangan risau kerana ianya boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat ulam, diletakkan dalam masakan atau dijadikan jeruk petai. Sangat sedap!

Bukan sahaja popular di Malaysia, petai juga merupakan hidangan terkenal di Asia Tenggara khususnya di Thailand, Singapura dan Indonesia. Jika anda perasan, petai sangat mudah didapati di pasar raya, digantung atau dipamerkan di depan warung.

Lebih kelihatan, jika ia diletakkan di restoran, pasti akan ada mata-mata yang memandang kerana tidak tahan dengan hanya membayangkan keenakkannya sahaja sudah cukup membuka selera.

Namun begitu, masih ramai yang tidak sedar tentang khasiat sebenar petai.

Jadi, perkongsian kali ini ditujukan khas untuk peminat petai dan bagi anda yang mementingkan kesihatan. Ada sesuatu yang begitu menarik tentang petai.

KENAPA PETAI BERBAU BUSUK?

Jika petai berkhasiat kenapa ia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan?

Dengan kepekatan asid amino yang tinggi menyebabkan petai yang kaya dengan nutrisi mempunyai aroma yang menyengat sehingga menganggu deria bau dan sistem urin.

KANDUNGAN NUTRISI PETAI

Ia adalah sejenis tanaman yang kaya dengan kandungan mineral seperti:

  • Kalium
  • Mangan
  • Kalsium
  • Zat besi
  • Zink
  • Tembaga
  • Fosforus

Ia juga kaya dengan kandungan Vitamin seperti:

  • Vitamin A (beta- karoten)
  • Vitamin B1, Vitamin B6
  • Folat
  • Vitamin C

Selain itu, petai merupakan sumber protein yang sangat baik, rendah lemak, serat makanan dan rendah gula menjadikannya sesuai untuk pesakit diabetes jenis 2.

8 KHASIAT PETAI UNTUK WANITA

Anda dah tak sabar nak tahu apa khasiat petai No.2? Apa lagi, jom ketahui dengan lebih mendalam tentang khasiat petai.

1. Meningkatkan kesihatan buah pinggang

Kalium (potassium) adalah mineral penting yang sangat diperlukan sebagai fungsi asas tubuh badan kita. Tahap kalium yang rendah dalam diet boleh memberikan kesan kepada jantung dan otak. Oleh itu, ia memainkan peranan penting dalam memastikan tubuh agar terhidrasi dengan baik dan menyokong fungsi sel dalam tubuh badan.

Penyelidikan menunjukkan bahawa petai boleh mengurangkan risiko batu karang. Oleh itu, diet yang tinggi dengan kandungan kalium dan rendah kolesterol adalah pertahanan terbaik anda dalam mencegah sebarang pembentukan batu karang.

2. Mengawal sindrom PMS (pra-haid)

Elak diri dari mengambil apa-apa pil, gantikan dengan petai. Vitamin B6 yang terkandung dalam petai membantu mengawal kandungan gula dalam darah yang mana boleh mengimbangi mood ‘swing’ anda.

3. Mengatasi masalah kemurungan

Hasil dari kajian soal selidik dalam kalangan orang yang mengalami masalah kemurungan, mendapati bahawa kebanyakan dari mereka pulih selepas memakan petai.

Ini kerana, petai mengandungi tryptophan iaitu sejenis protein yang membantu menghasilkan hormon serotonin. Serotonin mendorong seseorang menjadi lebih ceria, gembira dan emosi lebih terkawal dari sebelumnya.

4. Menghilangkan mabuk (morning sickness)

Buat wanita yang sedang mengandung pada peringkat awal, anda boleh cuba makan petai sekitar waktu makan untuk meningkatkan kadar glukosa dalam darah dan mengelakkan ‘morning sickness’ pada waktu pagi.

Semasa mengandung, anda juga memerlukan dua kali ganda jumlah zat. Ini membolehkan fizikal anda memanfaatkan mineral penting ini untuk menjadi darah tambahan untuk bayi anda. Lebih penting lagi, wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk plasenta dan bayi yang sedang membesar, terutama pada trimester ke-2 dan ke-3.

5. Melancarkan sistem pencernaan

Petai mempunyai serat yang tinggi. Individu yang mengambil makanan yang tinggi serat mempunyai kadar sembelit yang jauh lebih rendah berbanding individu yang mengambil serat rendah. Serat larut boleh ditemui dalam pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Ia boleh menambahkan rasa kenyang, dapat mengurangkan kolestrol dan memperlahankan kadar pelepasan gula dari makanan ke dalam saluran darah.

6. Menurunkan berat badan

Hasil kajian di Institusi Psikologi mendapati tekanan kerja menjadi punca pengambilan makanan yang berlebihan. Oleh itu, untuk mengatasi masalah tersebut kita harus mengawal kadar glukosa darah dengan mengamalkan pemakanan berkarbohidrat tinggi setiap 2 jam. 

7. Menyihatkan mata dan meningkatkan tumpuan

Petai termasuk dalam kategori kekacang yang kaya dengan vitamin A pada 200 IU setiap 100 mg. Seperti yang kita sedia maklum, vitamin A sangat penting untuk mengekalkan kornea yang sihat. Kalium yang terdapat dalam petai juga dapat meningkatkan daya tumpuan dan kemampuan otak yang sangat baik. Ia sangat membantu mereka yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.

8. Mengimbangi hormon wanita

Tubuh kita tidak akan berfungsi dengan betul sekiranya tiada kandungan fosforus yang mencukupi dalam badan, malah ia adalah mineral ke-2 yang terbanyak di dalam badan. Fosforus membantu untuk menyokong ginjal dan jantung.

Oleh itu, kandungan fosforus yang terkandung dalam petai membantu dalam metabolisme lemak dan tenaga serta mempercepatkan proses penyembuhan anggota badan yang lain. Seterusnya, dapat mengekalkan impuls saraf normal dan asimilasi niasin.

Tidak ketinggalan, petai juga mengandungi antioksidan yang tinggi. Ia dapat melindungi kulit daripada radikal bebas dan melindungi sel kulit dengan baik.

Antioksidan yang tinggi juga membantu mencegah tekanan emosi yang boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes, darah tinggi, arthritis dan kanser.

Sudah banyak kajian telah dijalankan untuk membuktikan sifat antioksidan petai. Kandungan Vitamin C yang tinggi dan sejumlah besar vitamin E adalah sebatian utama yang terdapat dalam kacang yang menyumbang kepada keupayaan antioksidan.

Kacang juga didapati menunjukkan sebilangan besar sebatian fenolik. Fenol bertindak sebagai antioksidan yang menunjukkan sifat antiseptik dan antibakteria yang kuat.

Oleh itu, jangan terkejutlah sekiranya anda awet muda kerana banyak memakan petai.

Sumber:
https://migrationology.com/the-stink-bean-a-little-smelly-a-lot-of-flavor/

https://www.awakeningstate.com/health/parkia-speciosa-petai/

https://www.healthbenefitstimes.com/petai/

https://www.theborneopost.com/2013/09/22/potent-petai/

Summary
8 Khasiat Petai Untuk Wanita. No. 2 paling tak sangka!
Article Name
8 Khasiat Petai Untuk Wanita. No. 2 paling tak sangka!
Description
Petai atau nama saintifiknya parkia speciosa juga terkenal sebagai kacang pahit, kacang berbau atau kacang sator. Namun, jangan terkejut kerana di sebalik rasanya yang agak pahit, tersembunyi khasiat petai untuk wanita.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: