8 Khasiat Madu Yang Menakjubkan
Sejak zaman kuno, madu telah digunakan sebagai makanan dan ubat semula jadi. Madu mempunyai banyak kegunaan berbeza dalam pelbagai aspek.

Sejak zaman kuno, madu telah digunakan sebagai makanan dan ubat semula jadi. Madu mempunyai banyak khasiat dan kegunaan berbeza dalam pelbagai aspek. Ia adalah pemanis semula jadi yang berkhasiat, sumber tenaga pekat dan ubat tradisional zaman dahulu untuk tujuan kesihatan dan penyembuhan. Malah, madu juga merupakan bahan aktif dalam produk kecantikan dan penjagaan kulit serta menjadi subjek bagi penyelidikan perubatan. Tetapi, madu juga penuh dengan khasiat apabila digunakan sebagai pengganti gula halus, iaitu dengan 100% tanpa kalori.

Seterusnya, madu juga mempunyai kadar monosakarida, fruktosa dan glukosa yang tinggi, dan mengandungi sekitar 70 hingga 80 peratus gula semula jadi yang memberikan rasa manisnya. Ia juga mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang mana para saintis bagi kaedah perubatan moden berjaya menemui kegunaan madu dalam pengurusan luka kronik dan memerangi jangkitan.

Jadi, jom ketahui lebih lanjut bagaimana khasiat madu boleh memberi manfaat kepada anda?

1. Menguatkan sistem imun

Madu mempunyai banyak khasiat perubatan yang secara semula jadi boleh membantu dalam menyembuhkan sakit tekak. Antioksidan dan kandungan lain yang boleh melawan bakteria juga membantu melawan jangkitan yang terjadi disebabkan virus, bakteria dan kulat. Menurut doktor dan para saintis, madu jenis ‘buckwheat’ mempunyai jumlah antioksidan tertinggi dan apabila diambil setiap hari, ia dapat  meningkatkan kekebalan tubuh dalam jangka panjang. Inilah sebabnya mengapa madu telah diketahui sebagai salah satu makanan yang boleh meningkatkan imuniti badan. Malah, individu selalu disarankan untuk mengambil madu setiap pagi sebelum sarapan atau bersenam untuk mendapatkan tenaga tambahan sepanjang hari. Ia juga boleh meningkatkan imuniti pada kanak-kanak.

2. Menyembuhkan luka dan luka melecur

Rawatan madu topikal telah digunakan untuk menyembuhkan luka dan luka melecur sejak zaman Mesir kuno dan masih dipraktikkan hingga kini. Terdapat beberapa kes di mana individu telah melaporkan kesan positif selepas menggunakan madu untuk merawat luka. Tinjauan yang diterbitkan di ‘The Cochrane Library’ menunjukkan bahawa madu mungkin dapat membantu menyembuhkan luka melecur. Penulis utama kajian tersebut mengatakan bahawa “madu topikal adalah lebih murah berbanding intervensi lain, terutama antibiotik oral yang sering digunakan dan mungkin mempunyai kesan sampingan berbahaya”. Para penyelidik percaya bahawa kekuatan penyembuhan madu berasal daripada kesan anti-bakteria dan anti-radang serta kemampuannya untuk menyuburkan tisu di sekitarnya.

3. Menyuburkan kulit dan wajah anda

Menggunakan madu untuk kulit sangat berguna kerana sifat pelembab dan khasiat yang dibekalkan. Madu adalah pelembap semula jadi yang terbaik, terutama untuk kulit kering dan sangat senang untuk digunakan. Mengambil madu asli boleh mengecilkan pori-pori serta membantu melembapkan kulit kering. Ia juga membantu menyembuhkan bibir yang retak semasa musim sejuk. Ramai orang juga menggunakan topeng muka (mask) madu untuk merawat masalah warna kulit tidak sekata. Ia juga berfungsi sebagai antiseptik semula jadi dan berguna untuk merawat luka, lebam, luka, luka melecur serta jangkitan lain.

4. Melegakan simptom selesema dan batuk

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan madu sebagai ubat batuk semula jadi. American Academy of Pediatrics juga mengiktiraf madu sebagai rawatan bagi keadaan batuk. Seterusnya, penyelidikan yang dibuat juga menunjukkan bahawa minum satu sudu madu dapat mengurangkan kerengsaan di kerongkong. Madu adalah ubat semula jadi yang digemari, terutama bagi kanak-kanak kerana dapat melegakan batuk pada waktu malam dan membolehkan mereka tidur dengan baik. Namun, pengambilan madu adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah usia satu tahun.

5. Menguatkan ingatan

Pemakanan yang betul adalah penting untuk membantu mendapatkan kesihatan yang baik. Madu dikatakan membantu menguatkan kesihatan mental kita untuk dikekalkan pada usia tua. Ia juga berupaya meningkatkan daya ingatan dan tumpuan. Pengambilan madu mencegah tekanan metabolik dan menenangkan otak, yang membantu meningkatkan ingatan dalam jangka masa panjang. Antioksidan semula jadi dan sifat terapeutik dalam madu pula memberi kesan positif pada sistem kolinergik dan peredaran otak serta sel surut yang menyebabkan masalah hilang ingatan.

6. Berguna dalam pengurusan berat badan

Menurut pengarang dan pakar pemakanan terkenal Mike McInnes, madu boleh membakar lemak badan ketika anda sedang tidur. Ini juga adalah salah satu makanan terbaik untuk menurunkan berat badan. Doktor mengesyorkan anda minum sesudu madu sebelum tidur. Anda juga boleh mengambil sedikit madu dengan air suam semasa perut masih kosong pada awal pagi. Mengambilnya pada waktu pagi, membantu meningkatkan metabolisme yang seterusnya membantu mengurangkan berat badan dengan lebih cepat. Malah, madu juga baik untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan anda.

7. Memberi kesan positif pada tahap kolesterol

Memberi kesan positif pada tahap kolesterol

Tahap kolesterol LDL yang tinggi adalah faktor risiko yang kuat untuk penyakit jantung. Kolesterol jenis ini memainkan peranan utama dalam aterosklerosis, penumpukan lemak di bahagian arteri yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok. Beberapa kajian menunjukkan bahawa madu mungkin dapat membantu menyeleraskan kadar kolesterol anda. Ini akan mengurangkan kolesterol LDL keseluruhan atau kolesterol “buruk” sambil meningkatkan kadar kolesterol HDL yang “baik” dengan ketara.

8. Membantu dalam masalah gusi

Sifat penyembuhan anti-bakteria dan jangkitan yang terdapat pada madu membantu dalam merawat dan menyembuhkan luka. Penyakit gigi dan gusi seperti gingivitis, pendarahan dan plak dapat diatasi dengan pengambilan madu secara berkala. Madu diketahui melepaskan hidrogen peroksida antiseptik yang bertindak sebagai agen anti-mikroba bagi menghalang pertumbuhan bakteria. Pakar mengesyorkan individu yang terkesan untuk menggunakan madu asli yang dicampurkan dengan air untuk dijadikan sebagai ubat kumur. Anda juga boleh menggosok madu secara langsung pada gusi yang terkesan untuk memberi kelegaan segera disebabkan keradangan serta penyakit gusi yang lain.

SUMBER

https://www.healthline.com/nutrition/10-benefits-of-honey

https://www.medicalnewstoday.com/articles/264667

https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition/diet/honey-nutrition-facts-health-benefits-types-more/

https://www.dabur.com/daburhoney/benefits-of-honey.aspx

Summary
Article Name
8 Khasiat Madu Yang Menakjubkan
Description
Sejak zaman kuno, madu telah digunakan sebagai makanan dan ubat semula jadi. Sekarang, jom ketahui 8 khasiat madu yang menakjubkan buat kita!
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: