kunyit

Kunyit merupakan salah satu rempah yang sangat popular dalam kalangan masyarakat kita. Ia berwarna kuning kari. Khasiat kunyit bukan sahaja digunakan dalam masakan untuk menambah rasa.

Tetapi adakah anda tahu ia memberi banyak manfaat kepada kesihatan kita? Ia juga boleh digunakan untuk kecantikan juga.

Kunyit boleh diambil sebagai salah satu suplemen dalam diet kita. Anda juga boleh mengambil kunyit dalam bentuk makanan atau minuman. Sekarang, ia dijadikan sebagai minuman dan dalam bentuk serbuk pula ia selalu digunakan dalam masakan kari.

8 Khasiat Kunyit Yang Baik Untuk Kesihatan Anda:

  1. Mengandungi sebatian anti-radang semulajadi

Keradangan berlaku secara dalaman seperti kebengkakan dan kemerahan pada sendi dan otot. Jika seseorang itu mengalami keradangan, ia akan menyebabkan anda berasa tidak selesa. Kunyit telah terbukti boleh memberi kesan terhadap keradangan kerana ia mempunyai sebatian anti-radang semulajadi, terutamanya untuk penyakit arthritis.

  • Meningkatkan fungsi otak

Kunyit telah dibuktikan boleh membantu keseluruhan fungsi otak seperti merendahkan risiko penyakit otak dan badan terutamanya penyakit Alzheimer.

  • Melawan alergi rhinitis

Alergi rhinitis adalah salah satu alergi disebabkan oleh debunga dan menjadi punca hidung dan mata gatal. Ia akan menyebabkan hidung mata berair. Kunyit boleh digunakan untuk melawan alergi rhinitis.

  • Merawat penuaan

Ia boleh membantu badan kita melawan proses penuaan. Sekarang banyak anti-penuaan yang mengandungi kunyit sebagai ramuan.

  • Meningkatkan kapasiti antioksidan

Radikal bebas daripada cahaya sangat berbahaya kepada kulit kita dan menyebabkan penyakit kulit dan mula menunjukkan tanda penuaan kulit muka. Kunyit mengandungi elemen antioksidan yang boleh melindungi tubuh daripada radikal bebas yang membahayakan. Elemen curcumin dalam kunyit menjadi daya perlindungan pada tubuh.

  • Membantu mencegah penyakit kanser

Penyakit kanser merupakan pertumbuhan sel tidak terkawal yang akan berlaku di tubuh badan kita. Ia boleh mengganggu pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh badan. Terutamanya, curcumin juga telah terbukti dapat menghentikan penyebaran sel kanser ke bahagian tubuh badan yang lain.

  • Mengurangkan kemurungan

Curcumin boleh mengurungkan kemurungan dan telah dibuktikan kesannya terhadap fungsi otak. Pada zaman sekarang, penyakit kemurungan telah menjadi lebih serius kerana ramai orang mengabaikan penyakit ini. Jika kita menambah khasiat kunyit di dalam diet kita, ia boleh membantu kita menghadapi masalah ini.

  • Membantu menurunkan risiko penyakit jantung

Penyakit jantung merupakan salah satu penyakit yang menjadi punca utama kematian di Malaysia. Kunyit boleh meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Anda boleh lihat kunyit memberi banyak khasiat kepada kita. Tunggu apa lagi? Mulakan mengambil kunyit dalam diet anda. Anda boleh membancuh air kunyit sebagai minuman harian anda. Marilah kita menjaga kesihatan dan hidup lebih lama.

Sumber:

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-662/turmeric

https://www.healthline.com/nutrition/top-10-evidence-based-health-benefits-of-turmeric#TOC_TITLE_HDR_7

Summary
8 Khasiat Kunyit Kepada Kesihatan dan Kecantikan
Article Name
8 Khasiat Kunyit Kepada Kesihatan dan Kecantikan
Description
Kunyit merupakan salah satu rempah yang sangat popular dalam kalangan masyarakat kita. Ia berwarna kuning kari. Khasiat kunyit bukan sahaja digunakan dalam masakan untuk menambah rasa.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: