daun belalai gajah

Daun belalai gajah atau nama saintifiknya Clinacanthus nutans adalah tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat.

Antara nama lain bagi daun belalai gajah ini adalah seperti phaya yo (Thailand), Sabah snake grass, ki tajam (sunda) dan dandang gendis (Jawa).

Ia adalah spesies tumbuhan dari keluarga Acanthaceae. Tumbuhan ini biasanya digunakan untuk tujuan perubatan tradisional.

Perubatan tradisional melibatkan penggunaan tumbuhan herba kerana percaya khasiatnya membantu menyembuhkan sesetengah penyakit.

Oleh itu, terdapat beberapa khasiat daun belalai gajah yang anda perlu tahu. Mungkin perkongsian kali ini serba sedikit boleh membantu anda untuk mencari alternatif lain sebagai penawar penyakit.

Info Tentang Daun Belalai Gajah

  • Daun belalai gajah adalah pokok renek yang tumbuh menegak sehingga 2.5 meter iaitu 8 kaki 2 inci.
  • Nama belalai gajah diambil disebabkan batangnya yang melengkung bagi menampung berat daun.
  • Batangnya berwarna hijau, berkayu, tegak dan berbentuk silinder. Daunnya berwarna hijau, bersifat tunggal,  berbentuk tombak dengan hujungnya runcing dan pangkalnya bulat seperti belalai gajah, dan panjangnya antara 8-12 cm (3,1-4,7 inci) dan lebar 4-6 cm (1,6-2,4 inci).
  • Bunganya berwarna merah dan berbentuk panicle dengan kelopak memanjang berbentuk tiub sepanjang 3.5 cm (1.4 inci).
  • Semua bahagian tanaman ini boleh digunakan.
  • Tumbuhan ini banyak tumbuh di Indonesia, Malaysia, Afrika, Brazil dan Amerika Tengah.
  • Tumbuhan ini mengandungi sebatian bioaktif seperti glikosida, flavonoid, glycoglycerolipids, cerebroside dan monoaclymonogalatosylglycerol.

Kandungan Nutrisi Daun Belalai Gajah

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Institut Penelitian Sayur-Sayuran di Akademi Ilmu Pertanian Guangdong dan Kolej Hortikultur di Universiti Pertanian Cina Selatan, daun belalai gajah mempunyai nilai khasiat seperti berikut:

Nutrisi yang terkandung dalam daun belalai gajah juga kaya dengan:

  • Vitamin C
  • B1
  • Kalium
  • Kalsium
  • Natrium
  • Zink

8 Khasiat Daun Belalai Gajah

Daun belalai gajah terkenal dengan khasiatnya dalam perubatan alternatif untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Secara tradisional ia digunakan sebagai ramuan untuk menyembuhkan gigitan ular. Ia dikatakan dapat meneutralkan racun daripada patukan ular.

Namun begitu, ia juga terkenal dengan sifat rawatannya seperti menyembuhkan penyakit kanser.

Jom kita lihat apa lagi khasiat daun belalai gajah untuk tujuan perubatan.

1. Kaya dengan Anti-Oksida

Ia terkenal sebagai tumbuhan yang boleh menyembuhkan penyakit kanser kerana anti oksida yang terdapat pada daun belalai gajah mampu membersihkan toksin dan mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.

Lain daripada itu, ia juga dapat mencegah kerosakan pada organ dan tisu lain.

2. Anti Keradangan

Daun belalai gajah telah digunakan sebagai agen anti-radang untuk rawatan gigitan serangga, tindak balas alergik dan sebagai ubat untuk luka herpes simplex virus (HSV) atau penyakit kayap (VZV).

3. Meningkatkan daya ketahanan tubuh badan

Pengambilan ekstrak daun belalai gajah pada jumlah yang betul akan membantu meningkatkan daya ketahanan dalam badan.

4. Menurunkan Kolestrol & Mengekalkan tahap tekanan darah dalam badan

Daun belalai gajah adalah rawatan yang selamat dan berkesan untuk darah tinggi.

Pengambilan ekstrak daun belalai gajah dalam dos yang rendah sesuai untuk pesakit darah tinggi. Ia selamat dan berkesan sebagai tambahan ubat dalam mengawal tekanan darah tinggi.

5. Meningkatkan kesihatan buah pinggang

Daun belalai gajah dapat meningkatkan kesihatan buah pinggang yang berisiko.

Namun begitu, kajian masih dijalankan untuk membuktikannya benar-benar selamat digunakan untuk buah pinggang.

6. Meningkatkan kesihatan jantung

Akar daun belalai gajah mempunyai reserpine sumber semula jadi.

Reserpine bantu menurunkan tekanan darah dengan menurunkan output jantung, ketahanan vaskular ateri perifer.

Vaskular ateri perifer adalah penyakit yang berkaitan dengan pembuluh nadi di luar jantung, degupan jantung, dan peredaran darah.

7. Anti Venom

Tumbuhan ini digunakan secara tradisional sejak sekian lama sebagai ubat jika dipatuk oleh ular atau serangga berbisa seperti kala jengking dan lebah terutama di Thailand dan Malaysia.

8. Anti Diabetes

Daun belalai gajah boleh meningkatkan perubahan pada glukosa dan lipid yang disebabkan fruktosa.

Ia dapat mengawal kolestrol, mengekalkan tekanan darah dengan baik, meningkatkan kesihatan buah pinggang dan melambatkan proses penuaan.

Tambahan pula, Fructus Ziziphi Jujubae yang terdapat pada daun belalai gajah  melembabkan kulit, membuat anda cantik dan mengurangkan tompok penuaan.

Cara Penggunaan Daun Belalai Gajah

Oleh itu, bagaimana pula cara untuk anda menggunakan daun belalai gajah?

Cara-caranya:

1. Basuh dan bilas kira-kira 10 daun (bergantung pada ukuran daun).

2. Selepas itu, masukkan ke dalam pengisar.

3. Kemudian, kupas epal hijau dan dipotong kecil. Masukkan ke dalam pengisar.

4. Setelah dikisar sehingga lumat, minum segera supaya khasiatnya tidak hilang dan masih segar.

Kesan Sampingan Daun Belalai Gajah

Apakah kesan sampingan dari mengamalkan pengambilan daun belalai gajah?

Kesan sampingan dan pengambilan dalam jangka panjang boleh menyebabkan kemurungan. Kesan sampingan lain adalah berkaitan dengan sukar bernafas, perubahan selera makan dan berat badan, mimpi buruk, dan mengantuk.

Sesetengah orang mengalami kemurungan, sakit otot, sakit kepala, menggigil, pening, mual dan muntah. Selain itu, daun belalai gajah sangat mudah dijaga dan berkembang dengan baik di iklim tropika panas.

Walau bagaimanapun, kajian ini masih di peringkat praklinikal.

Sebelum anda menggunakan daun belalai gajah sebagai rawatan alternatif, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat dari doktor yang bertauliah terlebih dahulu. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua yang membacanya.

Sumber:

http://medicinalherbinfo.org/000Herbs2016/1herbs/sabah-snake-grass/

https://askinglot.com/what-is-the-taste-of-snake-grass

https://en.wikipedia.org/wiki/Clinacanthus_nutans

Summary
8 Khasiat Daun Belalai Gajah Yang Anda Perlu Tahu
Article Name
8 Khasiat Daun Belalai Gajah Yang Anda Perlu Tahu
Description
Daun belalai gajah atau nama saintifiknya Clinacanthus nutans adalah tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: