beras perang

Beras perang merupakan “superfood” yang sangat terkenal terutamanya dalam kalangan orang yang sedang berdiet. Tetapi mengapa ya?

Anda jangan tak tahu, beras perang ini mempunyai pelbagai kelebihan untuk kesihatan kita tau! Bukan setakat untuk mengawal berat sahaja.

Selain itu, beras perang juga selalu menjadi pilihan individu di serata dunia tanpa mengira peringkat umur kerana kebaikannya yang tersendiri.

Jom saya bongkarkan kepada anda 8 khasiat beras perang yang anda perlu tahu.

1. Lebih Baik Berbanding Nasi Putih

Saya tidak menyatakan nasi putih ialah makanan yang tidak sihat. Jika diambil dalam saiz hidangan yang betul, sudah tentu tiada masalah.

Namun, dari segi nilai nutrisi beras perang adalah lebih berkhasiat berbanding beras putih. Ia rendah kalori, lemak dan juga bebas gluten.

Beras perang juga kaya dengan:

  • Fiber
  • Zink – mineral, magnesium, zat besi, kalsium, fosforus dan selenium
  • Vitamin ( vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B6, vitamin E, dan Vitamin K)
  • Antioksida – flavonoid
  • Protein
  • Asid lemak yang penting

Oleh itu, tidak hairanlah geng – geng “fitness” di luar sana amat menyukai beras ini.

2. Membantu Penurunan Berat Badan

Turun berat badan! Siapa sahaja yang tak suka bila mendengarnya. Ini juga antara manfaat beras perang yang amat popular. Jadi bagaimana beras ini dapat membantu proses diet anda?

Beras perang hanya mengandungi 216 kalori sahaja per cawan dan merupakan karbohidrat yang berglisemik rendah. Itu bermakna ia dapat membantu anda untuk menurunkan atau mengekalkan berat anda yang sihat.

Tetapi ada syaratnya.

Anda mestilah tetap mengamalkan diet yang sihat dan senaman berkala. Beras perang ialah karbohidrat yang baik untuk membantu diet anda, namun ia bukannya ubat kurus magik ya.

3. Menurunkan Kadar Kolestrol

Seberapa Penting Tes Kolesterol saat Program Hamil?

Dengan menggantikan nasi putih yang biasa anda ambil dengan nasi perang ternyata dapat membantu untuk menurunkan kadar kolestrol. Ini disebabkan beras ini mengandungi minyak yang dapat membantu menurunkan kolestrol anda.

Tak percaya? Sebuah kajian daripada sebuah institut di luar negara telah mendapati bahawa minyak dalam beras perang boleh menjadi makanan yang penting untuk kesihatan jantung.

Tambahan pula, fiber yang terdapat dalam beras perang menggunakan kolestrol dalam badan untuk menghasilkan asid hempedu.

Tanpa anda sedar, anda sedang membantu badan anda menurunkan kadar kolestrol dengan makan nasi sahaja. Menakjubkan bukan!

4. Membantu Penghadaman

Bentuk najis petunjuk kesihatan usus

Siapa yang selalu menghabiskan berjam – jam di tandas untuk membuang, beras perang adalah untuk anda!

Seperti yang dinyatakan di atas, beras perang kaya dengan kandungan fiber.

Fiber yang terdapat dalam beras ini membantu pergerakan usus dan menjaga pergerakan usus anda secara tetap. Ia juga sangat sangat baik untuk menyembuhkan masalah kolitis dan sembelit.

5. Menurunkan Risiko Penyakit Diabetis

Kondisi Ini seperti Lingkaran Setan bagi Penderita Diabetes : Okezone  Lifestyle

Masalah diabetes bukanlah perkara asing lagi dalam masyarakat Malaysia. Walaupun penyakit ini tampak lazim pada masyarakat hari ini, namun komplikasinya amat berbahaya.

Anda boleh berusaha untuk mengurangkan risiko penyakit ini (Diabetes Jenis II secara amnya) dengan menjadikan beras perang sebahagian daripada menu makan tengah hari atau makan malam anda.

Buat pesakit Diabetes Jenis II, beras perang juga adalah untuk anda!

Sebuah kajian daripada pakar-pakar di sebuah negara luar telah mendapati bahawa dengan makan lebih banyak nasi perang dapat mengurangkan kadar gula dalam darah berbanding dengan nasi putih.

6. Membantu Pencegahan Kanser Payudara

kanser payudara 620

Beras perang kaya dengan anti – oksidan dan pytonutrient Lignin. Apakah kepentingan dua bahan ini?

Anti – oksidan merupakan bahan penting untuk membantu tubuh melawan radikal bebas yang menjadi salah satu punca kanser. Manakala, pytonutrient Lignin pula didapati dapat mensasarkan secara spesifik dan menghalang pertumbuhan sel kanser di kawasan payudara.

Bermanfaat bukan beras perang ini?

Para lelaki di luar sana jangan fikir kanser ini hanya untuk wanita sahaja tau! Lelaki pun boleh terdedah dengan kanser payudara juga.

Jadi, mulai hari ini bolehlah kita sama – sama amalkan pengambilan beras perang sebagai salah satu langkah pencegahan di samping gaya hidup sihat.

7. Membantu Kesihatan Tulang

Jogging

Orang tua – tua selalu berkata “ tulang ni nak pakai lama”. Kalau tak nak tulang kita mudah rapuh dan sakit – sakit anda  perlulah mengambil kalsium dalam diet harian anda.

Sebut sahaja kalsium mesti ramai yang ingat susu. Tetapi saya tahu ada juga yang tidak menggemarinya. Ada yang sampai tertutup – tutup hidung hendak menelannya.

Tidak mengapa, ada alternatifnya. Anda boleh mengambil beras perang sebagai menu nasi harian anda. Beras ini kaya dengan kalsium dan magnesium, zat yang baik untuk kesihatan tulang anda.

8. Melindungi Kanak – Kanak daripada Asma

Anak Sering Nyeri Dada, Kenapa Ya? (2)

Tahukah anda, anda dapat membantu melindungi kanak – kanak kecil daripada masalah asma hanya melalui diet harian mereka?

Sebuah kajian yang telah dijalankan di luar negara telah melaporkan bahawa dengan meningkatkan jumlah bijian – bijian penuh seperti beras perang dan ikan dalam pemakanan dapat mengurangkan risiko asma pada kanak – kanak sebanyak 50%.

Sebagai ibu bapa memberi pemakanan yang terbaik adalah sangat penting bagi membantu tumbesaran anak – anak. Apa yang mereka makan pada hari ini akan membentuk mereka siapa mereka pada masa hadapan.

Oleh itu, anda bolehlah menyediakan nasi perang buat anak – anak anda selepas ini bagi membantu mereka membesar dengan sihat dan ceria selalu.

Mengagumkan bukan? Sekarang anda dah tahu pelbagai khasiat beras perang untuk kesihatan anda. Rugilah kalau tidak mencubanya.

Selamat mengamalkan gaya hidup sihat dan ceria selalu!

Sumber:

https://spoonuniversity.com/lifestyle/9-benefits-of-brown-rice-to-make-it-your-only-choice-from-now-on

https://pharmeasy.in/blog/7-amazing-health-benefits-of-brown-rice/

https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/10-surprising-benefits-brown-rice-you-didnt-know-about.html

https://ohbulan.com/makanan-berpantang-yang-bagus-bagi-wanita-selepas-bersalin

https://iamlejen.com/berat-badan-susah-turun-ini-adalah-sebabnya/

https://www.halodoc.com/artikel/seberapa-penting-tes-kolesterol-saat-program-hamil

https://lifestyle.okezone.com/read/2016/08/10/481/1459636/kondisi-ini-seperti-lingkaran-setan-bagi-penderita-diabetes

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/09/189278/bentuk-najis-petunjuk-kesihatan-usus

https://ms.healthfoodfor.com/3021662-love-colouring-your-hair-beware-it-could-put-you-at-cancer-risk

https://hazminhamudin.com/membeli-kasut-jogging/

https://ms.howtouser.com/how-use-your-rice-cooker

https://kumparan.com/kumparanmom/anak-sering-nyeri-dada-kenapa-ya-1sTXxgG4qyt/full

Tagged: