pencemaran udara
Individu yang sihat juga mengalami kesan pencemaran udara yang tercemar termasuklah keradangan pernafasan atau kesukaran bernafas semasa bersenam atau melakukan aktiviti luar.

Individu yang sihat juga mengalami kesan pencemaran udara yang tercemar termasuklah keradangan pernafasan atau kesukaran bernafas semasa bersenam atau melakukan aktiviti luar.

Risiko sebenar kesan buruk adalah berbeza, bergantung pada status kesihatan anda ketika itu, jenis dan kepekatan pencemaran dan tempoh masa anda terdedah pada udara yang tercemar.

 

Kesan Pencemaran Udara

Pencemaran udara berpunca daripada pelbagai keadaan, perkembangan bandar yang pesat salah satunya. Pembinaan rumah dan jalan raya serta kilang dibina dengan banyak, manusia membuang sisa buangan ke dalam saluran air menyebabkan pencemaran.

– Serangan Asma

Sesetengah pencemaran dapat dilihat seperti asap. Sesetengah tidak dapat dilihat seperti karbon monoksida. Pencemaran udara adalah sebarang gas atau partikel di dalam udara yang tidak sepatutnya menjadi sebahagian daripadanya.

Dua punca pencemaran boleh menyebabkan asma. Ozon adalah gas yang membuatkan ia berasap. Ia akan mempengaruhi bagaimana anda bernafas.

Partikle halus di dalam habuk dan asap boleh tersekat pada paru-paru anda. Ia akan merosakkan paru-paru anda dan menyebabkan anda mendapat serangan yang lebih kerap

– Bronkitis Kronik

Asap daripada kereta, trak dan kenderaan lain boleh mencemarkan udara. Jika anda tinggal di bandar dan sering menyedut asap lalu lintas, anda mungkin mengalami bronkitis kronik pada jangka masa panjang.

Keradangan berlaku pada dinding tiub bronkus yang membawa udara masuk ke dalam paru-paru anda. Jika anda mengalaminya, anda mungkin mengalami sesak nafas, batuk dengan kahak pekat berwarna putih, kuning atau hijau.

– COPD

Bronkitis Kronik dan Emphysema adalah keadaan yang mengakibatkan penyakit pulmonari obstruktif kroik atau COPD. Keadaan ini menghalang udara masuk ke dalam paru-paru.

Pendedahan jangka panjang terhadap gas, partikel dan asap adalah punca utama. Kajian menunjukkan COPD sering berlaku di kawasan dengan pencemaran udara yang tinggi.

Jika anda menghidap COPD, anda mungkin berasa sukar untuk bernafas apabila udara tercemar. Kes yang serius mungkin memerlukan rawatan di hospital atau menyebabkan kematian.

– Pneumonia

Nitrogen Oksida dan Sulfur Dioksida di dalam udara yang tercemar meningkatkan kemungkinan berlakunya pneumonia atau keradangan paru-paru.

Simptom termasuklah sakit dada, batuk, kepenatan, sesak nafas dan suhu badan rendah. Kanak-kanak dan warga emas antara yang berisiko. Pneumonia adalah punca yang menyebabkan kematian kanak-kanak di dunia.

Warga emas lebih terdorong memerlukan rawatan di hospital disebabkan pneumonia selepas terdedah pada udara tercemar terlalu lama.

– Penyakit jantung

Pencemaran udara boleh menyebabkan risiko tinggi serangan jantung, degupan yang tidak teratur (arrhythmia), kegagalan jantung dan strok.

Partikel halus di dalam udara tercemar, cukup kecil untuk memasuki saluran darah dan menyebabkan keradangan. Lambat laun, boleh membuatkan penyakit jantung merebak dengan cepat.

Individu yang tinggal berhampiran jalan sibuk dan kilang-kilang mempunyai risiko tinggi. Pada jangka masa pendek terdedah pada pencemaran udara boleh menyakitkan jantung anda.

– Keadaan autoimun

Keadaan ini dimana sistem imun anda akan menyerang tubuh anda sendiri. Ia selalunya merosakkan tisu anda dan menyebabkan keradangan di bahagian jantung dan paru-paru.

Penyelidik berpendapat bahawa pencemaran udara menyebabkan tindak balas imun pada paru-paru berubah menyebabkan keadaan autoimun.

– Kelahiran pramatang

Terdedah pada pencemaran udara menyebabkan kelahiran pra matang. Pencemaran boleh meningkatkan tahap bahan kimia bertoksin dalam darah. Ia menekan sistem imun wanita hamil.

Keadaan ini melemahkan plasenta dan menyebabkan kelahiran awal. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan pada bayi secara langsung atau pada jangka masa panjang. Pencemaran udara boleh menyebabkan berat bayi ketika lahir adalah rendah.

– Masalah pembelajaran dan memori

Kajian menunjukkan pencemaran udara boleh memberikan kesan berbahaya pada otak. Pencemaran udara disebabkan kesesakan lalu lintas boleh memperlahankan perkembangan bayi dan tingkah laku.

Di kalangan warga emas, boleh meningkatkan risiko demensia. Perubahan pada otak disebabkan pencemaran udara boleh mempengaruhi perkembangan otak.

Kajian menunjukkan pencemaran udara yang disebabkan oleh kesesakan lalu lintas mempengaruhi otak, termasuklah jirim kelabu, jirim putih dan ganglia asas (otak tengah dan subtalamus yang terlibat dalam pengurusan aktiviti motor soma).

Kesan Pencemaran Air

Pencemaran air disebabkan oleh bahan berbahaya seperti bahan kimia atau organisma boleh mencemarkan sungai, tasik, laut, akuifer atau mana-mana sumber air.

Hal ini menurunkan dan merosakkan kualiti air dan menjadi toksin terhadap manusia dan alam sekitar. Kesan pencemaran air pada kesihatan manusia sangat banyak.

Pencemaran air menyebabkan manusia kekurangan air di kebanyakan negara yang tidak mempunyai sistem untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan.

– Hepatitis A

Hepatitis A adalah jangkitan hati yang menular disebabkan penggunaan makanan atau air yang tercemar. Simptom yang sering berlaku adalah seperti keletihan, sakit perut, kurang selera makan, loya dan penyakit kuning. Sebilangan besar kes hepatitis A dapat dirawat dalam masa 2 bulan.

– Demam Kepialu

Demam kepialu adalah keadaan serius yang merebak disebabkan oleh pencemaran makanan atau air. Simptom termasuklah demam panas, sakit perut, rasa lemah, hilang selera makan dan sakit kepala. Walaupun jarang berlaku tetapi pendarahan dalaman dan kematian boleh berlaku.

– Salmonella

Ia adalah sejenis bakteria yang menyebabkan jangkitan apabila mengambilnya, keracunan makanan.

Simptom termasuklah demam, abdomen kejang, cirit-birit, sakit kepala dan kadang-kadang muntah dan hilang selera makan. Simptom ini selalunya berlaku 4 hingga 7 hari dan boleh menjadi serius jika berlaku pada bayi dan warga emas.

– Kolera/ Taun

Penyakit cirit birit yang teruk disebabkan oleh bakteria Vibrio Cholerae yang merebak dalam air yang tercemar. Keadaan yang serius boleh menyebabkan kira-kira 95,000 kematian pada setiap tahun berdasarkan CDC.

Jangkitan kadang-kadang berlaku dengan simptom biasa atau tanpa sebarang simptom. 1 daripada 10 yang dijangkiti mengalami simptom seperti muntah, kaki kejang dan cirit birit berair yang banyak. Penyakit ini boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.

– Hepatitis E

Hepatitis E adalah jenis penyakit hati yang lain disebabkan oleh virus hepatitis E. Ia sering berkait dengan air yang tercemar yang melalui amalan pensanitasian yang teruk.

Individu yang mengalami hepatitis E mungkin mengalami demam, keletihan, mual, penyakit kuning, muntah, sakit sendi dan simptom yang tidak menyenangkan.

– E.Coli

Minum air yang tercemar boleh menyebabkan anda menghadam bakteria jahat E.coli. Escherichia coli (E. coli) adalah jenis bakteria yang sering ditemui di dalam usus sihat manusia.

Namun begitu, terdapat beberapa jenis bakteria yang jahat yang boleh menyebabkan simptom yang teruk apabila diambil, seperti cirit birit berdarah, perut kejang dan muntah.

– Dysentry

Dysentry adalah keradangan usus yang disertakan dengan cirit birit berdarah. Keadaan ini disebabkan oleh virus, parasit atau bakteria yang sering ditemui di dalam air yang tercemar. Simptom selalunya hilang selepas 1 hingga 3 hari diikuti dengan jangkitan dan kejang, cirit birit serta sakit perut.

– Jangkitan parasit

Parasit berbahaya yang didapati di dalam air tercemar mungkin diminum, menyebabkan jangkitan serius di dalam badan. Jangkitan parasit boleh menyebabkan simptom gastrousus yang tidak menyenangkan seperti sakit perut dan cirit birit. Jangkitan ini menyebabkan dehidrasi, penurunan berat dan simptom selesema.

Kesan pencemaran udara dan air adakah perkara serius dan bertambah teruk hari demi hari. Semua pihak memainkan peranan dalam memastikan pencemaran ini daripada bertambah teruk. Ia bukan sahaja berbahaya kepada manusia tetapi juga kepada alam sekitar kita. Sama – sama kita hentikan pencemaran udara dan air ini daripada terus berlaku!

SUMBER

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/ss/slideshow-health-effects-air-pollution

http://www.sparetheair.com/health.cfm

https://www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?contenttypeid=1&contentid=3066

https://www.nrdc.org/stories/water-pollution-everything-you-need-know

https://thelastwell.org/the-negative-effects-of-water-pollution-on-human-health/

Summary
8 Kesan Pencemaran Udara Dan Air Terhadap Kesihatan
Article Name
8 Kesan Pencemaran Udara Dan Air Terhadap Kesihatan
Description
Individu yang sihat juga mengalami kesan pencemaran udara yang tercemar termasuklah keradangan pernafasan atau kesukaran bernafas semasa bersenam atau melakukan aktiviti luar.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: