Now Reading
8 Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan Anda

8 Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan Anda

kebaikan chia seed

Chia seed ialah makanan yang sangat berkhasiat di atas muka bumi ini. Chia seed boleh dinikmati dengan pelbagai cara seperti ditambah ke dalam nasi putih, yogurt atau dicampur bersama air masak.

Ia padat dengan pelbagai jenis nutrisi yang memberikan kebaikan untuk kesihatan anda. Namun, masih ramai yang belum mengenali kebaikan chia seed.

1. Tinggi Antioksida

Penyelidik sudah memperakui bahawa pengambilan antioksida daripada makanan adalah lebih berkesan daripada suplemen. Kandungan antioksida yang tinggi dalam chia seed sememangnya memberikan kesan yang baik kepada kesihatan. Antioksida mampu melawan penghasilan radikal bebas yang mampu merosakkan sel-sel badan dan seterusnya membawa kepada penyakit berbahaya seperti kanser.

2. Tinggi Protein

Kita sering dengar chia seed digunakan dalam makanan diet. Ini kerana ia sangat kaya dengan protein dan sesuai diambil oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ia mengandungi kira-kira 14% peratus kandungan protein. Pengambilan protein yang tinggi dalam diet mampu mengurangkan selera makan dan keinginan untuk makan pada lewat malam sebanyak 50%.

3. Tinggi Serat

Makanan yang tinggi serat pasti mampu mengurangkan masalah sembelit. Chia seed juga akan membuatkan anda merasa cepat kenyang oleh kerana serat mudah larutnya menyerap air dan mengembang di dalam perut. Dengan mengamalkan chia seed dalam diet anda, berserta senaman dan gaya hidup sihat, anda pasti dapat mengurangkan berat badan.

4. Tinggi Asid Lemak Omega-3

Chia seed juga tinggi dengan asid lemak omega-3, malah lebih daripada yang terkandung dalam ikan salmon. Ia membantu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh selain meningkatkan kadar kolesterol baik(HDL).

5. Kesihatan Tulang

Makanan ini mempunyai nutrisi dan khasiat yang penting untuk kesihatan tulang. Ia mengandungi kalsium, fosforus, magnesium dan protein. Berdasarkan sukatan dalam gram, chia seed mengandungi kandungan kalsium yang lebih tinggi daripada produk tenusu seperti susu dan keju. Maka, ia boleh dijadikan makanan ganti oleh mereka yang tidak boleh makan produk tenusu.

6. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Seperti yang kita sudah ketahui, chia seed mengandungi serat, protein dan omega-3 yang berkesan mengurangkan risiko penyakit jantung. Beberapa kajian menunjukkan pengambilan chia seed mampu mengurangkan tekanan darah tinggi yang merupakan punca penyakit jantung. Maka, tidak mustahil pengambilan chia seed berserta amalam gaya hidup sihat yang lain mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

7. Mampu Mengurangkan Kadar Gula dalam Badan

Kajian yang melibatkan manusia memakan roti mengandungi chia seed mempunyai kadar gula selepas makan yang lebih rendah berbanding yang makan roti biasa tanpa chia seed. Kebaikan chia seed berupaya mengawal kandungan gula dan meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan, menjadikannya selamat dinikmati oleh pesakit diabetis.

8. Anti-radang

Antara contoh keradangan yang dialami oleh badan anda ialah bengkak dan kemerahan akibat jangkitan atau kecederaan. Namun bagi keradangan kronik yang berpunca daripada risiko sakit jantung dan kanser, tahap keradangan hanya boleh diukur melalui darah. Terdapat kajian selama 3 bulan yang melibatkan 20 orang yang mempunyai penyakit diabetis mengambil 37gram chia seed setiap hari mengalami pengurangan keradangan sebanyak 40%.

See Also
probiotik

SUMBER

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1224/chia#:~:text=It%20is%20grown%20mainly%20for,and%20stroke%20(cardiovascular%20disease).

https://www.healthline.com/nutrition/foods/chia-seeds#:~:text=Chia%20seeds%20contain%20large%20amounts,for%20heart%20disease%20and%20diabetes.

https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/looking-to-try-something-new-start-with-what-you-eat#:~:text=Try%20chia%20seeds%20in%20your,inflammation%20and%20improve%20cardiovascular%20health.

https://www.medicalnewstoday.com/articles/291334#:~:text=Despite%20their%20small%20size%2C%20chia,against%20heart%20attack%20and%20stroke.

error: Content is protected !!