peralatan latihan kekuatan
Jenis-jenis peralatan latihan kekuatan

Mengapakah ianya penting untuk memilih peralatan latihan kekuatan yang sesuai? Sebenarnya, jenis peralatan latihan kekuatan yang anda guna bergantung kepada keperluan individu dan memberi kesan terhadap kumpulan otot yang spesifik. Berikut merupakan beberapa peralatan yang boleh anda pilih dan sesuai digunakan untuk latihan kekuatan:

1. Pemberat Bebas (free weights)

Barbells adalah palang panjang disertai pemberat di hujungnya. Dumbbells lebih kecil berbanding barbells, dan tidak terlalu berat seperti barbells. Ianya boleh digenggam oleh tangan. Kelebihan peralatan jenis ini adalah murah serta versatil. Kekurangannya pula adalah keduanya memerlukan latihan dan teknik yang sesuai untuk memperoleh pencapaian yang maksimum serta mengelakkan kecederaan.

2. Mesin

Latihan kekuatan menggunakan mesin mempunyai tahap efektif seperti pemberat bebas, tambahan mesin lebih selamat serta mudah untuk digunakan. Memandangkan mesin latihan kekuatan direka khas untuk senaman kumpulan otot yang spesifik, keputusan lebih laju dan efisien dari mesin ke mesin. Kekurangannya pula ialah ianya tidak boleh dibawa kemana-mana dan kebanyakannya berharga mahal. Oleh itu, kebanyakan individu hanya menggunakan kemudahan peralatan mesin yang disediakan di gym. Selain itu, untuk kegunaan rumah pula, anda boleh menggunakan mesin pelbagai-fungsi yang mempunyai takal dan stesen yang berbeza, membenarkan anda melakukan pelbagai senaman mengikut kumpulan otot berbeza dengan hanya menggunakan satu peralatan sahaja.

3. Bola Kestabilan

Alatan latihan kekuatan ini kelihatan seperti sebuah bola pantai bewarna-warni yang besar tetapi ianya sangat efektif sebagai sebuah alatan senaman. Dengan mempelajari senaman lengkungan dan gulungan tubuh yang menggunakan posisi yang berbeza di atas bola kestabilan, anda boleh menguatkan sendi serta otot dalaman anda. Kelebihan bola kestabilan ini ialah ianya tidak mahal serta mempunyai pelbagai guna. Kekurangannya ialah anda memerlukan latihan dari pakar bagi memastikan anda menggunakan bola yang sesuai serta tekanan yang betul mengikut keperluan dan kebolehan anda.

4. Palang Pemberat Badan

Palang badan atau ‘Body bars’ adalah pemberat yang dilitupi bahan jenis foam yang boleh digunakan di kelas senaman seluruh badan untuk menggabungkan aerobik dengan latihan kekuatan. Setelah anda mempelajari senaman tersebut, anda juga boleh menggunakan palang pemberat badan sewaktu bersenam di rumah. Jangan bimbang, harganya mampu milik. Ia boleh didapati dalam pelbagai jenis berat mengikut kebolehan dan kekuatan anda. Namun, kekurangannya, kerana panjangnya 4 kaki, ia tidak mudah dibawa lebih-lebih lagi sewaktu mengembara.

5. Cincin gimnastik

Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana seorang gimnastik mempunyai otot yang kuat dan badan ringan? Nah, ia disebabkan mereka menggunakan cincin gimnastik. Bukan sahaja menjadikan badan kelihatan sempurna tetapi cincin ini juga bagus untuk meningkatkan tahap kekuatan otot anda dengan ketara. Oleh itu, jika anda menggunakannya secara teratur, anda mendapat manfaat berkali ganda. Cincin gimnastik membolehkan anda melakukan pelbagai latihan, menjadikannya ideal untuk banyak latihan.

6. Tali Pertempuran (Battle Rope)

Sekiranya anda ingin meningkatkan kekuatan lengan bawah atau cengkaman anda, maka anda akan memerlukan tali pertempuran. Ia akan memberi latihan kekuatan otot seumur hidup anda. Jadi, apa yang begitu istimewa tentang tali pertempuran? Secara khususnya ia berfungsi untuk menguatkan otot seluruh bahagian atas badan anda termasuk bahu dan lengan. Tali pertempuran datang dalam berbagai saiz lilitan dan anda dapat memilih salah satu yang terbaik untuk tahap tubuh serta kekuatan otot anda.

7. Iron Kettlebell

Sekiranya anda mahu otot badan anda menjadi lebih kuat, besar dan meningkatkan kecergasan kardiovaskular, maka kettlebell adalah alat yang sesuai untuk anda. Ia seimbang dan dapat memberikan anda ayunan anggun tanpa pergerakan yang terlampau. Ia kebanyakannya direka untuk menahan berat dan tekanan semasa latihan. Iron Kettlebell terdapat dalam pelbagai berat. Ini bermakna sama ada anda peminat latihan kekuatan, pemula atau penagih gim anda perlu memiliki ‘iron kettlebell’ ini. Bukan itu sahaja, dengan semua pilihan ini, anda akan dapat menyesuaikan jenis kettlebell dengan transformasi fizikal yang anda cari.

8. Gripper Tangan

Pergelangan tangan, lengan, dan jari anda boleh menjadi lemah daripada melakukan aktiviti harian yang memerlukan keupayaan fizikal. Oleh itu anda  tidak boleh mengabaikan anggota badan yang paling penting. Tanpa jari-jari, pergelangan tangan, dan lengan yang kuat, anda tidak mempunyai kekuatan yang sebenar. Ia boleh mengganggu aktiviti harian anda. Syukurlah, ‘gripper’ tangan boleh membantu dengan mengatasi masalah tersebut. Dengan penggunaan yang berterusan, ia dapat mengukuhkan otot di sekitar pergelangan tangan dan lengan dengan cara yang lembut, sekaligus membolehkan anda memperoleh potensi kekuatan penuh anda. Peralatan ini juga bagus untuk sesiapa yang menderita arthritis atau masalah tangan dan lengan yang lain. Ia mempunyai reka bentuk ergonomik yang bermaksud tidak hanya selesa tetapi juga selamat untuk kegunaan berterusan. Di samping itu, ‘gripper’ tangan ini direka khas untuk pelbagai individu pelbagai saiz  tanpa mengira sama ada anda seorang lelaki atau wanita, besar atau kecil, anda akan mendapati penggenggam tangan sesuai dengan sempurna. Anda juga boleh berkongsi ‘gripper’ tangan dengan orang lain.

SUMBER

https://www.everydayhealth.com/fitness/workouts/strengthening-equipment.aspx

https://www.health.com/fitness/best-home-workout-equipment

https://www.prevention.com/fitness/a20447623/strength-train-at-home/

Summary
8 Jenis Peralatan Latihan Kekuatan Yang Paling Asas
Article Name
8 Jenis Peralatan Latihan Kekuatan Yang Paling Asas
Description
Terdapat beberapa jenis peralatan latihan kekuatan yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan tahap kecergasan anda. Jenis peralatan latihan kekuatan yang anda guna bergantung kepada keperluan individu. Baca lebih lanjut untuk mengetahuinya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: