makanan karbohidrat

Makanan karbohidrat ialah sejenis makronutrien – salah satu daripada tiga cara utama tubuh kita untuk mendapatkan tenaga.

Karbohidrat dibahagikan kepada pati, gula, dan serat yang terdapat dalam biji-bijian, sayur-sayuran, buah-buahan, dan produk susu.

Walaupun karbohidrat penting dalam diet yang sihat, tetapi karbohidrat akan menjadi berbahaya jika dimakan berlebihan.

Karbohidrat membekalkan tenaga untuk sistem saraf pusat dan otot yang berfungsi di dalam badan dalam sepanjang hari. Anda harus mengambil karbohidrat daripada pelbagai jenis makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, dan kacang-kacangan.

Sesetengah produk tenusu boleh menjadi sumber karbohidrat yang sihat dan berpadat nutrien. Anda digalakkan supaya mengekalkan pengambilan gula tambahan anda di bawah 25% semasa memakan karbohidrat.

Berikut kami kongsikan 8 jenis makanan berkarbohidrat yang sihat untuk ambilan dalam diet harian anda.

1. Kacang

Kacang buah pinggang, pinto, hitam, garbanzo – hampir semua jenis kacang mengandungi dos serat dan sedikit gula. Misalnya, satu auns kacang hitam mengandungi 7 gram karbohidrat, 2 gram daripadanya ialah serat.

Sudah tentunya kacang mempunyai kelebihan tambahan dalam membekalkan protein, dan satu kajian yang dilaporkan oleh satu laman web dari luar negara telah membuktikan bahawa berat badan pemakan kacang adalah lebih rendah daripada orang yang tidak memakan kacang.

Tetapi, pastikan anda makan kacang dengan lebih banyak ya. Barulah anda dapat capai berat badan yang lebih rendah.

2. Buah Labu

Labu , seperti butternut, adalah sumber karbohidrat yang rendah dalam gula dan tinggi dalam serat. Secawan kiub butternut masak mengandungi hampir 22 gram karbohidrat, kandungan seratnya adalah lebih daripada 6 gram.

Buah labu mempunyai rasa yang kurang manis apabila dimakan secara mentah, dan selalunya mempunyai rasa yang lebih manis apabila ditambah dalam masakan.

Warna kuning terang yang terdapat pada buah labu ini menandakan krhadiran karotenoid, sejenis antioksidan yang mempu melawan penyakit.

3. Oatmeal

Serat yang didapati daripada oatmeal dapat membantu dalam prningkatan kesihatan jantung dan pengurusan berat badan, serta menurunkan kolesterol.

Oatmeal memang tinggi dengan serat dan juga karbohidrat. Oleh itu, ia menjadi pilihan mereka yang berdiet untuk ditambah dalam menu harian mereka kerana ia mengenyangkan dan juga sumber serat yang dapat membantu pencernaan.

Jangan tambahkan topping yang manis secara berlebihan sekiranya anda menikmati oatmeal! Barulah nilai nutrisinya dapat dikekalkan.

4. Bertih Jagung

Bertih jagung adalah sejenis bijirin penuh seperti yang diketahui ramai. Kekalkan keistimewaannya dengan cara tidak menambah lemak dan natrium secara berlebihan.

Tahukah anda bahawa satu cawan bertih jagung mempunyai 6 gram karbohidrat, 1 gram daripadanya ialah serat, dan ia juga hanya mempunyai 31 kalori.

Oleh itu, ia sering menjadi snek berkarbohidrat yang sihat yang menjadi pilihan ramai orang.

5. Kuinoa dengan Kacang Kuda, Kari, dan Limau

Satu cawan kuino mengandungi 5 gram serat, dan ia juga mengandungi protein yang lengkap. Hal ini bermakna ia mengandungi sembilan asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan hanya boleh didapatkan daripada makanan.

Kacang kuda juga adalah salah satu jenis snek berkarbohidrat yang sering menjadi pilihan sebagai kudapan selain bertih jagung.

Ia juga boleh ditambah dalam masakan. Ini kerana, di negara kita, ia kadangkala menjadi pilihan masyarakat berbangsa India untuk dijadikan sebagai salah satu bahan utama yang sihat dalam masakan harian mereka.

6. Ubi Keledek

Semua jenis kentang yang mempunyai kulit merupakan sumber karbohidrat yang kaya dengan serat, tetapi ubi keledek mempunyai karotenoid berwarna-warni, sama seperti buah labu.

Ubi eledek ini juga mengandungi kandungan vitamin C, protein, dan juga kalium, selain daripada kandungan karbohidrat yang tinggi.

Pada zaman dahulu, ia merupakan makanan ruji bagi masyarakat Malaysia kerana kemampuannya untuk membekalkan tenaga daripada sumber karbohidrat.

7. Pisang

‘Bar tenaga semula jadi’ ini mampu menyaingi minuman isotonik atau minuman sukan untuk membekalkan tenaga kepada atlet disebabkan gula semula jadi yang dikandunginya.

Tetapi pisang bersaiz sederhana juga mengandungi 3 gram serat dan dos vitamin B6 yang lezat dan mempunyai lebih daripada 100 fungsi yang berbeza di dalam tubuh badan kita.

Buah pisang juga tinggi dengan kandungan potassium selain karbohidrat. Namun, disebabkan ia sangat tinggi dengan karbohidrat, ia sangat dikenali dengan kemampuannya untuk membekalkan tenaga.

8. Buah beri

Hampir semua jenis buah beri membekalkan serat, vitamin dan antioksidan yang banyak. Beri biru ialah salah satu makanan kegemaran kita, kerana satu cawan beri hanya mempunyai 84 kalori.

Selain itu, makan hanya satu hidangan buah beri ini dalam seminggu boleh menangkis penurunan kognitif ketika kita berusia lebih tua nanti.

Rasanya yang masam manis ini sesuai ditambah di dalam hidangan oatmeal sebagai topping yang sihat. Jadi, dengan cara ini, anda akan mendapat satu jenis hidangan yang sangat sihat dan lazat!

Kesimpulannya, banyak makanan yang berkarbohidrat yang sihat yang boleh kita ambil dalam diet harian kita. Kita juga harus mengelakkan sumber karbohidrat yang tidak sihat agar tubuh kita kekal bebas penyakit. Oleh itu, jangan lupa tambahkan sumber karbohidrat sihat ini dalam diet anda selepeas ini ya!

Sumber:

https://www.webmd.com/diet/foods-high-in-carbs#1

https://www.huffpost.com/entry/best-good-carbs-eat-more_n_5773480

Summary
8 Jenis Makanan Karbohidrat Yang Sihat !
Article Name
8 Jenis Makanan Karbohidrat Yang Sihat !
Description
Makanan karbohidrat ialah sejenis makronutrien - salah satu daripada tiga cara utama tubuh kita untuk mendapatkan tenaga.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: