kain cotton

Ramai yang tahu tentang jenis kain cotton untuk membuat baju tetapi ramai yang tidak tahu mana satu jenis kain cotton yang sesuai untuk cadar katil.

Cadar katil sebenarnya sangat penting untuk memastikan kita tidur dalam keadaan selesa dan lena pada waktu malam.

Terdapat banyak jenis kain cotton yang sesuai untuk cadar katil, mesti antara kita tak terfikir tentang kualiti cadar, kan?

Sebelum tersalah beli cadar, lebih baik anda semak terlebih dahulu supaya jenis yang anda pilih betul-betul mengikut keselesaan anda.

Ini antara 8 jenis kain cotton yang sesuai untuk cadar katil anda. Semoga bermanfaat.

Jenis Kain Cotton

Di bawah adalah beberapa jenis kain cotton yang terdapat di seluruh dunia.

1. Cotton Egyptian

600 TC 100% Egyptian Cotton Fabric Super width 275 cm 108 inches Satten  Fabric for bedding sheets blue beige printed 10 meters - Buy cheap in an  online store with delivery: price

Cotton Egyptian hanya tumbuh di kawasan tertentu dan dipilih dengan tangan untuk memastikan gentian kapas yang dipilih adalah lurus dan bersih.

Jenis kain cotton ini terkenal kerana mempunyai serat ruji yang panjang yang mana sangat bagus dan menghasilkan lembaran sutera yang tahan lama.

2. Cotton Pima

Taiwan PIMA Cotton Knitted Fabric for Men's and Women's Sportswear on  Global Sources,cotton fabric

Jenis kain cotton Pima atau Supima adalah jenis kain cotton yang mempunyai fiber yang panjang menjadikan kain cotton ini lebih tahan dan lembut. Ia dipilih sebagai jenis kain cotton kedua terbaik selepas Cotton Egyptian.

3. Regular Cotton

What is Ringspun Cotton? - Fire Label

Ia adalah sejenis kain cotton biasa. Kain cotton ini memiliki fiber yang pendek dan tidak tahan lama berbanding jenis Egyptian dan Pima.

Ada juga sesetengah cadar yang diperbuat dari cotton biasa bersifat kasar tetapi harganya jauh lebih murah daripada ini.

4. Cotton Flannel

Canali 100% Plaid Cotton Flannel Fabric, 'C', (0.75m x 1.45m piece) shirt  fabric | eBay

Cotton fannel adalah jenis kain cotton yang sangat lembut dan agak tebal berbanding fabrik yang lain tetapi materialnya sangat sejuk.

Oleh sebab ia diperbuat 100% daripada cotton tulen, jenis ini tidak digalakkan basuh bersama dengan fabrik lain kerana warnanya yang terang dan jenis bulu.

5. Cotton Hemmed

Fabric Files: Rib Knit – Allie Olson Sewing Patterns

Kain cotton jenis ini diperbuat 100% menggunakan kapas organik yang telah diperakui oleh Perdagangan Adil (Fair Trade), yang bermaksud mematuhi standard etika ketat sepanjang proses pengeluaran berkenaan dengan industri tersebut.

6. Cotton Percale

China Tc200, Yarn: 40sx40s, Cotton Percale Satin Twill Fabric for Bedding -  China Quilting Fabric and Calico price

Kain ini ditenun secara menegak dan mendatar satu utas dalam masa yang sama. Ini menjadikan kain jenis ini lebih tegang dan sangat halus. Kiraan benang untuk menjadikan kain cotton sebagai percale adalah 180 atau lebih tinggi.

Kain ini juga mempunyai tekstur yang ringan dan keras sedikit ada yang menjadikannya sebagai dress ataubaju kurung.

Segelintir yang menggunakan percale perlu menyetrika untuk mengelakkan kedutan. Ini menjadikannya nampak mewah. Senang cerita percale tahan lama, selesa dan ringan.

7. Cotton Satin

Pin on Products

Kain cotton jenis ini ditenun dengan corak lateral yang panjang dan dihasilkan secara kimia dalam proses yang disebut ‘mercerization’ yang merendam helai kain cotton ke dalam lye kemudian dicuci dengan asid. Prosesnya menjadikannya satin, mudah diwarnakan pewarna dengan sedikit kilauan.

Oleh kerana tenunan satin ini memperlihatkan lebih banyak benang, cadar ini mempunyai rasa yang lebih sutera dan kurang tegang daripada percale.

Satin lebih mudah dijaga namun senang berkedut, Ia tahan lebih lama dari percale. Walau bagaimanapun, kilauannya akan hilang dari masa ke masa. 

8. Cotton Jersi

Jersey Knit Fabric | Types of Cotton Fabrics | Cotton

Jenis cotton ini tidak ditenun tetapi dijerut dari satu helai panjang secara berterusan. Ia sangat lembut dan jatuh lembut sepertu t-shirt.

Kain jenis ini yang paling tahan lama kerana setiap helai jersi terdedah kepada pilling dan lubang.

Bagi yang anda mempunyai kulit yang sangat sensitive, boleh cuba menggunakan kain cotton jenis jersi.

Jenis Kain Cotton Yang Sesuai dengan Suasana Bilik

Selain warna bilik, jenis kain cadar juga memainkan peranan untuk suasana bilik yang anda inginkan. Jadi mari kita lihat jenis kain cotton yang sesuai untuk dijadikan cadar dan menepati keadaan suasana bilik yang anda mahukan.

1. Hangat & Nyaman – Flannel

11 of the Best Flannel Sheets to Cozy Up in All Winter Long

Sekiranya anda mahu kekal hangat dan selesa semasa anda tidur, ini adalah cadar untuk anda.

Sesuai digunakan ketika cuaca sejuk atau boleh digunakan bila-bila masa tanpa rasa panas atau berpeluh.

2. Panas & Terang – Pima/Supima, Hemmed

Best Supima Cotton Sheet Reviews 2021 - The Sleep Judge

Kainnya yang bersifat sejuk semulajadi menjadikannya lebih lembut setiap kali cucian. Kapasnya juga diperakui OEKO-TEX, yang memastikan agen kimia dan sebarang campuran tidak pernah digunakan semasa pembuatan.

3. Mewah & Elegan – Percale

8 Most Comfortable Sheets 2020 - Best Bed Sheets Based on Reviews | Real  Simple

Sesiapa yang sukakan cadar katil ala-ala hotel, lembut dan terasa mewah boleh cuba jenis kain cotton ini kerana benangnya yang tinggi membuatkan cadar sangat lembut dan berkualiti tinggi.

Kenapa perlu pilih kain cotton sebagai cadar?

Untuk rasa yang selesa dan nyaman, kain jenis cotton adalah yang paling terbaik. Selain 100% diperbuat dari kapas semula jadi, ia boleh memberikan ruang udara, menyerap kelembapan dan tahan lama.

Cotton juga senang dibasuh dan cepat kering. Selain itu, jenis kain cotton yang paling disukai adalah jenis ruji panjang iaitu mempunyai serat panjang.

Serat panjang dalam pemprosesan kapas menghasilkan kain cotton yang lembut berbanding fabrik yang lain. Kapas panjang juga tahan pilling dan tidak akan menarik serat.

Apa yang anda dapat dengan pemilihan kain cotton sebagai cadar?

  • Cooler Sleep – Cotton adalah kain bernafas secara semula jadi, sehingga udara disekeliling anda berada dalam keadaan baik.
  • Drier Sleep – Cotton adalah kain yang mudah meresap, jadi ia dapat menghilangkan kelembapan dari badan anda.
  • Tidur yang Selesa – Kapas jatuh lembut ke badan anda sehingga membuatkan anda selesa dan tidur lebih lena.

Jika anda sukakan produk semula jadi berbanding sintetik, kain cotton adalah yang terbaik dan mesra alam (eco-friendly). Pastikan anda cari label 100% cotton untuk mengetahui sama ada jenis kain itu ada campuran atau tidak.

Tips Penjagaan Cadar Jenis Kain Cotton

Disebabkan cotton merupakan serat semula jadi, jadi ia mudah dijaga. Namun begitu, ikut panduan ini bagi memastikan cadar katil anda tahan lama dan berkualiti.

  • Cadar hendaklah dicuci setiap minggu bagi tujuan pembersihan dari habuk, sisa kotoran atau apa sahaja yang menyebabkan badan anda gatal-gatal.
  • Semakin sikit produk cucian anda guna, semakin kain cotton anda boleh tahan lama. Ini kerana, bagi memastikan kualiti kain cotton tidak terjejas dengan bahan campuran kimia yang terdapat dalam sabun. Jadi gunakan sabun basuh yang lebih lembut dan tahap pH rendah.
  • Cuci cadar dengan lembut. Walaupun serat semulajadi tahan panas, ini tak bermaksud anda boleh cucinya menggunakan air panas. Biasakan basuh cadar sahaja untuk mengelakkan kerosakan.
  • Sidai cadar anda sehingga betul-betul kering. Cahaya matahari akan membasmi kuman dan menjadikan kain bersih.

Setelah anda tahu tentang jenis-jenis kain cotton yang sesuai dijadikan cadar untuk memastikan tidur yang lena, baru anda boleh membeli cadar katil untuk memastikan anda dapat tidur lena yang cukup.

Bukan sahaja faktor pemilihan fabrik cadar sahaja, malah faktor warna, elemen dan ruang udara dalam bilik anda juga menentukan tahap keselesaan anda terutamanya pada waktu malam.

Sumber

https://www.goodhousekeeping.com/home-products/best-sheets/g25954307/best-cotton-sheets/

https://www.tuck.com/best-sheets/best-cotton-sheets/

https://www.hindustantimes.com/brand-post/5-reasons-why-using-cotton-bedsheets-in-summer-is-recommended-101620213680373.html

Summary
8 Jenis Kain Cotton Sebagai Cadar Katil Untuk Buat Tidur Lena!
Article Name
8 Jenis Kain Cotton Sebagai Cadar Katil Untuk Buat Tidur Lena!
Description
Ramai yang tahu tentang jenis kain cotton untuk membuat baju tetapi ramai yang tidak tahu mana satu jenis kain cotton yang sesuai untuk cadar katil.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: