8 Jenama Bedak Sejuk Terbaik yang Menjadikan Kulit Gebu
Bedak sejuk tradisional tetap menjadi pilihan wanita, digunakan untuk menyejukkan badan, mengurangkan jerawat dan melicinkan kulit.

Bedak sejuk tradisional tetap menjadi pilihan wanita, digunakan untuk menyejukkan badan, mengurangkan jerawat dan melicinkan kulit.

Ianya juga dipercayai mampu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu, boleh digunakan jika anda mengalami sun burn atau dijangkiti demam campak.

Jika anda sedang mencari produk kecantikan yang bebas bahan kimia serta berasaskan semula jadi, ia adalah pilihan yang sesuai. Kini, terdapat pelbagai variasi untuk dipilih.

1. Bedak Sejuk Sam Fong

Bedak sejuk nyonya ini pernah digunakan sebagai bedak asas pada pada masa dulu. Fungsi produk ini adalah untuk menghilangkan garis-garis halus wajah, memutihkan serta melicinkan kulit.

 Bedak Sejuk Sam Fong

2. Bedak Sejuk Thanaka Lemon

Bahan yang terkandung dalam bedak ini adalah Thanaka iaitu kayu cendana yang mampu mencerah serta mencegah iritasi pada kulit.

Kombinasi kayu cendana dan lemon ini mampu merawat jerawat kronik serta kulit pucat. Bedak ini juga boleh digunakan sebagai bedak asas, hanya perlu sapu dan siap.

Bedak ini juga mampu melindungi kulit anda daripada sinaran matahari tanpa perlu menggunakan produk sunblock lagi.

Bedak Sejuk Thanaka Lemon

3. Bedak Sejuk Semambu

Daun semambu atau daun neem yang dapat mengurangkan gatal-gatal kerana mengandungi khasiat antibakteria, antikulat dan antivirus.

Ia amat sesuai untuk merawat penyakit kulit seperti alergik, kurap, kayap dan lain-lain.

Bedak Sejuk Semambu

3. Bedak Sejuk Tabloq Warisan Asli

Ia adalah 100% asli sesuai digunakan dalam pelbagai peringkat umur dan juga jenis kulit. Bedak ini sesuai digunakan untuk merawat kulit bayi yang mempunyai ruam dan gatal-gatal.

Bedak Sejuk Tabloq Warisan Asli

4. Bedak Sejuk Kelulut Geranium

Ia dihasilkan menggunakan beras, madu kelulut serta minyak pati bunga geranium. Bedak ini bukan sahaja digunakan untuk kecantikkan malah dapat melegakan tekanan.

Bedak ini dapat menaikkan seri wajah, membantu mengurangkan kesan menopaus serta penuaan pada kulit. Menariknya tentang bedak ini, ia juga dapat menghalau serta merawat gigitan serangga.

 Bedak Sejuk Kelulut Geranium

5. Bedak Sejuk Berubat

Bahan yang terkandung di dalamnya seperti batu nasila, buah pala, bunga cengkih dan juga daun pandan yang membantu mengecutkan dan memudarkan parut jerawat.

Bedak ini juga dapat mengurangkan resdung kerana adanya batu nasila, sejenis mineral yang bertindak sebagai agen penyejuk semulajadi.

Bedak Sejuk Berubat

7. Bedak Sejuk Premium BSK

Bedak sejuk premium ini dihasilkan menggunakan campuran bahan tradisi dan juga moden. Diperkaya dengan beras, kunyit, madu dan air zam zam.

Kunyit mengandungi antioksidan yang tinggi membantu melambatkan proses penuaan kulit dan pembentukan tona hitam.

Ia sesuai digunakan apabila mengalami sunburn kerana ia dapat merawat kulit terbakar dengan baik.

Bedak Sejuk Premium BSK

8. Bedak Sejuk Marini Naturalemagic

Dihasilkan bentuk cecair, mudah digunakan. Malah diperbuat daripada daun bidara tanpa paraben dan SLS serta sesuai untuk pelbagai kegunaan.

Malah, bedak ini mampu merawat keradangan dan gatal-gatal pada kulit serta memudarkan parut serta luka, di samping sebagai sapuan untuk ruam. 

Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kesan hitam dicelah ketiak dan paha. Kelebihan lain bedak ini adalah mengurangkan jerawat, pigmentasi kulit dan seterusnya mencerahkan kulit.

Bedak Sejuk Marini Naturalemagic

SUMBER

https://www.webmd.com/beauty/features/beauty-smarts-serums-jan13#1

https://www.healthline.com/health/ice-for-face

https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/making-the-right-choices-for-skin-products-and-treatments

https://www.medicalnewstoday.com/articles/311845

Summary
8 Jenama Bedak Sejuk Terbaik yang Menjadikan Kulit Gebu
Article Name
8 Jenama Bedak Sejuk Terbaik yang Menjadikan Kulit Gebu
Description
Bedak sejuk tradisional tetap menjadi pilihan wanita, digunakan untuk menyejukkan badan, mengurangkan jerawat dan melicinkan kulit.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: