ipoh hotel

Ipoh adalah salah satu bandar bersejarah yang menjadi tumpuan pelancong. Oleh itu, banyak Ipoh hotel yang boleh anda pilih untuk penginapan. Tetapi mana satukah yang terbaik? Teruskan membaca.

Ipoh adalah antara bandar yang paling kerap dikunjungi di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai pintu masuk ke Cameron Highlands yang terkenal.

Sekiranya anda berada di wilayah Ipoh ini, berikut adalah senarai hotel terbaik di sekitar Ipoh untuk anda menginap. Mari kita lbaca artikel di bawah ini untuk dijadikan rujukan anda jika bercuti ke Ipoh.

1. Regalodge Hotel Ipoh

Regalodge Hotel Ipoh adalah sebuah penginapan menarik di Ipoh yang menawarkan bilik selesa yang dihias dengan serba elegan dan moden. Sekiranya anda inginkan rehat yang sempurna, jauh dari kebingitan kota, inilah salah satu pilihan yang tepat.

Sambil anda bersantai di dalam bilik, anda boleh melayari internet dengan menggunakan wifi berkelajuan tinggi yang disediakan. Teringin mengunyah sesuatu sambil berehat-rehat? Buka sahaja minibar dan anda bakal disajikan dengan minuman dan snek percuma yang diletakkan di dalamnya.

Kemudahan yang disediakan pula, hotel ini memiliki spa yang lengkap dengan kolam jakuzi air panas, kemudahan steam, sauna dan peralatan senaman. Macam tak percaya dalam harga permulaan semurah ini, pelbagai kemudahan hotel 5 bintang turut ditawarkan.

Harga: Dari RM99+ Semalaman

Alamat: 131, Jalan Raja Ekram, 30450 Ipoh

2. Iconic Suites & Pods Hotel

Melihat hiasan dalamannya yang anggun, barulah anda faham kenapa hotel ini diberikan nama Iconic Suites & Pods Hotel, sebab ia memang betul-betul ikonik citarasanya. Rekaan dalamannya yang sungguh menarik pada pandangan mata, seolah-olah diberikan perhatian yang terperinci pada setiap sudut biliknya.

Hotel ini menawarkan bilik dalam pelbagai tema, iaitu tema yang lebih eksklusif untuk penginap dewasa hinggalah kepada tema ceria seperti kartun Frozen untuk penginapan bersama keluarga.

Tema ini diketengahkan bukan hanya melalui wallpapernya tapi juga daripada cahaya lampu yang digunakan secara terperinci.  Saiz biliknya yang juga cukup luas untuk anda sekeluarga.

Lokasinya yang juga cukup strategik, kerana ianya terletak berdekaan dengan MAPS Ipoh, kawasan kedai makan, pasaraya Mydin dan banyak lagi.

Harga: Dari RM132+ Semalaman

Alamat: 85 Jalan Meru Bestari B7, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh

3. Beds In Garden Hostel Ipoh

Dari harga yang berpatutan, anda dapat menginap di sebuah penginapan yang selesa di Beds In Garden Hostel Ipoh. Di sini juga turut terdapat bilik peribadi twin, quadruple dan juga studio dupleks untuk anda yang inginkan lebih privasi, juga dalam harga bajet.

Sepanjang penginapan di sini, anda boleh menggunakan dapur yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk membuat hidangan atau minuman sendiri.

Seperti namanya, “Beds In Garden,” anda dapat melihat keindahan taman ringkas yang dipenuhi tumbuhan hijau di sekitarnya, suasana yang cukup santai sesuai sekali dengan mood percutian.

Antara tarikan terkenal yang terletak tidak jauh dari sini adalah seperti Muzium Han Chin Pet Soo dan juga Ipoh Parade.

Harga: Dari RM35+ Semalaman

Alamat: AA, Lot 3435N Jalan Jubilee, Jubilee Park, 30450 Ipoh

4. Happy 8 Retreat

Hotel yang terletak di Jalan Shah Bandar ini sebenarnya adalah sebuah tempat pameran seni-seni kayu  yang kini telah diubah menjadi tempat penginapan yang menjadikan alam semulajadi dan seni sebagai satu tema yang unik untuk hotel ini.

Setiap bilik di hotel ini berlantaikan kayu dan lengkap dengan segala kemudahan yang penting untuk keselesaan anda sewaktu penginapan seperti cerek elektrik, TV, bar mini dan bilik mandinya juga lengkap dengan tab mandi.

Hotel ini juga adalah sebuah penginapan yang tepat buat anda yang cintakan kesenian dan sukakan suasana natural dengan reka bentuk sinki hotel ini dibuat daripada kayu, tempat menggantung baju di bilik ini juga dibuat daripada dahan-dahan kayu.

Ia juga berdekatan dengan banyak kawasan tarikan pelancong kerana terletak di tengah-tengah bandar. Anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke stesen kereta api utama di bandar ini.

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Alamat: 8, Jalan Shah Bandar, Taman Happy, 31650 Ipoh, Perak

5. French Hotel Ipoh

Walaupun tidak ada apa-apa bahasa Perancis atau mewah mengenai hiasan hotel, bilik-biliknya selesa dan kelihatan moden dan minimalis.

Apa yang menarik adalah kedudukan yang berdekatan dengan kedai makan terdekat, penggunaan WiFi secara percuma, bilik yang bersih, tenang dan selesa dengan ukuran yang mencukupi. Ia juga lengkap dengan peralatan mandian asas yang disediakan.

Harga bermula dari: RM100 + (Bilik Superior King tanpa tingkap)

Alamat: 62, Jalan Datuk Onn Jaafar, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

6. Trendy Sojourn Guest House Ipoh

Trendy Sojourn Guest House Ipoh mempunyai tempat letak kenderaan persendirian di premisnya yang tenang dan dijaga rapi yang tidak terlalu jauh dari Bandar Lama Ipoh (kurang dari 10 minit pemanduan).

Para tetamu boleh berehat di pusat rawatan Herbalife yang berkongsi tempat penginapan ini. Dengan sentuhan bijaksana di dalam bilik, persekitaran hijau yang menenangkan dan juga reka bentuk dalaman yang indah di dalam bilik yang serba luas. Juga disediakan peralatan mandian Herbalife untuk para tetamu.

Julat harga: Dari RM148 (2 Orang)

Alamat: No. 145, Jalan Sultan Abdul Jalil, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh, Negeri Perak

7. The Tudor

Hotel baru yang indah ini kelihatan seperti banglo gaya kolonial yang besar dan hanya 6 minit pemanduan dari bandar. Anda akan mendapat rehat malam yang damai di sini.

Banyak peluang anda untuk bergambar dengan reka bentuk dalamannya yang serba unik ini. Ia terdiri dari pilihan bilik-bilik luas yang bersih dan kemas dilengkapi dengan selera.

Setiap biliknya dilengkapi dengan pemandangan tingkap yang indah dan juga tempat letak kenderaan yang selamat untuk para tetamu.

Dengan persekitaran yang tenang dan juga perkhidmatan hotel yang sangat baik dengan harga yang berpatutan anda dapat menikmati percutian anda yang selesa di sini.

Harga bermula dari: RM124 untuk 2 orang setiap malam

Alamat: 2, Persiaran Anderson, 30300 Ipoh, Perak

8. Ipoh Bali Hotel

Ipoh Bali Hotel ini mungkin berada di tahap yang lebih tinggi sejauh harganya tetapi anda tidak akan menyesal kerana menginap di sini! Biliknya yang dihiasi dengan indah (sama seperti tempat peranginan di Bali!).

Dengan persekitaran yang bersuasana tenang di kawasan perumahan yang mempunyai ciri air dapat membantu memancarkan rasa tenang. Dilengkapi juga dengan hidangan kopi dan teh disediakan serta buah segar setiap hari.

Kawasan berdekatan dengan restoran yang terkenal, Secret Garden terletak betul-betul di seberang hotel. Perkhidmatan hotel yang tersedia adalah seperti spa urut.

Harga bermula dari: RM210 (Harga Standard Double room hari minggu). Bilik paling mahal dengan harga RM470 (Family Studio Suite)

Alamat: 12, Lorong Cheah Cheang Lim, 30350 Ipoh, Perak

Akhir kata, terima kasih kerana membaca sehingga ke penghujung artikel, saya berharap artikel ini sedikit-sebanyak dapat membantu anda dalam merancang percutian. Semoga anda mendapat sebuah percutian yang sempurna di Ipoh nanti. Selamat menikmati percutian anda nanti.

Source :

https://www.travelswithsun.com/ipoh-hotels/

https://outoftownblog.com/ultimate-list-of-the-best-hotels-in-ipoh-malaysia/

Summary
8 Ipoh Hotel Yang Terbaik Untuk Percutian Anda
Article Name
8 Ipoh Hotel Yang Terbaik Untuk Percutian Anda
Description
Ipoh adalah salah satu bandar bersejarah yang menjadi tumpuan pelancong. Oleh itu, banyak Ipoh hotel yang boleh anda pilih untuk penginapan. Tetapi mana satukah yang terbaik? Teruskan membaca.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: